script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Pahang 'Setuju' Beri Kenaikan Gaji Khas RM100 Untuk Penjawat Awam

KUANTAN: Kerajaan Pahang bersetuju memberi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas 2023 berjumlah RM100 kepada penjawat awam negeri itu.

Kenaikan itu selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2022 apabila Kerajaan Persekutuan meluluskan pemberian itu kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional berkuat kuasa 1 Januari tahun ini.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian KGT Tambahan Khas itu tidak akan menjejaskan Pergerakan Gaji Tahunan pegawai bagi 2023 dan tahun berikutnya serta tidak mengubah tarikh pergerakan gaji pegawai.

"Pemberian ini akan membabitkan implikasi kewangan tahunan sebanyak RM9.6 juta kepada kira-kira 8,000 penjawat awam di bawah pentadbiran Kerajaan Pahang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berharap dengan pemberian KGT Tambahan Khas itu, penjawat awam negeri Pahang dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan demi kesejahteraan dan kemakmuran negeri ini. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.