script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Wan Rosdy Calon Potensi, Rebut Jawatan Naib Presiden UMNO Pada Pemilihan Ini !

 

KEPUTUSAN Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan kali ini agak mengejutkan.

Pengumuman dibuat beliau pada saat akhir juga dilihat sebagai sangat berhati-hati dan mengambil kira pelbagai aspek sebelum dimuktamadkan, lapor Malaysiapost.

Walaupun terdapat khabar angin sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bahawa Wan Rosdy mungkin bertanding di kerusi Parlimen, namun akhirnya beliau memilih untuk tetap kekal di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai.

PRU15 adalah penggal kelima beliau menjadi wakil rakyat di DUN Jelai.

Personaliti Wan Rosdy atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Tok Wan’ dalam kalangan ahli UMNO dan kebanyakan rakyat Pahang bukanlah asing kerana beliau amat mudah didekati dan mudah mesra dengan orang ramai.

Bahkan, sejak dilantik Menteri Besar Pahang selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), jenama ‘Tok Wan’ itu sendiri sudah begitu laku dan diterima rakyat di Pahang.

Sepanjang penggal pertama dilantik Menteri Besar Pahang, tidak dinafikan ‘Tok Wan’ berdepan cabaran berat dan getir.

Apa tidaknya, selepas PRU14 Barisan Nasional (BN) dan UMNO hanya dapat menubuhkan kerajaan di dua negeri sahaja iaitu Pahang dan Perlis.

Selama 22 bulan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di peringkat Persekutuan, kedua negeri ini didakwa tidak mendapat layanan seimbang, terutamanya dari segi peruntukan dan pembangunan.

Namun, ketika itu jugalah kita dapat melihat watak agresif ‘Tok Wan’ dalam menjana pendapatan hasil di Pahang.

Siapa sangka tanpa kerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan, Pahang konsisten merekodkan peningkatan hasil negeri dan kemuncaknya pada tahun lalu apabila Kerajaan Pahang mencatatkan kutipan hasil melebihi RM1 bilion.

Merenung kembali corak dan kebolehan ‘Tok Wan’ mengemudi UMNO Pahang selepas 2018, beliau lebih banyak menggunakan pendekatan diplomasi dan jarang sekali mencipta ‘musuh’.

Kredibiliti ‘Tok Wan’ sudah beberapa kali diuji, bermula dengan pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands (2019) dan PRK Chini (2020), watak Menteri Besar Pahang ini begitu jelas menunjukkan beliau sangat fokus apabila diberi tanggungjawab.

Kedua-dua PRK itu bukan saja menyaksikan UMNO dapat mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti lebih besar, bahkan dapat menamatkan propaganda PH di Cameron Highlands.

Jadi, apabila ‘Tok Wan’ umum mahu bertanding Naib Presiden UMNO, maknanya beliau sudah bersedia untuk meneroka peluang dan menyumbang bakti kepada UMNO di peringkat lebih tinggi.

Apatah lagi selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak secara ‘simbolik’ memberikan ‘restu’ kepada ‘Tok Wan’ untuk bertanding, bolehlah dikatakan beliau kini dalam kedudukan terbaik memenangi pemilihan kali ini.

Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Kemampuan ‘Tok Wan’ sudah terbukti sebelum ini dan sudah tentu beliau mempunyai pelbagai idea boleh diketengahkan jika diberi peluang dan dipilih sebagai Naib Presiden UMNO. 

Maka semua perwakilan UMNO lihatlah slogan sering digunakan ‘Tok Wan’ sejak 2018 'Tiada Janji, Lihatlah Bukti' dan buatlah keputusan tepat demi masa depan parti pada 18 Mac ini. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.