script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lebih 1,000 Pesakit Kanser Baharu Telah Di Kesan 'Setiap Tahun' Di Negeri Pahang

BERA - Lebih 1,000 pesakit kanser baharu dikesan di negeri ini setiap tahun dan daripada jumlah itu, 60 peratus atau 600 orang menghidap kanser tahap tiga dan tahap empat.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Bahagian Perubatan), Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Wan Abdul Rahim Wan Muhammad, berkata ini termasuk kira-kira lapan daripada 10,000 individu lelaki yang berusia 50 tahun ke atas yang disaring disahkan mengidap penyakit kanser prostat.

"Sebab itu pentingnya pemeriksaan awal kepada orang lelaki terutama yang berusia 50 tahun ke atas. Tidak perlu tunggu sakit, tetapi pergi sahaja ke klinik kesihatan berdekatan.

"Hanya beberapa minit untuk melakukan pemeriksaan air kencing. Sekiranya ada sesuatu dikesan menerusi keputusan ujian itu, barulah individu terbabit perlu menjalani pemeriksaan seterusnya," katanya selepas Majlis Perasmian Program Saringan Kanser Prostat 2023 Peringkat Negeri Pahang, di Hospital Bera.

Program Saringan Kanser Prostat 2023 Peringkat Negeri Pahang dianjurkan oleh Jabatan Urologi HTAA dengan kerjasama Hospital Bera, Pejabat Kesihatan Daerah Bera, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Sultan Ahmad Shah Medical Centre (SASMEC) dan University Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Kempen itu adalah aktiviti tahunan Jabatan Urologi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan yang dilaksanakan sejak tahun 2010.

Selama tempoh itu, ia dijalankan di 10 fasiliti di beberapa daerah dan Bera adalah destinasi ke-11.

Dr Wan Abdul Rahim berkata, menerusi kempen berterusan ini, lebih 2,000 peserta disaring dan hampir 50 peratus dikesan mempunyai penyakit berkait kelenjar prostat dengan sebilangannya dikesan menghidapi penyakit kanser prostat peringkat awal.

"Kumpulan sasaran bagi program ini adalah golongan lelaki berumur 50 dan ke atas yang mempunyai simptom kencing (lower urinary tract symptoms) serta lelaki berumur 40 tahun dan ke atas yang mempunyai sejarah kanser dalam keluarga.

"Antara objektif utama program ini adalah untuk mempromosi perkhidmatan urologi di Pahang, selain mewujudkan kesedaran mengenai penyakit prostat dan mempromosikan gaya hidup sihat," katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.