script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mohd Zarimi Di Pilih Jadi Ketua Pemuda PAS Pahang Yang Baru Sesi 2023-2026

 

KUANTAN - Bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang, Mohd Zarimi Abu Zih Al Syubrawi, 39, dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Pahang yang baru pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) kali ke-41 di Jerantut, Sabtu lalu.

Beliau dipilih sebulat suara bagi menggantikan penyandangnya, Aireroshairi Roslan yang melepasi usia pemuda.

Seramai 112 perwakilan daripada 14 kawasan seluruh seluruh Pahang bersidang pada muktamar tahunan kali ini yang turut menyaksikan keputusan menang tanpa bertanding bagi empat jawatan tertinggi lain.

Tempat Zarimi sebagai Timbalan Ketua Pemuda sebelum ini digantikan oleh Dr. Firdaus Ismail sementara Naib Ketua, Zulfadli Zakariah dan Pengerusi Tetap, Hazmi Dibok bersama Timbalannya, Aireroshairi diumum menang tanpa bertanding.

Sementara itu, Zarimi berkata, DPPNP sedang mempersiapkan hala tuju bagi memperkukuhkan kemenangan 15 kerusi PAS di Pahang serta memastikan peningkatan sokongan anak muda kepada parti tersebut sehingga ke akar umbi.

Seramai 112 perwakilan daripada 14 kawasan seluruh seluruh Pahang bersidang pada muktamar tahunan kali ini di Jerantut
Seramai 112 perwakilan daripada 14 kawasan seluruh seluruh Pahang bersidang pada muktamar tahunan kali ini di Jerantut
"Satu pelan strategik yang lengkap dan menyeluruh telah dirangka mencakupi peranan semua sektor dan lajnah bagi membangun dan mempertingkatkan kekuatan DPPNP menuju PRU ke-16 nanti," ujar beliau.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pemuda Pas Malaysia, Afnan Hamimi Taib Azamudden hadir menyempurnakan perasmian muktamar tersebut.

Ujar beliau, muktamar itu bukan sekadar satu wasilah bagi melunaskan tuntutan Perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966 sebaliknya ia juga merupakan medan introspeksi dan refleksi aksi kepemudaan sebelum meneruskan kesinambungan gelombang kebangkitan rakyat terhadap perjuangan agama dan ummah.

"Terima kasih para perwakilan, pemerhati dan sahabat-sahabat dewan pemuda kawasan yang hadir dari seluruh negeri Pahang serta jawatankuasa kerja muktamar yang bertungkus-lumus memastikan perjalanan program berlangsung dengan baik dan jayanya.

"Tahniah dan takziah buat semua ketua pemuda, saf kepimpinan DPPK yang baru dilantik serta kepimpinan baharu Pemuda Pas negeri Pahang untuk sesi 2023-2025," kata beliau dalam ucapan perasmian.

Afnan juga turut merakam ucapan penghargaan buat Aireroshairi di atas sumbangan dan bakti selama beliau berkhidmat sebagai ketua pemuda dan juga sahabat-sahabat yang telah berkorban mengisi umur muda di dalam perjuangan.

"Ayuh, pulanglah kita ke kawasan masing-masing, bersiap-siagalah untuk terus bekerja dan meneruskan agenda parti demi mencapai matlamat jemaah," tambah beliau. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.