script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Wan Rosdy: Pemaju PR1MA Di Sarankan Bina Surau Di Setiap Taman Perumahan !

LIPIS: Kerajaan Pahang menyarankan pemaju Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang di negeri itu membina surau bagi kemudahan penduduk di setiap taman perumahan yang dibangunkan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan rumah ibadat tersebut dilihat tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat walaupun ia tidak termasuk dalam pelan pembangunan projek berkenaan.

"Kita memahami harga rumah PR1MA sudah murah, jadi kita fikir pemaju mempunyai keuntungan yang sikit. Bila kita suruh buat surau dan sebagainya mungkin mereka (pemaju) tidak mahu jadi kita akan cari kaedah (yang sesuai).

"Selepas ini juga, kita mungkin akan meletakkan salah satu syarat kepada pemaju perumahan untuk membina surau," katanya selepas Majlis Penyerahan Kunci Projek PR1MA Pahang Perumahan Makmur Kuala Lanar Jaya (Fasa 2) dan Majlis Penyampaian Sumbangan mengimarahkan Bulan Ramadhan 1444H di sini semalam, lapor Astro Awani.

Pada majlis itu juga, Wan Rosdy mengumumkan kelulusan peruntukan berjumlah RM200,000 bagi membina surau di kawasan projek PR1MA Pahang Perumahan Makmur Kuala Lanar Jaya (Fasa 2).

Dalam pada itu Wan Rosdy berkata, projek PR1MA Pahang merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki kediaman sendiri.

Menurutnya, projek itu dilaksanakan bagi membantu mereka membeli rumah dengan harga RM150,000 berbanding harga pasaran lebih RM300,000.

"Kita turut menyediakan Rumah Rakyat Pahang (RRP) setelah memikirkan ada yang tidak mampu membeli rumah berharga RM150,000 selain mereka juga tidak mampu untuk memiliki Rumah Makmur.

"Jadi, kita ambil pendekatan melaksanakan RRP yang diberikan secara percuma namun ia dibuat secara berperingkat dan untuk tahun ini setiap kawasan DUN akan mendapat lapan buah rumah RRP," katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.