script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ahli Parlimen PAS Kuantan Mohon Maaf Secara Terbuka Pada Artis Baby Shima !

 

KUANTAN - Ahli Parlimen PAS Kuantan, Wan Razali Wan Nor tampil memohon maaf secara terbuka susulan kenyataannya terhadap penyanyi sensasi, Baby Shima berhubung pembabitannya dalam program Hari Bandaraya Mesra komuniti di Sungai Isap Damai Kuantan, 18 Februari lalu.

Justeru, Wan Razali berkata, dia menarik balik hantaran yang dimuat naik pada Facebook (FB) miliknya, 17 Feb lalu.

“Pada 18 Februari, artis Baby Shima hadir dalam program tersebut dan membuat persembahan beberapa buah lagu serta berselawat dengan penampilan sopan dan menutup aurat.

“Saya percaya penampilan tersebut adalah sesuai dengan tatasusila setempat dan boleh diterima oleh masyarakat setempat.

“Penampilan tersebut sekali gus menjawab kekhilafan orang ramai sebelum persembahan tersebut. Dengan ini saya memohon maaf di atas kekhilafan tersebut,” katanya.

Terdahulu, Wan Razali melalui FB mendakwa, susulan menerima banyak bantahan, pihaknya menghantar surat bantahan kepada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) agar menghentikan pembabitan Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli di Sungai Isap.

Dalam hantaran itu, Wan Razali turut menyebut penyanyi Makan Hati itu sering terpalit isu moral dalam persembahannya dan melanggar tatasusila serta adat ketimuran.

Selain Wan Razali, turut membantah pembabitan Baby Shima adalah Pesuruhjaya PAS Pahang, Abdul Rosli Jabar yang berkata, persembahannya akan mengundang kemurkaan Tuhan manakala seorang pemimpin Pemuda PAS Pahang pula mendakwa penyanyi itu ‘menjual agama’ kerana hanya mengenakan tudung mengikut majlis tertentu.

Sebagai reaksi balas, Baby Shima berkata, dia tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan saluran undang-undang ke atas individu yang dipercayai memfitnahnya.

Walaupun bergelar penyanyi dangdut, Baby Shima berkata, ia bukan pertama kali dia diundang untuk mengisi slot kerohanian.

Sementara itu, Wan Razali berkata dia berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

“Permohonan maaf ini dibuat tanpa syarat dan saya berjanji untuk tidak mengulanginya,” katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.