script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

RUU 'Anti Lompat Parti' Perlu Di Bentang Dalam 'Sidang DUN Pahang' Pada Mei Ini

 

KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) Pahang akan menyokong sepenuhnya Rang Undang Undang (RUU) yang mendatangkan kebaikan kepada kestabilan politik, kebajikan rakyat dan pembangunan negeri termasuk RUU Anti Lompat Parti.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, RUU itu perlu dibentang pada Sidang DUN akan datang walaupun masih ada beberapa negeri yang belum membentangkannya.

Menurutnya, PN telah meneliti kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhubung RUU Anti Lompat Parti yang belum diputuskan sama ada akan dibentang atau sebaliknya pada Sidang DUN yang dijadualkan Mei ini.

"Terdapat kebimbangan beliau (Wan Rosdy) terhadap sokongan dalam isu ini kerana tanpa sokongan pembangkang, kerajaan negeri tidak akan memperoleh dua pertiga majoriti.

"Kebimbangan itu mungkin kerana tindakan beliau tidak berlaku adil kepada pembangkang.

"Tindakan kerajaan negeri tidak menyalurkan peruntukan kepada wakil pembangkang yang dipilih rakyat sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka berkata, dalam isu RUU Anti Lompat Parti itu memerlukan rundingan antara Menteri Besar bersama pihak pembangkang untuk diteliti.

Saya memberi jaminan mana-mana RUU yang mendatangkan kebaikan kepada kestabilan politik, kebajikan rakyat dan pembangunan negeri akan disokong sepenuhnya.

"Sesi taklimat dan perbincangan bersama pembangkang diharap dapat diadakan sebelum RUU Anti Lompat Parti dibentangkan," ujarnya.

Bagaimanapun menurutnya, pihak pembangkang setakat ini menerima notis persidangan dan berharap RUU ini akan menjadi sebahagian dari aturan yang akan dibentang dalam Sidang DUN nanti. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.