script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ismail Sabri 'Sah' Tak Pertahan Jawatan 'Naib Presiden' UMNO Pemilihan Kali Ini

 


KUALA LUMPUR - Memandangkan tempoh penamaan calon bagi pemilihan UMNO semakin menghampiri tarikh akhir, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan dia tidak akan mempertahankan jawatan Naib Presiden parti itu.

Dia berkata demikian ketika dihubungi petang semalam, lapor Malaysiakini.

"Ya," jawab Ismail melalui mesej teks ketika diminta mengesahkan bahawa dia tidak bertanding untuk penggal seterusnya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bera itu tidak mahu mengulas punca keputusan itu dibuat, tetapi berkata dia akan mengeluarkan kenyataan media tidak lama lagi.

UMNO sedang mengadakan pemilihan bagi jawatan Naib Presiden, jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan jawatan jawatankuasa bahagian pada 18 Mac ini manakala tarikh akhir pencalonan telah ditetapkan pada 5 petang semalam.

Parti itu mempunyai tiga jawatan Naib Presiden. Setakat ini, lapan pemimpin parti telah menyerahkan borang pencalonan mereka untuk bertanding, termasuk dua penyandangnya Khaled Nordin dan Mahdzir Khalid.

Enam pemimpin lain yang bertanding untuk jawatan itu ialah Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Agung BN, bz Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Reezal Merican Naina Merican, Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Ghani, dan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Perhimpunan Agung UMNO bulan lepas menerima pakai ketetapan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.