script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Pahang 'Luluskan' Peruntukan RM200,000 Banjir Kilat Di Bukit Tinggi

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang meluluskan peruntukan segera sebanyak RM200,000 bagi tujuan menaik taraf sistem perparitan berikutan banjir kilat di Bukit Tinggi, Bentong kelmarin,

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan tersebut merupakan sumbangan kerajaan bagi meringankan beban yang dihadapi mangsa banjir di Kampung Bukit Tinggi dengan menampung kos kerosakan yang perlu ditanggung mereka.

“Peruntukan ini diluluskan selepas saya melihat sendiri keadaan banjir yang berlaku di kampung ini pada petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berpuas hati dengan tindakan segera yang diambil Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Bentong dan agensi-agensi yang terlibat dalam menguruskan banjir kilat yang berlaku pada petang semalam.

“Saya berharap semoga penduduk yang terlibat dapat bersama menghadapi ujian ini,” ujarnya.

Semalam, Bukit Tinggi dan Janda Baik, Bentong yang dilanda banjir lumpur menjejaskan 15 buah premis perniagaan dan lima buah kediaman.

Banjir tersebut juga menyebabkan jalan lama Bentong ke Kuala Lumpur ditutup kepada kenderaan ringan. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.