script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) PKR Merbok Pula Kecoh, ADUN Bukit Selambau Telah Di Ugut Dan Di Serang Oleh Perwakilan Semalam

Kekocahan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) terus berlaku, biar pun pucuk pimpinan parti mangarahkan supaya semua pihak menghormati keputusan yang telah dibuat. Seolah-olah wujud perpecahan yang tidak disengajakan kini berlaku dalam parti itu. Terbaru, MATC Merbok di Kedah turut dicemari dengan insiden tidak diingin. Menurut laporan, terdapat "aksi samseng dan ganas" berlaku apabila perwakilan cabang itu cuba menyerang, mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ADUN Bukit Selambau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah iaitu S.Manikumar (foto). Kekecohan yang berlaku menyebabkan ADUN terbabit terpakda membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda petang semalam. Difahamkan terdapat "unsur-unsur penyelewengan" dalam mesyuarat yang diadakan di sebuah dewan di Bedong itu. Susulan daripada ini menyebabkan Pengawas Pemilihan terpaksa menghentikannya. Keputusan tersebut menyebabkan ada dikalangan perwakilan yang tidak berpuas hati dan bertindak ganas menyerang dan mengugut Manikumar. Selain daripada MATC Merbok, turut ditanggugkan di Kedah ialah MATC Jerai. Pemilihan bagi jawatan ketua cabang Merbok menarik perhatian apabila ketuanya Abdul Rashid Din menarik diri dan ahli majlis pimpinan pusat Saiful Izham Ramli merupakan calon tunggal bagi jawatan itu. Manakala bagi jawatan Timbalan Ketua pula, Manikumar yang memegang portfolio Perdagangan Dalam Negeri berdepan dengan Naib Ketua Cabang, Mukhtar Ismail.

[Nampaknya, kekecohan terus melanda biar pun setelah beberapa kali diingatkan agar MATC dan pemilihan dibuat secara adik beradik. Soalnya, kenapa masih ada perwakilan dan ahli yang terbawa-bawa budaya UMNO ke dalam PKR. Sememangnya kita tahu, majoriti ahli PKR adalah berasal dari acuan UMNO itu sendiri, namun mereka perlulah melakukan perubahan dan mengawal perilaku masing-masing agar tidak dipandang jelek oleh rakyat. Jika beginilah amalan yang berlaku dalam pemilihan PKR, maka adalah lebih elok tidak diadakan pemilihan terus. Biarkan pucuk pimpinan negeri menentukan siapakah yang paling layak untuk memikul amanah sebagai Ketua Cabang di negeri masing-masing. Sudah pasti tidak akan timbul kekecohan dan amalan berpuak-puak seperti yang berlaku sekarang. Bukankah amalan melantik calon pilihan ini berlaku terhadap semua Pengerusi Negeri sebelum ini. Maka itu, adalah lebih elok cuba pula dipraktikkan di peringkat cabang pula selepas ini. Apapun, kita mengharapkan tidak berlakunya kekecohan yang lebih besar dalam pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti November ini. Lakukan perubahan dengan ikhlas bukan hanya sekadar dengan kata-kata sahaja!].
Share:

Panas: Gara-Gara Terlalu Fobia Terhadap Kartun, Akhirnya Zunar Di Reman Sehari Untuk Siasatan Selepas Pejabatnya Di Serbu Pihak Polis Semalam!

KUALA LUMPUR, 25 Sept [4.45 pm] - Kartunis terkenal Zulkiflee Anwar Ulhaque (foto), atau lebih dikenali sebagai Zunar yang ditahan polis semalam, direman sehari selepas polis mendapat perintah Mahkamah Majistret Sepang hari ini. Beliau dikatakan ditahan di bawah Akta Hasutan kerana menerbitkan buku yang didakwa ‘boleh menjejaskan kepentingan orang awam’ dan ‘mempengaruhi rakyat memberontak dan menentang polisi kerajaan’. Polis menyerbu pejabatnya di Brickfields merampas kira-kira 70 naskah komik terbarunya, Cartoon-o-phobia yang sepatutnya dilancarkan malam tadi. Sepasukan polis yang diketuai oleh Asisten Supritendan Arikrishnan Apparau daripada Balai Polis Daerah Brickfileds merampas buku dan beberapa lakaran komik terbaru kartunis tersebut. Komik terbaru Cartoon o-phobia memaparkan koleksi kisah politik yang dipaparkan di laman web Malaysiakini, diterbitkan oleh Kinibooks - sebuah anak syarikat Malaysiakini. Antara yang disentuhnya ialah isu-isu yang menjadi perbualan awam seperti isu Altantuya, konspirasi terhadap Anwar, isteri PM, kehilangan jet enjin, Scorpene yang tak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, korupsi dan lain-lain. Sebelum ini Zunar pernah menerbitkan tiga buah buku, - 1 Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun yang telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Sementara itu Zunar mengatakan dia bersedia dan sanggup menanggung risiko dalam penerbitan barunya itu.

[Ternyata kerajaan UMNO BN terlalu fobio dengan kartun ciptaan Zunar. Bukankah mereka juga mempunyai ruang untuk membuat perkara yang sama dalam akhbar-akhbar milik mereka atau menerbitkan buku yang sana seperti itu. Soalnya, kenapa begitu takut?. Biasanya hanya mereka yang buat salah sahaja yang takut dosanya didedahkan. Apakah ini bererti apa yang didedahkan oleh Zunar itu memang dilakukan oleh puak-puak UMNO BN sebenanrya. Tindakan menahan dan merampas majalah yang telah diterbitkanya itu melambangkan betapa pemimpin UMNO BN semakin takut dengan kebangkitan suara rakyat. Sehinggakan dalam bentuk kartun pun mereka tidak berani berhadapan. Sedangkan mereka mempunyai media untuk menjawab segala bukti yang telah dipaparkan oleh Zunar itu. Inilah dia amalan double standard yang dilakukan oleh pihak polis bila mendapat arahan UMNO. Padahal, sebelum ini mereka akan bertindak jika ada laporan dibuat, kini mereka sewenangnya melakukan tugasan tersebut. Nampak benar semua ini adalah dek kerana ketakutan terhadap kartun].

