script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah Di Pahang Terima Insentif e-Dompet RM20

 

KUANTAN - Dua Bazar Ramadan Rahmah di Pahang mula mengagihkan pemberian insentif RM20 kepada 1,000 pengunjung terawal menerusi platform e-dompet.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh berkata, pemberian insentif itu membabitkan Bazar Ramadan Rahmah Mahkota Square dan Bazar Ramadan Lurah Semantan, Temerloh.

Menurutnya, seramai 6,000 pengunjung di dua lokasi Bazar Ramadan Rahmah akan mendapat manfaat daripada insentif yang disediakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

"Pemberian ini kita akan tetapkan di Mahkota Square iaitu pada 25 Mac, 10 April dan 15 April manakala di Temerloh pula pada 31 Mac, 7 April dan 14 April," katanya.

Beliau berkata demikian selepas berakhirnya sesi walkabout peniaga di Bazar Ramadan Rahmah Negeri Pahang di Bazar Ramadan Rahmah Mahkota Square di sini.

Terdapat 15 peniaga yang berdaftar yang menjual pelbagai jenis Menu Rahmah di bazar berkenaan.
Terdapat 15 peniaga yang berdaftar yang menjual pelbagai jenis Menu Rahmah di bazar berkenaan.
Fuziah memaklumkan insentif RM20 diberikan secara sekali bayar yang dimasukkan dalam e-dompet bagi mendidik pengguna membuat pembelian tanpa tunai.

Beliau berkata, seramai 15 peniaga telah berdaftar menjual pelbagai jenis Menu Rahmah di bazar berkenaan.

"Bagaimanapun, kita menjangkakan penyertaan untuk menjual Menu Rahmah terus meningkat dari semasa ke semasa.

"Kita galakkan peniaga untuk menyediakan kepelbagaian konsep penyediaan makanan atau produk seimbang berteraskan Menu Rahmah dan sekurang-kurangnya 30 peratus peniaga yang menawarkan menu ini sebagai pilihan kepada pengunjung," ujar fuziah. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.