script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Exco: Kemalangan Maut, Jalan Berlubang Sudah Dibaiki Beberapa Kali Sebelum Ini

 

KUANTAN - Jalan berlubang yang mengakibatkan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal di Jalan Jerantut-Temerloh dekat Kampung Lubuk Kawah, sudah dibaiki sebelum ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Dato' Sri Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, beliau telah maklumat segera daripada pihak terlibat terutama, Jabatan Kerja Raya (JKR), Roadcare (RC) dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) selepas insiden berkenaan.

"Satu laporan polis juga telah dibuat pada 6 Februari lalu berkaitan kerosakan jalan tersebut dipercayai akibat paip pecah bawah tanah selain dimaklumkan kepada pihak JKR," katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya pada Ahad.

Beliau turut dimaklumkan kerja-kerja membaik pulih paip pecah bawah tanah sedang dijalankan oleh Paip dan prosesnya agak rumit

"Namun kita tidak menyangka setelah empat hari dibaiki, lubang jalan ini kembali pecah yang mungkin terjadi sebelum kemalangan walaupun keadaan cuaca amat baik ketika itu seperti laporan RC yang diberikan kepada saya.

"Kejadian aliran air dan paip pecah bawah tanah terjadi tanpa diduga. Oleh itu, semua pihak terlibat perlu sentiasa memantau dan melaksanakan amanah dengan cepat serta berkesan seperti yang sering saya tekankan sebelum ini," tambah beliau.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Hairul Hafizi Mursid, 34, yang bekerja sebagai penolong penyelia pasar raya di Temerloh menunggang motosikal dipercayai terlanggar lubang sebelum terjatuh di tempat kejadian

Mangsa kemudiannya meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh pada hari sama.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar itu, beliau amat kesal dan berdukacita selain memandang serius kejadian berkenaan.

"Semoga ahli keluarga, isteri Allahyarham, Azimah Zahari yang baru seminggu berkahwin tabah menghadapi semua dugaan yang menimpa ketika ini yang kita semua tidak sangka.

"Saya amat berterima kasih dan menyanjung tinggi semua rakyat Pahang, badan bukan kerajaan (NGO), Lando, Brotherhood, pengguna jalan raya dan lain-lain di atas kerjasama yang amat baik menyampaikan maklumat, aduan dan membantu demi memastikan jalan raya negeri kita Pahang bertambah baik dari masa ke semasa," tambah beliau. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.