Share:

Panas: Kenyataan Biadap Mahathir Dalam Utusan Malaysia Berbaur Perkauman Dan Perlu Di Ambil Tindakan Yang Tegas Dibawah Akta Hasutan 1948

Apa sudah jadi dengan Mahathir Mohamad agaknya. Semakin tua semakin menjadi-jadi gelagatnya. Apakah beliau sudah nyanyuk atau "mudah lupa"?. Sewajarnya mantan PM itu dikenakan tindakan dibawah Akta Hasutan 1948. Ini kerana beliau cuba memainkan "api perkauman" untuk menimbulkan satu keadaan yang tidak tenteram kepada seluruh rakyat Malaysia. Akhbar Utusan Malaysia dalam tajuk utama muka depannya hari ini (24 Sept) menyiarkan berita "Melayu Hilang Kuasa, Jika Pembangkang Memerintah". Kenyataan ini jelas sekali ingin menakut-nakutkan orang Melayu dalam menghadapai Pilihanraya Umum akan datang. Soalnya, kenapa berita yang disiarkan dalam blog Mahathir itu sengaja disensasikan?. Bukan sebelum ini kami berkali-kali menyatakan yang beliau sememangnya telah dilantik oleh PM Najib Razak, sebagai "Penasihat UMNO BN" sebenarnya. Nah!, kini Mahathir bebas mengeluarkan kata-kata yang berunsur hasutan bagi melaga-lagakan kaum di negara ini. Dalam kenyataan yang dipetik daripada blog beliau tersebut Mahathir mengingatkan orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan ‘suara’ jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara. Kata beliau, ia terbukti sewaktu Perak diperintah pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum lalu apabila DAP lebih berkuasa di negeri itu walaupun Menteri Besar daripada PAS.

Nizar Jamaluddin Dikata Boneka Cina Di Perak

“Kita lihat (Datuk Seri) Mohammad Nizar Jamaluddin (foto) di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan DAP sehingga (pakatan pembangkang) jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina. “Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya. Beliau menambah, walaupun Nizar yang mewakili PAS ketika memerintah Perak seolah-olah memperjuangkan Islam, parti itu sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan. Sementara itu menurutnya, jawatan sebagai Perdana Menteri di negara ini bukan ‘dikhaskan’ buat orang Melayu atau beragama Islam sahaja sebaliknya ia tertakluk kepada sokongan rakyat ke atas seseorang pemimpin. “Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya Perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi Perdana Menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa.” jelasnya. Kenyataan Mahathir ini jelas sekali membuktikan beliau senagaja mahu menimbulkan suasana yang tidak tenteram kepada rakyat Malaysia. Maka itu, beliau wajar dikenakan tindakan menghasut sebenarnya. Tambah menyedihkan Utusan Malaysia tergamak menyiarkan kenyataan "orang tua nyanyuk" itu di muka hadapan akhbar tersebut. Mahathir membuat kenyataan, seolah-olah lupa bahawa kejatuhan Pakatan Rakyat di Perak adalah satu usaha terancang UMNO BN yang tergamak membeli tiga ADUN Lompat dengan harga yang cukup lumayan. Mahathir lupa bahawa yang dibeli itu adalah dua ADUN Melayu dan hanya satu ADUN Cina dari DAP. Maknanya, yang khianat kepada perjuangan ialah orang Melayu itu sendiri. Soalnya, kenapa beliau tergamak memainkan sentimen ini?. Bukankah ia petanda awal yang pilihanraya umum akan menjelma tidak lama lagi.

Tindakan Tegas Wajar Di Ambil Terhadap Beliau

Sebagai bekas Perdana Menteri, beliau sepatutnya berfikir secara waras sebelum mengeluarkan kenyataan yang berbaur kontroversi. Malah, beliau harus sedar bahawa di zaman pemerintahannya banyak kepincangan dan penyelewengan berlaku. Dasar Penswastaan yang diperkenalkan, jelas sekali menindas rakyat dan dalam masa yang sama memberi habuan lumayan kepada kroni-kroni beliau sendiri. Mahathir harus ingat, kenyataan berunsur hasutan yang dikeluarkan ini boleh mengundang padah sebenarnya. Tambahan pula pada masa ini kaum Cina di negara kita lebih cenderung menyokong Pakatan Rakyat dan bukan UMNO BN lagi. Dek kerana kenyataan membabi buta dan keceluparan Mahathir yang sebenarnya mahu menarik balik sokongan orang Melayu terhadap UMNO. Kami menjangkakan, bukan sahaja UMNO akan terus ditolak rakyat malah kaum Cina itu sendiri semakin benci mendekati UMNO. Mahathir harus bertanggungjawab atas apa yang diucapkan. Beliau lupa, dizamannya jugalah ramai usahawan-usahawan Cina yang diberi muka untuk terus merompak khazanah negara seperti Eric Chia dan ramai lagi Malah, kini di mana-mana negeri yang diperintah oleh UMNO BN sekali pun memang banyak projek-projek yang dijual kepada "Toley Cina". Projek balak, tanah, lombong bijih besi dan sebagainya. Semua ini di "alibaba" kepada kaum Cina atas dasar yang telah diilhamkan oleh Mahathir Mohamad itu sendiri. Makanya, pemimpin UMNO BN itu sebenarnya yang menyembah dan melutut kepada orang Cina untuk terus kekal berkuasa. Soalnya kenapa Mahathir menyalahkan pembangkang terutamanya dalam isu "rampasan kuasa" yang berlaku di Negeri Perak dulu. Terbukti, Mahathir cepat lupa dan semakin tua. Beliau tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa dan perlu diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

[Soalnya sekarang, apakah kenyataan Mahathir itu akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa seandainya ada laporan dibuat terhadap Mantan PM itu. Bayangkan jika kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat?. Sudah pastilah Pemuda UMNO, Perkasa, GPMS dan NGO sekutunya akan berlari membuat laporan polis terhadap pemimpin terbabit. Namun, kita nantikan siapakah yang akan berani membuat tindakan atas kenyatan biadap Mahathir itu. Kita agak hairan, dalam usia yang sudah menjangkau tua seperti itu Mahathir masih tergamak untuk meletakkan situasi dirinya dalam keadaan "dibenci dan dihina" oleh majoriti rakyat. Adalah lebih elok Mahathir berdiam diri dari terus mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum di negara ini. Anehnya, Utusan Malaysia seolah-olah berselera benar menyiarkan setiap kenyataan yang dibuat oleh Mahathir. Mereka seperti diberi kata dua oleh pihak-pihak tertentu agar mensensasikan setiap kenyataan Mahathir berbanding dengan Pak Lah Badawi yang seolah-olah dipinggirkan terus itu].
Share:

Edisi Pahang: Jalanraya Bentong Ke Gua Musang Sesak Serta Sempit, Penduduk Kecewa Kerajaan Pusat Tangguhkan Projek Melebarkan Jalan Itu !!

