script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

ADUN Bebar 'Tawarkan' Diri Bertanding Jawatan 'Ketua UMNO' Bahagian Pekan !

 

PEKAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Dato' Sri Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, hari ini menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan pada pemilihan peringkat bahagian parti itu tidak lama lagi.

Dia yang juga exco kanan kerajaan Pahang merupakan wakil rakyat Bebar selama tiga penggal. Dia menjadi exco Pahang sejak 2018.

Sebelum PRU ke-15 lalu Mohammad Fakhruddin diberi portfolio Exco Sains, Teknologi, Komunikasi dan Multimedia Pahang sebelum bertukar kepada portfolio Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan.

"Keputusan (untuk bertanding) ini dibuat bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan bekas Perdana Menteri, Dato'' Sri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara sejak Ogos tahun lalu.

"Saya yakin sudah tiba masanya untuk saya menabur bakti dan keringat kepada pihak penduduk dan ahli UMNO Pekan," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Mohammad Fakhruddin turut yakin melalui kerjasama dan hubungan baiknya dengan pemimpin UMNO Pahang selama ini, lebih banyak kemajuan dan pembangunan di Pekan dapat dilaksanakan.

Ekoran hukuman ke atas Najib, jawatan Ketua UMNO Bahagian  Pekan dipangku timbalannya, Dato' Sri Zamri Ramly sejak Ogos lalu.

Zamri sebelum ini memaklumkan belum ada pihak menawarkan diri untuk bertanding jawatan berkenaan pada pemilihan kali ini.

Dia ketika dihubungi hari ini memaklumkan setakat ini pejabat UMNO Pekan belum menerima borang pencalonan daripada mana-mana pihak. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.