script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Masalah Bekalan Air Di Temerloh Dapat Perhatian, Di Angkat Ke Dewan Rakyat !

KUALA LUMPUR - Masalah penduduk di kawasan Temerloh yang sering menghadapi gangguan bekalan air mendapat perhatian Ahli Parlimen Temerloh, Ustazah Salamiah Mohd Nor, yang membangkitkan isu itu di Dewan Rakyat.

Beliau meminta Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) memberi penjelasan mengenai status peruntukan RM100 juta bagi pembinaan loji bekalan air baharu di Mempateh, Lanchang.

“Nyatakan status peruntukan RM100 juta yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat bagi membina loji bekalan air baharu di Mempateh, Lanchang,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan ketika sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan, semalam.

Menteri NRECC, Nik Nazmi Nik Ahmad, ketika menjawab persoalan itu memberitahu bahawa peruntukan yang ada mampu memenuhi keperluan penduduk di Parlimen Temerloh.

“Namun sekiranya ada permintaan lain untuk projek bekalan air, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) telah disediakan peruntukan sebanyak RM802 juta.

“Peruntukan tersebut belum diguna pakai sejak 2021 dan diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta boleh digunakan oleh Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP),” katanya.

Peruntukan RM100 juta bagi membina loji itu diluluskan oleh Perdana Menteri sebelum ini,  Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sejak 1 Januari 2022.

Namun masalah gangguan bekalan air masih berlaku, terutama di beberapa kawasan seperti di Belengu, Taman Saga, Taman Sri Layang, Bandar Lanchang dan Kampung Sempadan.

Keadaan itu bertambah teruk apabila penduduk terpaksa berdepan gangguan bekalan air antara lima hingga tujuh hari jika ia berlaku. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.