script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pemangku Raja Pahang Kurniakan Darjah Kebesaran, Pingat Kepada '170 Penerima'

 

TEMERLOH: Seramai 170 penerima menerima darjah dan pingat kebesaran Pahang sempena ulang tahun Hari Keputeraan Ke-64 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dewan Tun Razak Temerloh di sini, baru-baru ini.

Istiadat penganugerahan disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Majlis tersebut mencatatkan sejarah tersendiri kerana ia diadakan di luar Istana Abu Bakar, Pekan.

Pada istiadat berkenaan, 15 orang menerima pingat Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), Setia Mahkota Pahang (SMP) 24 orang, Ahli Ahmad Shah (AAP) 18 orang, Ahli Mahkota Pahang (AMP) 31 orang, Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), 24 orang, Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) 23 orang dan 35 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Seorang penerima pingat SAP, Profesor Dr. Madzlan Aziz, 61, dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) teruja menerima anugerah ini yang disifatkan sebagai 'anugerah diraja’ yang tidak ternilai’.

Menurutnya, ia anugerah kali pertama diterimanya di luar universiti dan begitu dihargai setelah berkecimpungan sebagai pakar bahan kimia bateri selama lebih 20 tahun.

Naib Canselor (Pembangunan) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Prof Dr. Mohd. Hamdan Ahmad, 59, pula berbangga kerana menerima pingat SAP daripada Pemangku Raja Pahang.

“Sebagai anak Pahang, anugerah ini sangat bererti buat saya kerana Istana Pahang sentiasa menyantuni rakyatnya walaupun di mana sahaja berada,” katanya.

Beliau berkata, selaku anak nelayan di Nenasi, Pekan dekat sini, anugerah ini diibaratkan sebagai ‘setinggi mana bangau terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau’ juga.

Bagi bekas tentera, Suhaimin Mohamed, 78, dari Raub menyifatkan anugerah AMP ke atas dirinya menunjukkan Istana Pahang tidak melupakan veteran tentera yang berbakti kepada negara era 1960-an. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.