script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Zahid: Jambatan Bailey Di Felda Selancar Di Jangka Siap Seawal 48 Hingga 72 Jam

 

ROMPIN - Sebuah jambatan bailey akan dibina di jalan masuk ke Pewira Jaya dan FELDA Selancar, di sini dan dijangka disiapkan dalam tempoh antara 48 hingga 72 jam.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi susulan jalan terbabit runtuh dan terputus akibat arus banjir awal pagi tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat telah mengarahkan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi menyediakan peruntukan dan menghubungi Panglima Tentera Darat untuk menghantar Kor Jurutera DiRaja Angkatan Tentera Darat untuk segera membina jambatan bailey.

"Ini adalah langkah sementara bagi memastikan laluan ini dapat digunakan semula sebelum jalan baharu dibina Jabatan Kerja Raya (JKR) nanti," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan banjir di sekitar Rompin, petang tadi.

Beliau berkata terdapat 110 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kawasan itu tidak dapat menduduki peperiksaan berikutan laluan terputus.

"Terdapat laporan mengenai ambulans membawa pesakit yang perlu menjalani rawatan dialisis dan ibu mengandung terpaksa berpatah balik dan menghantar ke klinik kesihatan lain.

"Oleh kerana (ramalan) hujan berterusan selama beberapa hari lagi, saya berharap kawasan yang terdedah banjir mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa," katanya.

Dalam kejadian awal pagi tadi, lebih 5,000 penduduk di Felda Selancar terputus hubungan selepas laluan utama ke kawasan tanah rancangan itu runtuh susulan hujan lebat.

Hujan lebat turut menyebabkan laluan alternatif ke kawasan yang mempunyai kira-kira 10 tanah rancangan itu ditenggelami air dan tidak dapat dilalui semua kenderaan. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.