script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Datuk 'Roy' Di Tahan SPRM Berkaitan Kes Rasuah Berkaitan Program 'Jana Wibawa'

 

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki yang dikesan bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Sumber SPRM berkata, lelaki tersebut, Mohd Hussein Mohd Nasir, 54, yang juga dikenali sebagai ‘Datuk Roy ditahan kira-kira pukul 3 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.

“Suspek berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan berkaitan Jana Wibawa. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pukul 9 pagi esok bagi tujuan permohonan reman,” kata sumber itu kepada media hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab. Rahman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, SPRM hari ini memaklumkan sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan Jana Wibawa.

Lelaki tersebut beralamat terakhir di No. 3, Lorong 3 RRM Semambu, 25350 Kuantan, Pahang.

Program Jana Wibawa diperkenalkan pada November 2020 oleh kerajaan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai inisiatif rangsangan Covid-19 untuk membantu kontraktor Bumiputera. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.