script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Remaja Lelaki Lemas Di Pantai Cempaka Di Temukan Terdampar Di Pantai Sepat !

 

KUANTAN: Remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Cempaka, Jumaat lalu ditemukan terdampar di Pantai Sepat kira-kira pukul 11.50 malam tadi.

Mangsa, Nazrul Aimi Shah Kamarul Bahri, 15, yang berasal dari Taman Kempadang Perdana di sini ditemukan pada jarak kira-kira 2.5 kilometer daripada lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, bapa Nazrul Aimi Shah mengesahkan mayat tersebut merupakan mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian 10 Mac lalu.

“Siasatan awal terhadap fizikal mangsa tidak menemukan sebarang kesan tindakan jenayah. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Mohd. Zahari berkata, berdasarkan siasatan, mangsa dan empat rakannya yang kesemuanya berusia 15 tahun pergi ke pantai itu kira-kira pukul 3.30 petang kelmarin untuk beriadah dan mandi bersempena cuti sekolah.

“Mangsa yang selamat, Mohd. Adam Farhan Mohd. Asri, Syed Amirrul Hakimi Syed Mohd Khairul Anuar, Muhammad Haziq Haikal Rohaidi dan Syed Irfan Dannis Syed Mohamad Fitri,” katanya.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat membabitkan 45 anggota penyelamat termasuk pegawai daripada pelbagai agensi iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.