script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail, Calon 'Paling Terbaik' Untuk 'Di Angkat' Sebagai Naib Presiden Pada Pemilihan UMNO Ini !

 

Keputusan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail menawarkan diri untuk bertanding kerusi Naib Presiden pada pemilihan UMNO kali ini, dilihat satu tindakan yang tepat dan matang.

Biar pun pengumuman tentang hasratnya untuk  bertanding jawatan itu agak terlewat, namun ternyata Wan Rosdy dilihat punyai potensi besar untuk membawa perubahan dalam parti, untuk lima tahun akan datang.

Pada usia sebegini, biarlah pengalaman dan kepakaran beliau itu digunakan pula untuk membantu UMNO agar kembali diterima semula oleh rakyat Malaysia, selepas keputusan merudum pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 lalu.

Wan Rosdy adalah merupakan Menteri Besar Pahang paling terbaik dalam sejarah negeri ini. Bayangkan, dua tahun berturut-turut beliau berjaya membawa kutipan hasil negeri melebihi jumlah RM1 bilion. Ia satu pencapaian yang cukup luar biasa dan mengejutkan ramai pihak sebenarnya. 

Dengan jumlah kutipan hasil melebihi sasaran ditetapkan, Kerajaan Pahang berjaya memastikan lebih banyak bantuan disalurkan kepada rakyat Pahang.

Pencapaian yang diperolehi ini adalah merupakan hasil tadbir urus yang baik serta mengurangkan ketirisan dalam perbelanjaan seperti diamalkan dalam pentadbirannya, selepas mengambil alih jawatan Menteri Besar ketika Pahang menjadi negeri pembangkang ababila Pakatan Harapan (PH) menang PRU-14 dan menguasai Putrajaya selama 22 bulan ketika itu. 

Sebab itulah Wan Rosdy layak untuk diangkat sebagai Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini. Bukan senang untuk mentadbir sesebuah negeri pembangkang ketika kerajaan pusat dikuasai oleh pihak lawan. Tetapi Wan Rosdy berjaya membuktikan bahawa beliau boleh melakukannya. Ternyata ia satu pencapaian yang cukup hebat dan amat membanggakan seluruh rakyat Pahang. 


Biar pun Barisan Nasional (BN) hilang banyak kerusi pada PRU-15 lalu dan hampir gagal membentuk Kerajaan Negeri Pahang yang baharu, namun Wan Rosdy telah berjaya membentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk 'Kerajaan Perpaduan', selaras dengan kerajaan pusat. Akhirnya rakyat Pahang telah berjaya mendapat nikmat berada dibawah sebuah kerajaan negeri yang makmur dan stabil pimpinan beliau.


Malah, biar pun gelombang penolakan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) telah berjaya menumbangkan ramai 'pemimpin popular' di Pahang, namun Wan Rosdy tetap menjadi pilihan rakyat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai dan berjaya mencipta rekod tidak pernah tewas sejak 2004 (PRU-11).

Sebelum menjadi ahli politik sepenuh masa, beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kanan di PadiBeras Nasional (BERNAS).

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) Sains Politik daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dan mengambil Diploma Pengajian Perdagangan Institut Teknologi Mara (UiTM).

Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri Pahang. Kemudian Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Dandar dan Hal Ehwal Orang Asli pada era Menteri Besar, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob.

Kini beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Kewangan, Tanah, Sumber Asli, Tenaga, Air, Pembangunan Ekonomi, Perladangan Dan Komoditi Negeri Pahang.

Pada pemilihan peringkat bahagian kali ini, beliau telah menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands.

Beliau banyak membantu kempen Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini. Di situ dia telah membina jaringan ukhwah dan muafakat terbaik demi masa depan UMNO itu sendiri. Maknanya Wan Rosdy bukanlah asing dikalangan pemimpin dan ahli UMNO itu sendiri sebenarnya.

Justeru, perwakilan UMNO seluruh negara yang akan memilih kali ini wajar memberi laluan kepada beliau untuk menjadi salah seorang daripada tiga Naib Presiden parti itu kali ini. Moga ia dapat membawa perubahan besar kepada parti keramat orang Melayu itu suatu hari nanti. #PahangDaily

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.