script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Skuad Sri Pahang FC Sasar Lima Teratas Dalam Saingan Liga Malaysia Musim Ini !

KUANTAN - Sri Pahang FC enggan meletak harapan terlalu tinggi sebaliknya hanya menyasarkan kedudukan lima teratas untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini yang akan membuka tirainya Jumaat ini.

Ketua Jurulatihnya, Fandi Ahmad berkata setiap pasukan sudah tentu mahukan yang terbaik namun pihaknya perlu lebih realistik dalam meletakkan sasaran.

"Sebahagian besar pemain adalah muka baru dan mereka masih berada ditahap mencari keserasian di atas padang selain beberapa pemain mengalami kecederaan.

"Bagaimanapun saya berpuas hati dengan hasil latihan di Bangkok pada pra musim lalu kerana mereka dilihat berjaya menyesuaikan diri dengan latihan walaupun ada dua atau tiga pemain yang cedera," katanya selepas majlis pelancaran jersi dan pengenalan pemain Sri Pahang FC 2023 di Timmora Venue, Tanjung Lumpur di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, Sri Pahang memperkenalkan jersi di laman sendiri atau `home' berwarna kuning-biru selain jersi di tempat lawan atau `away' berwarna biru-kuning dan jersi ketiga berwarna putih yang ditaja syarikat pembekal peralatan sukan, Hakka Clo.

Musim ini, Invest Pahang muncul penaja utama selain rakan penaja lain iaitu Arwana Travel and Tours, Data Sukan dan XOX Berhad.

Hadir sama Tengku Arif Temenggong, Tengku Fahad Mua'adzam Shah Almarhum Sultan Ahmad Shah; Pengerusi Sri Pahang, Raja Datuk Seri Shaharudin Shah Raja Jalil Shah dan Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang.

Ditanya mengenai sasarannya untuk Piala AFC, Fandi berkata, belum sampai masanya untuk meletakkan sasaran lebih jauh sebaliknya fokus untuk mengutip sebanyak mungkin mata pada setiap perlawanan liga.

"Jika berjaya dalam misi memungut mata, baru kita akan lihat ke arah itu...sementara ini saya tidak boleh bercakap hal berkenaan," katanya.

Sementara itu, Pengurus Sri Pahang, Datuk Dollah Salleh menyifatkan persiapan skuad Tok Gajah musim 2023 agak berlainan berbanding dengan beberapa musim kebelakangan ini.

"Musim ini persiapan skuad Sri Pahang dilihat lebih menyerlah di bawah ketua jurulatih, Fandi Ahmad dan saya percaya beliau mampu memainkan peranan untuk membawa pasukan lebih jauh," katanya.#sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.