script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Dakwaan Fitnah, Pahang Daily Di Berikan Masa Tiga Hari Untuk Menarik Kenyataan

 

PEKAN - Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly memberikan Pahang Daily Online (PDO) masa tiga hari untuk menarik balik kenyataan berunsur fitnah terhadapnya yang dikeluarkan portal berita berkenaan, semalam.

Lapoean Utusan Malaysia dipetik, Zamri berkata beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana tuduhan sedemikian cukup serius serta boleh memberikan kesan kepada seluruh ahli keluarganya dan UMNO Bahagian Pekan.

“Saya menafikan tuduhan berunsur fitnah yang dilemparkan terhadap saya menerusi portal berita itu.

“Tuduhan itu bukan sahaja ingin menjatuhkan reputasi dan imej saya malah mencemar dan seolah-olah memburukkan imej UMNO Bahagian Pekan serta menimbulkan persepsi buruk terhadap diri saya.

“Tuduhan sebegini boleh menyebabkan hilang kepercayaan dalam kalangan ahli UMNO Bahagian Pekan kepada parti keramat ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

PDO dalam portal berita itu melaporkan tentang kegusaran seandainya Zamri menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan pada pemilihan parti itu bulan depan.

Kenyataan dilaporkan PDO memetik seorang veteran UMNO Bahagian Pekan yang enggan namanya dikenali itu turut mendakwa Zamri mempunyai lombong pasir di Chini dan didakwa mula menyerang Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail apabila kerajaan negeri membatalkan lesen lombong tersebut.

Zamri berkata, beliau memangku jawatan itu kerana Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan kepercayaan kepadanya bagi menguruskan urusan UMNO Bahagian tersebut.

“Kini pemilihan UMNO Bahagian sedang berlangsung di seluruh negara dan telah menyebabkan serangan berunsurkan fitnah terhadap diri saya. Secara jujurnya saya berasa cukup terkilan dengan tuduhan fitnah yang dilemparkan kepada saya,” katanya.

Beliau turut berharap agar tiada pihak mencampuri urusan pemilihan UMNO Bahagian Pekan yang akan berlangsung dalam masa terdekat. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.