script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Johari 'Tawar Diri' Tanding Ketua UMNO Bentong Sambung Legasi Adnan Yaakob

 

BENTONG - Naib Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun menawarkan diri bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Bentong bagi sesi 2023-2026 pada pemilihan parti itu bulan depan.

Menurutnya, beliau akan mengerah segala kudrat, idea dan pengalaman untuk bersama-sama dengan pucuk pimpinan UMNO negeri diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail untuk memperkukuhkan lagi parti keramat ini.

“Dalam suasana dan landskap politik yang cukup berbeza ketika ini, UMNO perlu bertahan dan untuk itu parti memerlukan perpaduan dan mengelakkan perpecahan.

“Apa yang penting, kita perlu terus mendukung prinsip demokrasi dan bekerja kuat untuk parti keramat ini kekal relevan dan diterima rakyat dulu, kini dan selamanya.

“Insya-Allah, ia akan menjadi pegangan saya dalam meneruskan kesinambungan kepimpinan Ketua UMNO Bahagian ketika ini, Tan Sri Adnan Yaakob dalam memastikan UMNO Bahagian Bentong terus bangkit dan cemerlang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.J

Laporan Utusan Malaysia dipetik, Johari berkata, berdasarkan semangat juang dan pengalaman dimiliki, beliau yakin dapat menggembelengkan segala usaha dan gerak kerja bersepadu dalam kepimpinan UMNO Bahagian Bentong.

“Bersama-sama kita memastikan kebangkitan UMNO dan meyakinkan rakyat khususnya di Bentong agar kembali bertaut kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Menurutnya, hubungan baik antara ahli akar umbi parti perlu terus diperkukuh dan membawa semua jentera untuk melipatgandakan usaha serta gerak kerja bagi berdepan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“Saya dengan ini bersedia menggalas amanah yang cukup besar ini demi kegemilangan UMNO Bahagian Bentong, insya-Allah,” katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.