BENTONG, 24 Sept [8.32 am] - Para penduduk di kawasan Pahang Barat terutamanya di Bentong, Raub dan Lipis kecewa dengan tindakan kerajaan pusat membatalkan projek melebarkan jalan raya yang menghubungkan Seremban ke Gua Musang melalui laluan Simpang Pelangai, Bentong, Karak, Kuala Lipis tidak diluluskan. Kekecewaan itu turut dirasai oleh Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh UMNO BN sendiri sebenarnya. Dalam satu kenyatan pada 2 September lalu Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob juga amat kecewa dan kesal atas pembatalan tersebut. "Mengikut perancangan awal, jalan tersebut bakal dinaik taraf kepada empat lorong dengan membabitkan kos sebanyak RM3.7 bilion. Banyak perbincangan telah diadakan sebelum ini dan berdasarkan perancangan awal, ia sepatutnya merupakan jalan empat lorong tetapi kemudian dikurangkan kepada dua lorong dengan kos RM1.3 bilion. Namun keputusan terakhir, hanya untuk memperbaiki jalan terpilih iaitu tempat-tempat yang dipercayai mempunyai risiko tinggi punca berlaku kemalangan,", katanya. Difahamkan Projek melebarkan jalan berkenaan merupakan sebahagian daripada projek pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang dilancarkan Perdana Menteri ketika itu , Pak Lah Badawi pada 30 Oktober 2007.

Jalanraya Sempit Dan Sesak Timbulkan Masalah

Difahamkan, jalan yang menghubungkan lalun dari Bentong-Raub-Lipis ke Gua Musang amat sesak setiap kali musim perayaan. Ini kerana majoriti warga Kelantan yang ingin balik ke kampung halaman masing-masing akan menggunakan laluan alternatif tersebut. Ini menyebabkan jalanraya di kawasan berkenaan menjadi begitu sibuk akibat dilalui oleh beribu-ribu kenderaan. Masalah timbul apabila, jalan yang terlalu sempit itu digunakan oleh orang awam. Ini menyebabkan penduduk di kawasan sekitar terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk keluar ke bandar bagi mendapatkan barangan keperluan masing-masing. Apa tidaknya, mereka terpaksa mengambil masa berjam-jam lamanya hanya kerana ingin membeli barangan keperluan di bandar yang berdekatan. Justeru itu kebanyakan daripada mereka lebih selesa menghabiskan masa dirumah sahaja, bagi mengelakkan masalah yang lebih besar terjadi. Akibat daripada itu juga banyak kemalangan berlaku apabila ada pemandu yang tidak bertimbang rasa cuba memotong kenderaaan lain dalam keadaan jalan sesak dan tidak mengizinkan. Ia adalah fenomana biasa bagi penduduk di kawasan ini sebenarnya. Tambah malang lagi apabila jalan sesak itu turut menghalang laluan pasukan keselamatan seperti bomba dan ambulan untuk menjelaskan tugas. Ini menyebabkan banyak kes-kes kemalangan serius gagal ditangani dengan kadar segera.


Bukti, kekesakan yang amat teruk dijalan berkenaan ketika Hari Raya lalu

Kemalangan akibat jalan sempit dan sikap pemandu tidak bertimbang rasa
[Sebelum ini telah banyak pendedahan dibuat, terbaru yang kami petik dari laman blog Unit Media Baru UMNO Pahang ini sendiri. Mereka amat kecewa dengan tindakan kerajaan pusat yang dipimpin oleh "anak Pahang" sendiri gagal untuk memberi keselesaan dan membawa pembangunan untuk rakyat di negeri ini. Soalnya sekarang, kenapa projek ini dibatalkan selepas segala kos dikurangkan daripada matlamat asalnya. Tambah menyedihkan ialah projek tersebut bermula dari kawasan DUN MB Pahang sendiri iaitu di Simpang Pelangai. Jika projek ini gagal, bermakna MB selaku ADUN kawasan berkenaan juga dilihat gagal untuk membawa pembangunan seperti apa yang dijanjikan kepada rakyat di kawasannya. Masalahnya, kenapa pihak kerajaan negeri tidak mendesak kerajaan pusat supaya meneruskan projek berkenaan?. Kenapa harus akur dengan satu keputusan yang belum tentu muktamad itu. Oleh itu, disarankan agar UMNO BN Pahang mengadakan memorandum agar perkara ini diangkat semula ke kabinet. Mereka tidak tahu menahu akan apa yang berlaku di kawasan terbabit sebenarnya. Apakah dek kerana Kelantan di perintah oleh PAS, maka kerajaan sengaja tidak mahu memberi kemudahan kepada rakyat di negeri itu yang majoritinya menggunakan laluan terbabit untuk pulang ke kampung halaman masing-masing setiap kali musim perayaan. Jika ini alasannya, maka amatlah tidak adil sama sekali. Ini kerana rakyat tempat juga terpaksa menanggung siksaan itu sejak sekian lamanya].
Share:

Kontroversi: Keputusan Nurul Izzah Bertanding Jawatan Naib Presiden Bakal Pecahkan Majoriti Undi Wanita PKR Buat Fuziah Salleh Sebenarnya

KUALA LUMPUR, 23 Sept [10.20 pm] - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (foto) hari ini telah mengesahkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu yang dijadual berlangsung November ini. Beliau berkata, kesediaannya menawarkan diri bertanding bagi jawatan itu berdasarkan pencalonan yang diterimanya pada pemilihan peringkat cabang yang bermula 17 September lalu. "Saya gembira kerana suara ahli hari ini menjadi suara hati saya, saya mengambil peluang untuk memikul tanggungjawab dalam parti," katanya. Selain itu, Nurul Izzah juga menjelaskan bahawa beliau tidak akan mengisyhtiharkan sokongan kepada mana-mana calon yang bertanding dalam pemilihan kali ini. "Mereka (cabang) bebas membuat pencalonan dan saya juga bertanggungjawab untuk menghormati pilihan mereka," katanya yang kini sudah menerima lapan pencalonan. Sehingga kini seramai 15 pemimpin layak bertanding jawatan Naib Presiden. Sementara itu anak sulung kepada pasangan Penasihat dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan kesediaanya bertanding bagi jawatan berkenaan bukanlah untuk meneruskan 'dinasti' keluarganya dalam parti itu. "Saya anak kepada Anwar Ibrahim, saya tak nafikan perkara itu. Tapi saya juga 'anak' kepada gerakan reformasi. "Bagi saya perjuangan selama 12 tahun yang lalu mendorong saya meneruskan perjuangan atas dasar reformasi," katanya. "Saya fikir yang penting ialah apa yang disuarakan ahli, sudah tentu saya perlu mendapatkan restu keluarga, tapi saya juga didorong oleh restu berdasarkan pencalonan yang saya dapat daripada cabang", katanya lagi. Berhubung sama ada faktor kekeluargaan dengan pemimpin tertinggi parti akan mempengaruhi undi terhadapnya, Nurul Izzah berkata beliau tidak dapat menolaknya. "Ia boleh jadi begitu, tapi walau apapun saya nak tegaskan bahawa saya adalah diri saya sendiri, kesetian bukan kepada individu tapi kepada parti," katanya.

