script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Pahang Akan Cari Punca Utama 'Banjir Lumpur' Di Kampung Bukit Tinggi !

BENTONG - Kerajaan negeri akan memberikan keutamaan kepada mengenal pasti dan meneliti punca utama kejadian banjir lumpur termasuk kemungkinan berlakunya aktiviti penerokaan di atas kawasan berbukit di Kampung Bukit Tinggi di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, namun berdasarkan laporan awal, kejadian tersebut disebabkan hujan lebat serta longkang tersumbat.

“Untuk menyelesaikan masalah, kita kena tahu punca. Bila sudah tahu punca, kita akan ambil tindakan.

“Jadi, bagi kejadian semalam, punca utama yang dilaporkan ialah hujan lebat selama satu jam bermula pukul 5.30 petang, beserta hujan renyai-renyai selama empat jam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Kampung Bukit Tinggi di sini hari ini.

Semalam, penduduk di sini dikejutkan dengan kejadian banjir lumpur yang berlaku sekitar pukul 6 petang, yang merupakan fenomena terburuk buat pertama kali bagi mereka.

Ketika ditanya sama ada penerokaan menjadi antara punca banjir lumpur itu, Wan Rosdy enggan mengulas berhubung perkara tersebut.

“Seperti yang saya maklum tadi, mengikut laporan diterima menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Perhutanan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Pejabat Daerah dan Tanah Daerah, puncanya hujan lebat dan berkaitan dengan longkang.

“Anggaran untuk baiki longkang tersumbat, kerajaan negeri memperuntukkan RM200,000 yang diluluskan serta-merta bagi tujuan tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, beliau memaklumkan bagi menyelesaikan masalah ini daripada berulang, kerajaan negeri bakal membina sebuah jambatan di Jalan Bentong-Kuala Lumpur Lama berdekatan persimpangan Janda Baik yang bernilai antara RM4 juta hingga RM5 juta untuk penyelesaian jangka masa panjang.

Tambahnya lagi, jambatan baharu perlu dibina bagi mengelak kejadian berulang berbanding dibaiki semula yang memungkinkan kejadian berulang, namun ia akan mengambil masa untuk disiapkan.

Semalam, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman turut mendesak kerajaan negeri dan Persekutuan menerusi kementerian atau agensi yang berkaitan untuk segera menyiasat kejadian banjir lumpur tersebut.

Ini merupakan kejadian kedua dalam tempoh tidak sampai setahun, yang mana sebelum ini kejadian sama berlaku pada Mei tahun lalu. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.