script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Jumlah Mangsa Banjir Negeri Pahang Kini Meningkat, 2317 Di Tempatkan Di 22 PPS

 

KUANTAN: Seramai 2,317 mangsa daripada 706 keluarga ditempatkan di 22 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah, setakat jam 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang memaklumkan, enam daerah itu membabitkan Rompin, Temerloh, Maran, Pekan, Bera dan Jerantut.

Berbanding petang semalam, jumlah mangsa banjir membabitkan 2,271 orang daripada 691 keluarga di 23 PPS.

Berdasarkan rekod, Rompin merekodkan jumlah mangsa paling ramai dengan 1,905 orang, diikuti Temerloh (254 orang), Pekan (106 orang), manakala Bera, Maran dan Jerantut, masing-masing merekodkan seramai 29 orang, 13 orang dan 10 orang.

Sementara itu, empat sungai di Pahang merekodkan bacaan melepasi paras bahaya setakat jam 8 pagi ini.

Sungai berkenaan ialah Sungai Keratong di Jambatan Bahau, Keratong di Rompin; Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan; Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran dan Sungai Triang di Bera.

Sungai Jempol di Rancangan Felda Jengka, Maran; Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera, Bera dan Sungai Lipis di Batu Malim, Raub pula melepasi paras amaran.

Paras air di enam sungai yang melepasi paras waspada ialah di Sungai Belat di Seri Damai dan Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Kuantan.

Selain itu di Sungai Pahang di Kampung Chenor, Maran; Sungai Pahang di Waterfront, Bera; Sungai Pahang di Lubuk Pasu dan Sungai Semantan di Jambatan Keretapi, Mentakab di Temerloh. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.