script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pahang Telah Meterai MoA Pembangunan Industri Bot Amfibia Bernilai RM500 Juta

 

KUANTAN: Kerajaan Pahang menerusi Perbadanan Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang telah memeterai memorandum perjanjian (MoA) bernilai RM500 juta bagi projek pembangunan industri bot amfibia bersama syarikat Sealegs International Pte Ltd minggu lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perjanjian itu adalah salah satu usaha Sealegs International menjadikan Pahang sebagai pusat pembuatan, pusat servis dan pusat pemasaran bot amfibia keluaran mereka.

"Perjanjian ini ditandatangani oleh SUK Pahang, Datuk Seri Dr Sallehudin Ishak mewakili Perbadanan SUK Pahang dan Ketua Pegawai Eksekutif Sealegs International, David Mckee Wright yang mewakili Sealegs International," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, Sealegs International adalah sebuah syarikat pembuatan kapal amfibia yang berpusat di New Zealand dan merupakan salah satu perusahaan marin terbesar dunia.

Pembangunan projek ini juga diharap mampu menyumbang kepada pembangunan negeri Pahang secara keseluruhan sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.