script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Syabas: Tiga 'Anak Jati Lipis' Kini Di Pilih Sebagai Saf Kepimpinan UMNO Malaysia

KUALA LIPIS: Rata-rata warga Lipis yang ditemui menyatakan rasa genbira dan bangga apabila tiga orang anak jatinya kini menjadi pemimpin besar dalam UMNO.

Mereka ialah Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail (Naib Presiden), Datuk Seri Abd Fattah Abdullah (Timbalan Pengerusi Tetap) dan Dato' Sri Hj Abdul Rahman Mohamad (Ahli Majlis Kerja Tertinggi).

Ketiga-tiga pemimpin terbabit menang pada pemilihan UMNO baru-baru ini. Wan Rosdy mendapat undi sebanyak 52,202 Abd Fattah pula mendapat 48,017 undi. Sementara Abdul Rahman mendapat undi 40,081 untuk berada ditangga ke-15 daripada 25 calon MKT yang terpilih.

"Kami sangat teruja apabila ada tiga pemimpin UMNO yang berasal dari Lipis kini berada disaf kepimpinan tertinggi UMNO Malaysia. Ini satu penghormatan tinggi kepada warga Lipis secara keseluruhannya. Selamat menjalankan tugas buat ketia-tiga pemimpin," kata seorang perwakilan UMNO Lipis yang ditemui disini hari ini.

Hanya Wan Rosdy tidak terlibat dengan UMNO Bahagian Lipis. Beliau menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands. 

Sementara Abdul Rahman dan Abd Fattah yang mewakili UMNO Bahagian Lipis. Abdul Rahman juga merulakan Ahli Parlimen Lipis dan kini menjadi Timbalan Menteri Kerjaya di bawah Kerajaan Perpaduan. 

Sementara itu, Wan Rosdy kekal sebagai Menteri Besar Pahang selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu. Manakala Abd Fatah biar pun bergerak aktif residen Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA).

"Warga Lipis bertuah mempunyai tiga pemimpin hebat seperti Wan Rosdy, Abdul Rahman dan Abd Fattah. Moga ia dapat memberi semangat kepada generasi muda selepas ini. Anak Lipis boleh," kata seorang lagi perwakilan UMNO.

Moga Daerah Lipis terus maju jaya dan membangun hendaknya selepas ini. Bukan senang mempunyai tiga anak jati untuk berada dibarisan hadapan parti keramat orang Melayu itu sebenarnya. #PDO

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.