script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pengendali 'Sri Pahang FC', Fandi Ahmad Puas Kutip Tiga Mata Di Ipoh Malam Tadi

KUANTAN: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad memuji kejayaan anak buahnya mengutip tiga mata selepas menewaskan Perak FC 3-0 di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.

Beliau turut gembira dengan asakan awal yang dilakukan pada babak pertama menghasilkan dua gol sekali gus mencapai misi untuk mengutip tiga mata di tempat lawan.

"Pada separuh masa pertama, pemain mengikut segala perancangan terutama melakukan serangan ke kubu Perak yang menyaksikan kita mendapat jaringan awal. Sebelum perlawanan, kita juga tidak berdepan tekanan dan pemain dengan baik terutama mengikut segala taktikal.

"Bagaimanapun, pada babak kedua, kita gagal bermain dengan lebih baik terutama melakukan serangan. Sebaliknya, corak permainan menurun hingga memberi ruang kepada lawan melakukan serangan dan sebab itu saya menggantikan pemain untuk kembali mengawal permainan," katanya.

Mengulas prestasi Sherman dan Baqiuddin Shamsudin, Fandi mengakui terpaksa menurunkan dua pemain itu walaupun tidak berada pada prestasi terbaik.

Namun, beliau gembira kerana komitmen tinggi yang dipersembahkan Sherman dan Baqiuddin membantu Sri Pahang mengutip tiga mata penuh.

"Sherman belum berada pada tahap 100 peratus dan begitu juga Baqiuddin yang masih belum pulih daripada kecederaan," katanya.

Pada perlawanan itu, tiga gol Sri Pahang, masing-masing satu dijaringkan oleh Kpah Sherman pada minit ke-12, Sfefano Brundo (minit ke-34) dan Zuhair Aizat Mohd Nazri (minit ke-74). #sumber


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.