script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Shahaniza 'Serah Borang' Tawarkan Diri Bertanding MKT UMNO Sesi 2023-2026

 

KUANTAN - Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin hari ini menyerahkan borang menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sesi 2023 hingga 2026 pada pemilihan parti itu bulan ini.

Beliau yang hadir bersama Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Maran menyerahkan borang pukul 4.10 petang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Ketua UMNO Bahagian Maran itu sebelum ini menjadi individu pertama menawarkan diri bertanding MKT parti itu dan pertama mengisi dan menghantar borang hari ini.

Shahaniza berkata, tiada istilah rehat dalam perjuangan kerana berjuang tidak boleh ada rasa kecewa.

“Bila kalah pilihan raya umum (PRU) lalu, tiada juga erti terus mengalah. Walaupun terluka, kita harus bangkit dan terus berjuang.

“Selagi ada nafas dan denyut nadi, saya akan terus melangkah. Terus akan berbakti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahaniza berkata, keputusan bertanding MKT dibuat kerana beliau mahu terus menyumbang usaha dan tenaga bagi memantapkan UMNO.

“Dengan pengalaman saya sejak menyertai UMNO dari peringkat cawangan, Ketua Puteri UMNO Pahang sehingga 2018 dan Ketua UMNO Bahagian Maran sehingga kini, saya yakin dapat menyumbang idea dan bersama-sama kepimpinan UMNO Malaysia bagi memulihkan sokongan rakyat khususnya kepada parti keramat ini.

“Untuk mengembalikan kegemilangan parti ini, UMNO memerlukan barisan kepimpinan mantap yang mempunyai pelbagai latar belakang dan pengalamannya,” katanya.

Beliau berkata, UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu dan perubahan perlu dilakukan selaras perkembangan semasa bagi mengembalikan parti ini di hati rakyat.

“Saya sedar cabaran besar utama adalah menarik minat dan sokongan orang muda untuk kembali menyokong UMNO. Maka oleh itu, saya bersedia mendepani perkara utama ini,” katanya.

Menurutnya, hala tujunya cukup jelas iaitu untuk melaksanakan perubahan dalam UMNO serta memulihkan sokongan rakyat pelbagai peringkat kepada parti keramat ini. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.