script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Program Libat Umat Islam Di Rumah Ibadah Lain, JAIP Belum Buat Keputusan

KUANTAN - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) belum membuat sebarang perbincangan secara menyeluruh berhubung isu penganjuran program melibatkan umat Islam di rumah ibadah agama lain di negeri ini.

Pengarah JAIP, Datuk Dr Zulkifle Ali ketika ditanya sama ada Pahang akan mengikut jejak langkah Selangor berkata, ketetapan berhubung perkara itu perlu dirujuk terlebih dahulu kepada jabatan mufti negeri untuk dimuktamadkan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang.

"Buat masa ini belum lagi diputuskan oleh jawatankuasa hukum syarak negeri dan akan merujuk perkara ini terlebih dulu dengan Jabatan Mufti Negeri Pahang.

"Bila ada keputusan muktamad, kita akan maklumkan semula," kata beliau secara ringkas kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Dalam laporan Sinar Harian pada Jumaat, program yang dibuat untuk memujuk atau mempengaruhi mana-mana orang Islam untuk cenderung atau minat kepada agama bukan Islam dilarang di Selangor dan menjadi satu kesalahan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata demikian merujuk kepada iklan dan risalah yang diedarkan melalui media sosial dan elektronik baru-baru ini berkenaan program 'Projek Artikel 11 Jom Ziarah' anjuran Impact Malaysia di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS). #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.