[Apapun keputusannya, ramai pemerhati melihat bahawa keputusan yang dibuat oleh Nurul Izzah itu bakal memecahkan majoriti undi wanita PKR terhadap satu-satunya calon yang direstui oleh pucuk pimpinan wanita parti itu. Apakah pencalonan ini akan menimbulkan konflik dan akhirnya bakal menyebabkan Fuziah Salleh tersungkur akhirnya?. Daripada 15 calon yang ada, hanya 4 yang akan dipilih. Seandainya Nurul tidak sertai, maka undi wanita sudah pasti kepada Fuziah. Soalnya sekarang, apakah keputusan beliau itu direstui oleh Wanita PKR?. Mungkin juga ia disokong oleh Anwar dan Azizah, namun bagaimana dengan akar umbi. Jika dilihat kepada faktor keluarga, sudah pasti Nurul Izzah berpeluang sebenarnya. Tambahan pula, jika Anwar "berbunyi" agar beliau dipilih sama seperti yang beliau buat kepada "Rafizi Ramli" untuk jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK). Ada maklumat mengatakan, sebelum ini Anwar juga mahukan Nurul bertanding Ketua AMK. Namun dek kerana gusar dengan suara anak muda maka akhirnya Rafizi yang direstui Anwar. Kini, dengan keputusan membenarkan Nurul Izzah bertanding Naib Presiden, sudah pasti ia akan menimbulkan kontroversi terbaru buat parti itu. Ramai yang berpendapat, Nurul Izzah masih terlalu muda untuk jawatan itu berbanding dengan calon lain yang lebih senior. Apapun pilihan ditangan ahli PKR sendiri untuk menentukan masa depan parti itu].

Share:

Kontroversi: Isu Kenyataan Panas Kes Sosilawati, Samsul Harap Polis Mengikuti Prosedur Sebelum Perlu Keluarkan Waran Tangkap Terhadapnya !!

SHAH ALAM 23 Sept [4.00 pm] - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin (foto), menegaskan polis tidak perlu mengeluarkan waran tangkap untuk mendapatkan kerjasama beliau berhubung kenyataannya mengenai kes pembunuhan Sosilawati Lawiya. Sebaliknya polis hanya perlu mengikut prosedur yang ditetapkan apabila memerlukan seseorang untuk tampil memberi keterangan, kata beliau. “Adalah sangat tidak adil dan tersasar dari lunas undang-undang jika polis mendakwa saya gagal dihubungi sedangkan tiada sebarang percubaan menurut kaedah undang-undang untuk menghubungi saya dilakukan,” Shamsul berkata dalam laman blognya. Polis semalam berkata ia gagal mendapatkan kerjasama dari Shamsul dan akan mengeluarkan waran tangkap jika beliau terus gagal tampil memberi keterangan bersabit ulasannya mengenai kes Sosilawati. Antara lain Samsul telah mempersoalkan kewibawaan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan apabila polis gagal bertindak ke atas empat kes orang hilang membabitkan suspek utama sebelum Sosilawati dijumpai dibunuh dengan kejam. Ulasannya itu disiarkan oleh TV Selangor pada 13 September 2010 yang lalu. Isnin lalu, polis mengambil keterangan dari wartawan, penyampai berita dan pengarang terbabit dari portal berita itu. Kes itu disiasat di bawah Kanun Prosedur Jenayah. Samsul berkata ugutan polis untuk mengeluarkan waran tangkap sebagai tidak adil. “Sekirannya saya mahu dipanggil, sewajarnya prosedur yang betul dipatuhi, bukannya siasatan melalui media,” tegas beliau. Samsul berkata beliau menyerahkan peguamnya yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff untuk berurusan dengan pihak polis. Shamsul berjanji untuk mengulas lanjut kes Sosilawati pada sidang media esok di perkarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada jam 3 petang. Adalah difahamkan Samsul akan membuat laporan kepada SPRM untuk memohon badan itu menyiasat beberapa aspek kes berkenaan yang menimbulkan kecurigaan

[Memang itulah yang sepatutnya. Pihak polis sewajarnya mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebelum beriya-iya mengeluarkan warang tangkap kepada Samsul. Anehnya, kenapa Ketua Polis Selangor yang juga bernama Khalid itu begitu rakus mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Apakah motif beliau sebenarnya?. Kita hairan, tatkala ada laporan polis terhadap mana-mana pemimpin UMNO BN semala ini, kenapa mereka tidak terlalu tergesa-gesa untuk jalankan siasatan. Bila berlaku kepada pemimpin Pakatan Rakyat, maka begitu mudah pula waran tangkap mahu dikeluarkan. Inilah juga yang berlaku kepada Anwar, Mat Sabu dan ramai lagi pemimpin sebelum ini. Polis juga perlu tahu yang Samsul ada keluarkan kenyataan yang dia bersedia pada bila-bila masa untuk membantu siasatan polis terhadap isu yang telah dibangkitkan itu. Makanya, kenapa pihak polis mengatakan dia sukar untuk dihubungi?].

Share:

Video Pilihan: Sidang Media Bersama Setiausaha Agung PKR, Sebanyak 176 Aduan Telah Di Terima

Pemilihan PKR yang sedang diadakan sekarang ini jelas sekali seolah-olah membuka "pekung di dada". Menerusi pemilihan ini juga banyak "adengan yang tidak ingin kita lihat" telah berlaku. Justeru itu, pucuk pimpinan parti perlulah memainkan peranan penting untuk memastikan hanya mereka yang bersih sahaja diterima pencalonan mereka, terutamanya bagi jawatan tertinggi parti. Apa yang dapat disaksi, memang terdapat budaya UMNO yang semakin menular dalam PKR sekarang ini. Ikuti sidang media bersama Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang telah diadakan baru-baru ini.


