script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Shahar 'Tawarkan Diri' Tanding Jawatan Ketua Pemuda UMNO Pemilihan Kali Ini

 

KUALA LUMPUR - Seorang lagi pemimpin pemuda UMNO menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti itu bulan depan.

Selepas empat calon mengesahkan diri bertanding semalam, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah hari ini mengesahkan pencalonannya bagi jawatan itu.
"Saya dengan ini menawarkan diri untuk diberikan mandat memimpin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia bagi penggal 2023-2026.

"Tekad saya untuk memastikan ahli pemuda UMNO akan terus menjadi barisan hadapan parti dan juru bicara rakyat yang utama dalam segenap lapisan isu yang membabitkan kepentingan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO berkata, keputusan itu dibuat sebagai usaha segeranya untuk menyuburkan demokrasi dalam Pemuda UMNO, khususnya di peringkat akar umbi.

"Bagi memastikan penyatuan dan kekuatan kita, pemuda sentiasa utuh untuk melangkah ke hadapan, menjadi perisai parti keramat yang kita sayangi," katanya.

Katanya, selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan dalam keadaan politik semasa yang sangat dinamik dan sentiasa berubah, UMNO sudah pastinya akan menghadapi cabaran dan badai lebih besar untuk terus kekal relevan dan menjadi suara kepada rakyat.

Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Hasmuni Hassan semalam memaklumkan seramai empat calon sudah mengesahkan akan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan 2023-2026.

Selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh, terdapat tiga lagi calon yang menghantar borang iaitu Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, Meor Hassan Mat Ali serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah.

Pemilihan sayap UMNO itu akan berlangsung pada 11 Mac ini ketika Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda serta Puteri Bahagian, yang diadakan serentak di seluruh negara.

Pada tarikh itu, turut diadakan Pemilihan EXCO Wanita, Pemuda dan Puteri peringkat Pusat.

Pemilihan UMNO dijadual berakhir pada 18 Mac ini dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.