script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Jamal Nasir Sifatkan Keputusan FAM Tak Hantar Skuad B-23 Ke Sukan Asia Tepat!

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dianggap membuat keputusan yang tepat tidak menghantar skuad bawah 23 (B-23) ke Sukan Asia 2022 kerana perlu memberi fokus kepada kejohanan yang lebih penting terutama kelayakan Piala Asia B-23 2024.

Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan FAM harus melihat kejohanan mana yang lebih penting untuk skuad B-23 sertai kerana pasukan itu perlu berdepan banyak pertandingan sepanjang tahun termasuk aksi liga tempatan, Sukan SEA, kelayakan Piala Asia B-23 dan Piala AFF.

Malah, beliau dilihat kurang bersetuju dengan cadangan sesetengah pihak supaya skuad kedua pasukan B-23 dihantar ke Sukan Asia kerana menganggap tiada keperluan jika hanya bertanding untuk memenuhi penyertaan tanpa memberi fokus kepada keputusan yang bakal dicapai.

Katanya, FAM juga pasti sudah membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum memutuskan untuk tidak menghantar pasukan bola sepak ke Sukan Asia di Hangzhou, China itu.

"FAM mungkin ada perkiraan mereka tak hantar pasukan ke Sukan Asia. Mungkin banyak kejohanan yang patut mereka tumpu, jadi jika kita hantar pemain junior atau skuad kedua, itu macam tak betul, bagai melepaskan batuk di tangga.

"Kalau Sukan Asia bertembung dengan kejohanan lain yang lebih penting, saya fikir kita tak perlu nak hantar, saya sokonglah (keputusan FAM). Takkan kita nak hantar pasukan (kedua), kena belasah teruk nanti orang marah pula, orang kata FAM tak betul, hantar pasukan yang tak bagus.

"Kita tak boleh hantar pasukan ikut suka sahaja. Kita merasakan kita ada ramai pemain berbakat, tetapi masih lagi jauh ketinggalan. Kita bergerak satu langkah demi satu langkah, tengok keperluan (kejohanan lebih penting) untuk tahun ini dan yang itu kita kena fokus," katanya kepada BH Sukan, semalam.

Sebelum ini, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan badan induk itu tidak akan menghantar pasukan bola sepak ke Sukan Asia kerana perlu fokus kepada kejohanan lebih penting yang berlangsung hampir dengan temasya itu.

Kejohanan yang paling dekat dengan Sukan Asia adalah kelayakan Piala Asia B-23 yang mana ia berlangsung pada awal September manakala temasya Sukan Asia dijadual berlangsung pada hujung September.

Sementara itu, pemerhati sukan tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli juga seakan senada dengan pandangan Jamal sambil menjelaskan pasukan B-23 perlu mempunyai hala tuju yang jelas dalam menyertai sesuatu kejohanan.

Katanya, setiap penyertaan dalam sukan perlu melihat jadual bagi mendapatkan keputusan yang betul-betul memberikan persembahan terbaik dan bukan sekadar masuk untuk melengkapkan pertandingan.

"Kalau hantar pasukan kedua skuad B-23 pun satu pilihan juga, tetapi bila kita menguruskan pasukan ia membabitkan kos perbelanjaan. Jadi sudah pasti kita mengharapkan pasukan itu benar-benar pasukan yang bersedia untuk menyertai Sukan Asia.

"Nanti kita pergi Sukan Asia (dengan skuad kedua) kena besalah teruk, orang marah. Itu antara keputusan yang sukar, namun dalam hal ini secara keseluruhan kita menghormati pendirian FAM kerana mereka ada sebab utama kejohanan mana perlu diberikan keutamaan.

"Kalau pasukan sama masuk kejohanan yang banyak dan selepas itu kita nak keputusan yang bagus, ia ibarat yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran walaupun yang kita kejar dan kita kendong pun belum tentu lagi kita dapat," katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.