[Budaya seperti penyalahgunaan kuasa, penipuan, samseng serta politik wang terus melanda parti itu. Perpecahan akhirnya berlaku di mana-mana tanpa dapat dibendung lagi. Soalnya sekarang, apakah ini rupanya PKR. Parti yang dianggap alternatif untuk membawa arus perubahan tiba-tiba masih melakukan kegiatan yang sama seperti UMNO dulu. Jika inilah keadaannya, maka kami juga yakin akhirnya PKR pula akan ditolak rakyat. Oleh itu, pembersihan perlu dilakukan segera. Setiap aduan perlu disiasat tanpa
"pilih bulu". Jika tidak, sudah pasti akan ada yang kecewa dan akhirnya mengambil tindakan diluar batasan. Politik bukanlah alasan untuk menghalang mereka yang kecewa menolak sesebuah parti itu. Oleh itu, pimpinan pusat perlu memantau segera apa yang berlaku ini jika mahu melihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus relevan untuk rakyat].
Share:

Spekulasi: SPR Bakal Buat Pilihan Raya Umum Ke 13, Selepas Najib Berjaya Pastikan Anwar Ibrahim Dihumbankan Semula Ke Penjara Sg.Buloh Nanti

Pilihanraya Umum Ke-13 bakal menjelang tiba bila-bila masa dari sekarang. Banyak desas-desus mengatakan PM Najib Razak akan membubarkan parlimen selepas sahaja Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihumbankan semula ke Penjara Sg.Buloh. Kononnya, bila Anwar telah terpenjara maka, mudahlah bagi UMNO BN untuk melaksanakan agenda mereka. Biarpun rakyat dikatakan akan turun dijalanan untuk sekali lagi membuat protes besar-besaran andainya Anwar terpenjara lagi. Namun, sukar untuk dinafikan bahawa "gelombang reformasi kedua" yang bakal berlaku itu tidaklah sehebat ketika Anwar dipecat daripada UMNO dan Kerajaan dulu. Soal rakyat boleh menerima atau tidak kini sudah tidak menjadi masalah lagi bagi Najib. Apa yang penting, agenda politik beliau tercapai. Harus diingat juga, musuh politik Anwar dulu iaitu "Mahathir Mohamad" kini merupakan proksi terapat Najib. Jika Mahathir tidak menyerahkan kuasa kepada Pak Lah, maka mana mungkin Najib boleh berkuasa sekarang. Lantaran itulah, Najib terpaksa melantik anak Mahathir iaitu Si Mukhriz menyertai kabinet barunya. Sedangkan Mukhriz telah tewas kepada menantu Pak Lah, Si Khairy Jamaluddin ketika itu.


Mahathir adalah Sifu kepada Anwar, tetapi kini mereka "musuh politik"
Apakah Mahthir tergamak melihat Anwar ditampuk kuasa agaknya


Ini semua adalah rancangan politik licik Najib untuk menguatkan lagi cengkaman Mahathir itu sebenarnya. Tambahan pula, Mahathir kini dilihat sebagai "Penasihat UMNO BN" biar pun tidak secara rasmi. Inilah hakikatnya. Maka itu, bukankah Mahathir dan Anwar masih belum berdamai lagi. Ini pasti akan menyebabkan Mahathir memainkan peranan untuk memastikan Anwar terus merengkok dalam penjara sehingga ke akhir hayatnya. Jika ini berlaku. barulah beliau puas hati dan boleh tidur lena. Beliau sebenarnya kecewa dengan tindakan Pak Lah yang tidak mahu campur tangan mempengaruhi hakim, hingga menyebabkan Anwar akhirnya dibebaskan selepas keputusan-2-1 yang memihak kepadanya. Apakah Mahathir akan berdiam diri melihat Anwar terus disanjung dan mungkin berkuasa suatu hari nanti agaknya.

Datuk JJ Laksana Agenda Najib Di Luar Negara

Mahathir tahu, jika Anwar menang dalam kes liwat II yang dihadapinya ini makanya yang akan mendapat susah ialah beliau sendiri. Tambah berbahaya jika Anwar berjaya pula membawa Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya selepas pilihanraya umum nanti. Langkah terbaik ialah memastikan Anwar tewas. Jika tidak, sudah pasti Mahathir akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar. Justeru itulah mereka harus berhati-hati untuk memastikan riwayat politik Anwar berakhir kali ini. Langkah bijak Najib pula dalam memastikann masyarakat antarabangsa menerima keputusann yang akan dibuat oleh mahkamah Malaysia terhadap isu Anwar. Beliau telah menghantar proksinya Jamaluddin Jarjis (foto), sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Bukankah beliau tahu, JJ adalah Ahli Parlimen Rompin yang sepatutnya banyak menghabiskan masa di kawasannya itu. Maka tidak wajar jawatan tersebut diberikan kepada beliau. Ramai lagi calon-calon yang berkelayakan boleh memikul tanggungjawab tersebut. Namun, mengapakah JJ yang menjadi sandaran Najib?. Setelah diamati betul-betul, maka fahamlah kita bahawa keputusan menghantar JJ ke Amerika adalah misi Najib sebenarnya. Beliau mahu JJ memperbetulkan persepsi Amerika Syarikat terhadap keputusan yang akan dijatuhkan terhadap Anwar nanti.

Strategi Dirancang Atas Nasihat APCO Worldwide

JJ akan mendapatkan seberapa banyak sokongan dari Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berpengkalan di negara itu untuk menerima kenyataan bahawa Anwar memang penjenayah dan tidak layak untuk bergelar pemimpin. Kini, usaha menjatuhkan nama Anwar diluar negara diamanahkan kepada JJ, antara proksi rapat Najib. Mereka mahu masyarakat antarabangsa tidak panik seandainya Anwar dijatuhkan sekali lagi hukuman terhadap kes liwat II yang dihadapinya sekarang. Inilah yang mereka mahukan, selepas itu barulah pilihanraya umum akan dilaksanakan. Semua ini adalah satu strategi politik Najib yang mendapat restu daripada APCO Worldwide (foto) sebenarnya. Akhirnya Anwar akan kembali ke penjara dalam keadaan mereka sudah bersedia meyakinkan masyarakat dunia bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang "peliwat". Apakah rakyat boleh menerima kenyataan ini agaknya?

Pilihanraya Menjelma Selepas Anwar Terpenjara!

