script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

SPRM Tahan Dua Kakitangan Pengurusan Air Pahang Berhad, Kes 'Tuntutan Palsu' !

 

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua kakitangan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) kerana disyaki membuat tuntutan palsu.

Kedua-dua suspek yang merupakan lelaki berusia 41 tahun dan wanita berusia 42 tahun ditahan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuantan malam semalam dan kini direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 25 Februari bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Nurul Farahah Mohd Suah selepas pihak SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Kuantan, di sini, hari ini.

Suspek lelaki yang merupakan Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Paip ditahan pada pukul 8.20 malam manakala suspek wanita yang merupakan Penolong Operasi Paip ditahan pada pukul 8 malam.

Kedua-dua mereka disyaki berpakat memperakukan kerja-kerja bagi menyediakan makan dan minum serta peralatan berkaitan untuk peserta kursus pada 24 Februari 2022 sehingga 25 Februari 2022 yang berjumlah RM5,940.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.