script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penduduk Gempar, 'Gajah Sesat' Muncul Di Kawasan Taman Perumahan Mereka !

 

KUANTAN - Kelibat gajah dipercayai sesat yang muncul berhampiran Taman Pandan Damai dekat Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, dekat sini petang tadi mengejutkan hampir 500 penghuni taman perumahan itu.

Kehadiran gajah itu disedari penduduk taman berkenaan kira-kira jam 5.00 petang.

Video gajah terbabit kemudiannya tersebar melalui media sosial Facebook selain dikongsi melalui aplikasi WhatsApp oleh penduduk sekitar Kuantan.

Bimbang dengan situasi itu, penduduk taman berkenaan bertindak menghubungi pihak polis dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi memaklumkan mengenai kemunculan haiwan itu.

Sekitar jam 6.00 petang, sekumpulan pegawai dan anggota polis bersama kakitangan PERHILITAN Pahang sudah berada di lokasi penemuan gajah berkenaan untuk tindakan lanjut.

Pengarah PERHILITAN Pahang, Rozidan Md Daud ketika dihubungi mengesahkan berita yang tersebar berkaitan kehadiran gajah berhampiran taman perumahan itu.

"Berita mengenai (kemunculan) gajah di situ adalah benar dan usaha sedang dilakukan untuk merantai kaki haiwan itu sebelum boleh dipindahkan ke tempat lain," katanya ringkas.

Difahamkan gajah berkenaan sudah berada di kawasan terbabit kira-kira seminggu lalu berdasarkan keadaan tanah sekitar haiwan itu ditemui. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.