Selepas semua agenda memburukkan Anwar dan menyakinkan masyarakat antarbangsa bahawa hukuman yang dijatuhkan terhadap Anwar itu adalah "relevan", maka barulah segala tugasan seterusnya akan dipikul oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu Tan Sri Aziz Yusoff (foto). Beliau akan dipertanggungjawabkan untuk memastikan tarikh pembubaran parlimen dan pilihanraya dapat dijalankan dalam keadaan UMNO BN telah mendapat sokongan padu daripada rakyat. Ketika ini, isu Anwar akan dianggap bukan pokok utama dalam perjuangan mereka. Najib sudah pasti akan menggunakan segala kekuatan untuk memastikan keputusan terhadap Anwar dapat diterima oleh rakyat. Maknanya, pilihanraya seawal-awalnya pasti akan diadakan pada pertengahan atau awal tahun depan. Ini berasaskan kepada keputusan perbicaraan kes liwat II Anwar kelak. Persoalannya, apakah akan terjadi jika Anwar pula didapati tidak bersalah dan menang kes ini?. Inilah yang memusykilkan mereka yang merancang sebenarnya. Lantaran itulah, bagi memastikan segalanya berjalan lancar segala pihak yang terlibat perlulah memainkan peranan untuk memastikan Anwar mesti "dipenjarakan". Maka itu juga, kita tidak hairan dengan senario yang berlaku di mahkamah sekarang ini. Sudahlah Anwar dinafikan hak untuk mendapatkan segala salinan dokumen berkaitan untuk tujuan pembelaan. Malah beliau juga dinafikan hak untuk mendapatkan rayuan yang sewajarnya di mahkamah berkaitan. Alasannya cukup mudah iaitu mahkamah tiada kuasa untuk mendengar rayuan Anwar itu.


Ada makna, Najib dan Anwar ketika minum bersama di lobi parlimen
dulu, Anwar dan Mahathir pun selalu minum bersama sebenarnya
Tambah mengejutkan, apabila Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan juga menolak permohonan "Qazaf" terhadap Saiful Bukhari Azlan dengan berbagai-bagai alasan. Sebab itu kita tidak hairan bila melihat Pengarah JAWI, Dato' Haji Che Mat Che Ali, sendiri sering dilihat bersama Najib , malahan sehingga sampai ke Pekan Pahang sekali pun. Semua ini sama ada disengajakan atau sebaliknya maka hanya PM Najib Razak sendiri yang lebih mengetahuinya. Akhirnya Anwar dinafikan hak untuk mendapat pembelaan berlandaskan Islam itu sendiri. Lebih menghairankan kita ialah kesemua mereka yang menghalang tindakan tersebut adalah mereka yang mempunyai kuasa melaksanakan undang-undang jenayah syariah itu sebenarnya. Semuanya ini adalah bukti kukuh usaha terancang pihak berkenaan untuk memastikan skrip kali ini berjaya.

[Melihat kepada apa yang didedahkan ini, ternyata ia bakal menjadi kenyataan agaknya. Tambahan pula kes Anwar dengan Saiful Bukhari Azlan akan dibicarakan semula tidak lama lagi. Makanya, inilah masa yang paling sesuai untuk memastikan konspirasi ini berjaya. Namun, Najib juga gusar sebenarnya. Andainya apa yang dirancang tidak terlaksana maka sudah pasti ia akhirnya akan memakan diri. Andainya, jika rakyat membuat protes besar-besaran selepas Anwar terpenjara menyebabkan besar kemungkinan UMNO BN akan tumbang dalam pilihanraya umum akan datang. Pilihanraya Negeri Sarawak yang dijangka tiba bila-bila masa ini bakal menjadi penentu terhadap sokongan rakyat kepada UMNO BN di kawasan "talian hayat" mereka itu. Andai mereka tewas di sana seperti yang berlaku di Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu sebelum ini, maka sudah pastilah ia akan menjadi petanda kejatuhan UMNO BN di peringkat pusat selepas ini. Apakah agenda menghumbankan Anwar dapat dilaksanakan andai ini berlaku?. Atau mungkin juga ada kompromi lain antara Najib dan Anwar pula akan berlaku. Sama-sama kita nantikan adengan ini. Semuanya akan memanaskan lagi iklim politik negara].
Share:

Kes Sosilawati: Ketua Polis Selangor Akan Keluar Waran Tangkap Terhadap Ketua AMK Jika Tiada Kerjasama Bantu Siasatan Tentang Dakwaannya

SHAH ALAM, 22 Sept [2.30 pm] -Polis akan mengeluarkan waran tangkap terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar (foto), jika enggan membantu siasatan berhubung dakwaannya bahawa pimpinan tertinggi polis ada kaitan dengan pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata tindakan itu adalah jalan terakhir jika pihaknya masih gagal hubungi Shamsul kerana kertas siasatan berhubung dengan dakwaan tersebut itu sudah pun dibuka.

[Sesuatu yang mengejutkan bila waran tangkap mahu dikeluarkan terhadap Samsul Iskandar, sedangkan sebelum ini Samsul dengan lantangnya telah menyatakan kesediaan beliau untuk memberi kerjasama sebaik mungkin kepada pihak polis seandainya dipanggil. Apa yang menyebabkan Ketua Polis Selangor itu tiba-tiba mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Apakah ia merupakan tindakan terdesak mereka untuk mengalih pandangan rakyat terhadap isu sebenar yang telah dibangkitkan oleh Samsul itu].
Share:

Kes Liwat : Anwar Ibrahim Menfailkan Rayuan Di Mahkamah Persekutuan Berkenaan Keputusan Mahkamah Rayuan Mengekalkan Tuduhan Liwat

PUTRAJAYA 22 Sept - Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan tuduhan liwat yang dihadapinya. Notis rayuan tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan Karpal Singh & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah Rayuan di sini semalam. Peguam Anwar, Karpal Singh berkata, beliau akan menulis kepada Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi bagi memohon tarikh awal pendengaran kes rayuan itu. Dua hari lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Ogos lalu yang menolak permohonan keduanya bagi batalkan tuduhan liwat terhadapnya.

[Semoga Mahkamah Persekutuan dapat membuat satu keputusan yang bijak dan tidak "double standard" dalam hal ini. Terkadang, rakyat merasa jemu dan letih untuk melihat satu perbicaraan yang adil terhadap kes liwat II Anwar Ibrahim ini. Berbagai masalah teknikal dan keraguan terus ditimbulkan sehingga ke hari ini bagai mengundang persoalan apakah keadilan itu dapat ditegakkan dengan seadil-adilnya. Apapun, rakyat harus bersedia untuk menerima kenyataan seandainya Anwar bakal terpenjara lagi selepas ini nanti. Jika itu berlaku, bermakna petanda awal kejatuhan UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang pasti akan tiba jua akhirnya. Oleh itu, teruskan perjuangan untuk mengembalikan keadilan].

Share:

Panas: Kemelut Cabang Indera Mahkota Semakin Serius, PKR Pusat Di Gesa Segera Campur Tangan Bagi Elakkan Perpecahan Berlaku Di Cabang Itu !

