script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Padang MBK1 Hadapan Masjid Negeri Di Buka Sepenuhnya Untuk Berbuka Puasa

 

KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) membenarkan aktiviti berbuka puasa di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 sepanjang Ramadan ini yang dijangka mula disambut pada Khamis lalu. 

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal, berkata tiada syarat ditetapkan kepada pengunjung yang ingin berbuka puasa di padang berkenaan.

Katanya, orang ramai boleh memiliki tempat di padang dan meletakkan tikar untuk berbuka puasa.

"Orang ramai tidak perlu lagi membuat tempatan awal seperti yang dilaksanakan pada tahun lalu bagi mengelak dijangkiti wabak COVID-19.

"Pada Ramadan tahun ini, tiada prosedur operasi standard (SOP) dan orang ramai boleh memilih tempat seperti sebelum wabak COVID-19.

"Bagaimanapun, MBK menasihati orang ramai supaya menjaga disiplin ketika berada di padang termasuk membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tahun lalu, kerajaan negeri membenarkan aktiviti berbuka puasa di padang MBK 1 sepanjang Ramadan.

Bagaimanapun, orang ramai yang ingin berbuka puasa di padang itu perlu membuat tempahan awal dengan menyediakan 136 lot.

Tempoh masa yang dibenarkan berada di padang berkenaan bermula dari jam 6 petang sehingga jam 8.30 malam.

Padang MBK 1 menjadi pilihan utama untuk berbuka puasa kerana terletak bersebelahan dengan Bazar Ramadan Mahkota Square dan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1.

Ia memudahkan masyarakat Islam untuk menunaikan solat Maghrib selepas berbuka puasa. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.