KUANTAN, 21 Sept [4.00 pm] - Pucuk pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa mengambil perhatian serius terhadap dakwaan berlakunya penipuan dalam pemilihan Ketua Cabang Indera Mahkota baru-baru ini. Ini berikutan terdapatnya beberapa asas dakawan yang kukuh mengesahkan tentang perkara itu. Laporan akhbar Sinar Harian Pahang dipetik hari ini, calon Ketua Cabang yang tewas iaitu Razali Alias mendakwa berlakunya unsur tersebut dalam pemilihan di cabang itu Sabtu lalu. Beliau yang tewas dengan majoriti 40 undi kepada Azan Ismail dalam pemilihan tersebut, membuat sidang media khasnya dalam Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri malam semalam. Menurut Razali, Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) dan pemilihan yang dijalankan itu jelas sekali "berat sebelah" dan tidak mengikut saluran yang betul. "Kami calon yang dikatakan tewas pada pemilihan PKR Cabang Indera Mahkota tidak berpuas hati sepanjang proses pengundian berlaku dan mahu ianya diadakan sekali lagi", katanya. Menurutnya, protes awal telah dilakukan pada 6 Ogos lalu oleh Pengerusi Tetap cabang itu iaitu Abd Hamid Ibrahim. Dua surat rasmi telah dihantar kepada Setiausaha Agung PKR berkaitan dengan lokasi dan masa yang sesuai untuk MATC itu. Difahamkan, Azan selaku Ahli Parlimen Indera Mahkota telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri serentak dengan MATC dan pemilihan cabang itu. Ini menyebabkan banyak kelemahan dan kekeliruan berlaku. Surat protes yang dihantar kepada ibu pejabat bukan sahaja tidak dijawab malahan juga mungkin tidak mendapat perhatian daripada pucuk pimpinan parti. Tambah mengejutkan, Razali juga menegaskan bahawa beliau tidak dapat menghalang andainya ada ramai penyokongnya yang akan keluar parti akibat kecewa dengan perkara ini. Malah, kami juga difahamkan sekiranya tidak ada sebarang keputusan dibuat dalam masa 7 hari daripada tarikh berkenaan maka banyak ranting-ranting di cabang itu juga akan turut dibubarkan. Info lanjut sila klik Sinar Harian Pahang

[Persoalan yang timbul, kenapa PKR Pusat lambat bertindak?. Difahamkan dua surat rasmi telah dihantar untuk memperbetulkan keadaan. Teguran terhadap Majlis Jamuan Raya dan MATC yang diadakan serentak di cabang berkenaan memang sejak awal-awal lagi tidak disenangi oleh "Team Razali". Tambahan pula MATC yang terpaksa diadakan dibawah kemah yang sama dengan jamuan raya. Ketika MATC berjalan, ramai rakyat di Parlimen Indera Mahkota datang untuk beraya dan beramah mesra dengan YB Azan. Akhirnya timbul satu keadaan yang amat tidak sesuai untuk sesebuha mesyuarat agung dijalankan. Masalahnya pusat lambat bertindak akhirnya ia dijalankan juga di lokasi terbabit. Inilah punca sebenarnya, sedangkan jelas termaktub dalam akta pemilihan PKR bahawa terdapat larangan berkempen ketika hari pengundian. Kita gusar ramai ahli yang kecewa akan meninggalkan PKR jika insiden ini tidak ditangani dengan betul. Harapan kita semoga PKR Pusat dapat mengambil tindakan segera].
Share:

Pemilihan 2010: Azmin Ali Kini Jauh Mendahului Pencabar Lain Untuk Jawatan Timbalan Presiden

Naib Presiden PKR, Azmin Ali (foto), semakin jauh meninggal pencabarnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu November depan. Selepas 77 cabang PKR selesai bermesyuarat hujung minggu lalu, Azmin memperolehi 42 pencalonan. Manakala pencabar terdekatnya, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendapat 21 pencalonan, manakala Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub mendapat 10 pencalonan. Tiga lagi yang turut dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden ialah pengarah Strategik PKR Tian Chua yang mendapat dua pencalonan manakala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh masing-masing mendapat satu pencalonan. Sebanyak 80 cabang PKR telah bermesyuarat sehingga hujung minggu lalu. Keputusan pemilihan calon di tiga lagi cabang di Sabah iaitu Sepanggar, Sipitang dan Pensiangan masih belum dapat disahkan . Manakala bagi jawatan presiden pula, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat dua lagi pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut, menjadikan tujuh pencalonan sehingga ini.

[Kedudukan pencalonan oleh cabang-cabang tidak menjaminkan kemenangan dalam pemilihan sebenar nanti. Oleh itu, semua calon-calon yang terpilih digesa agar bertindak lebih jujur dan tidak hipokrit untuk pemilihan ini. Biarpun politik wang itu dikatakan tidak akan berlaku, namun kini hebih diperkatakan bahawa "wang besar" sudah menular di cabang-cabang agar memilih pemimpin tertentu. Apakah budaya UMNO terus dibawa dalam pemilihan ini?. Jika inilah caranya, maka sudah pasti Parti Keadilan Rakyat akan menjadi mangsa pula dalam pilihanraya umum akan datang. Ramai yang menyertai PKR untuk berubah dari yang tidak baik kepada yang lebih baik. Namun, jika perubahan yang mahu dibawa itu tidak menampakkan hasil maka kita khuatir ramai ahli-ahli PKR akan meninggalkan parti itu akibat rasa kekecewaan mereka. Akhirnya hanya bekas pemimpin dan ahli UMNO sahaja yang akan mencatur perjalanan parti itu pada masa yang akan datang. Apakah ini yang dimahukan?].
Share:

Jenayah: Misteri Pembunuhan Jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Pihak Polis Akan Hantar Kertas Siasatan Kepada Peguam Negara Hari Ini !!

KUALA LUMPUR, 21 Sept [10.20 am] - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar kertas siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya (foto), dan tiga individu lain kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata satu perbincangan juga akan diadakan bersama peguam negara bagi menilai sebarang perkara yang perlu dilaksanakan berhubung kes tersebut. "Sekiranya peguam negara perlukan kita untuk menyiasat lagi kes tersebut, berkemungkinan kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap semua suspek," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata laporan Asid Deoksiribonukleik (DNA) keempat-empat mangsa pembunuhan kejam itu akan dikeluarkan selewat-lewatnya minggu depan. "Kalau boleh kita nak tahu keputusan laporan DNA keempat-empat mangsa itu secepat yang mungkin...bagaimanapun, kita akan tunggu, kalau tidak minggu ini, mungkin minggu depan, dan akan kita sertakan dengan kertas siasatan (jika diminta untuk dikemaskini semula oleh Peguam Negara)," katanya. Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. eempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

[Kes pembunuhan misteri yang sungguh meruntun jiwa rakyat negara ini. Tambahan pula peristiwaitu berlaku di hari baik bulan baik ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadah puasa dan akan menyambut perayaan hari raya Aidil Fitri. Sesuatu yang amat misteri berlaku dalam keadaan Sosilawati dibunuh oleh penjenayah yang telah banyak melakukan jenayah kejam yang sama seperti ini. Biarpun mahkamah belum memutuskannya, namun nampak jelas suspek sememangnya melakukan kegiatan jenayah yang berulang-ulang dengan modes operandi yang sama. Ini bermakna, memang ada kumpulan samseng dan penjenayah yang masih bermaharajela di negara kita di saat pihak terbabit mengatakan berjaya membenteras banyak kes-kes jenayah. Soalnya sekarang, apakah suspek mendapat "perlindungan" daripada pihak atasan atau sebaliknya?. Jika inilah yang berlaku, ternyata negara kira Malaysia ini masih belum "aman dan selamat" seperti yang dilaungkan oleh UMNO Barisan Nasional dalam kempen pilihanaraya umum ke-12 yang lalu. Ternyata ia hanya retorik politik dan omongan kosong mereka semata-mata, sedangkan penjenayah itu masih terus bermaharajalela dan berleluasa di negara kita].
Share:

Kes Liwat II: Siasatan Pihak Pembelaan Terhadap Seorang Doktor Dari HKL, Prosiding Perbicaraan Akan Bersambung Semula Pada 14-15 Oktober Ini !

KUALA LUMPUR, 21 Sept [10.12 am] - Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini, yang akan diteruskan pada 14 dan 15 Oktober depan menyaksikan pasukan pembelaan membuat pemeriksaan balas ke atas seorang doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL). Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga menetapkan 25 hingga 29 Oktober, 22 hingga 26 November dan 6 hingga 10 Disember bagi meneruskan perbicaraan seperti yang dipersetujui kedua-dua pihak dalam sebutan kes hari ini. Pasukan pembelaan diketuai peguam Karpal Singh dijangka membuat pemeriksaan balas ke atas saksi kedua pendakwa, seorang pakar bedah HKL, Dr Mohd Razali Ibrahim (foto). Beliau adalah di antara sepasukan doktor yang memeriksa, pengadu kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, saksi utama dalam kes ini, telah memberikan testimoninya. Anwar, 63, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantu peribadinya berusia 25 tahun, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Sementara itu, seorang daripada peguam Anwar, S N Nair memberitahu pemberita bahawa pihak pembelaan akan memfailkan satu rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar untuk membatalkan pertuduhan liwat ke atas di Mahkamah Persekutuan, tengah hari ini. Ketika menolak rayuan Anwar, tiga panel hakim Mahkamah Rayuan itu menetapkan bahawa permohonan Anwar dibuat ketika perbicaraan sedang dijalankan dan oleh itu ia tidak boleh dirayu.

[Apakah siasatan pihak pembelaan akan menemui kejayaan agaknya. Sedangkan dulu, kita pernah melihat satu laporan dan mendengar doktor berkenaan mengesahkan bahawa tiada kesan berlaku "tusukan" terhadap dubur Saiful Bukhari Azlan. Anehnya pada Jun 2010 yang lalu doktor yang sama pula mengatakan ada kewujudan air mani di dubur pengadu memadai untuk merumuskan wujudnya tembusan. Bukankah ini dua jawapan yang jelas cukup berbeza dan mempunyai makna terselindung sebenarnya. Mereka yang menjadi saksi seolah-olah mendapat tekanan pihak-pihak tertentu agar mengubah segala keputusan yang berlaku. Inilah juga yang berlaku kepada seorang doktor HKL yang ditukar 24 jam ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan satu ketika dulu akibat gagal berkompromi untuk mengubah laporan perubatan Azizan Abu Bakar dalam kes liwat I dulu. Doktor berkenaan adalah pakar forensik di HKL ketika itu iaitu Dr. Zahari Md Noor. Beliau antara sebilangan doktor yang dimangsakan supaya bersetuju dengan apa yang tidak sepatutnya dipersetujui. Apakah ini juga akan berlaku kepada Dr.Razali Ibrahim dalam kes liwat II ini agaknya. Bukti ke arah itu mungkin ada kerana mahkamah jelas tidak membenarkan salinan laporan perubatan doktor terbabit diberikan kepada barisan peguambela Anwar. Soalnya sekarang, apa yang mahu dibela jika salinan dokumen itu pun dinafikan?. Bukankah fakta pada laporan perubatan itu boleh diputar belit sesuka hati mereka nanti?].
Share:

Kes Liwat II: Undang-Undang Dipermainkan Lagi Bila Mahkamah Rayuan Pula Cuba Tolak Rayuan Anwar Dek Kerana Kes Itu Tidak Boleh Di Rayu !!

Apa sudah jadi dengan kes liwat Anwar agaknya. Sistem perundangan kita kini ditertawakan orang lagi apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan pertuduhan liwat beliau kerana ia tidak ada bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan perkara berkenaan Hakim Datuk Ahmad Maarop yang mengetuai tiga anggota panel berkata keputusan Mahkamah Tinggi itu menolak permohonan Anwar untuk membatalkan pertuduhan liwatnya kerana ia tidak boleh dibuat rayuan disebabkan Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman (CJA). Beliau berkata ini kerana keputusan itu dibuat ketika perbicaraan sedang dijalankan dan bukan menafikan sepenuhnya hak Anwar. Panel itu yang terdiri daripada Hakim Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar Ma'ah sebulat suara menolak rayuan Anwar setelah menerima bantahan permulaan yang dibangkitkan oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden tanpa mendengar merit rayuan itu. Dalam bantahan permulaannya, Mohamed Yusof mempertikaikan bahawa keputusan itu bukanlah satu perintah terakhir tetapi hanyalah prosedur dan tidak dimasukkan daripada makna "keputusan" mengikut Seksyen 3 CJA. Peruntukan Seksyen 3 CJA menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan tidak ada bidang kuasa untuk melayan rayuan mengenai perkara interlokutori yang diputuskan semasa perbicaraan sedang dijalankan kerana keputusan itu dianggap bukan satu perintah terakhir dan tidak menafikan hak sepenuhnya pihak berkaitan. Bagaimanapun, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar memberitahu bahawa keputusan Mahkamah Tinggi itu boleh dibuat rayuan kerana jika Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan liwat itu, ia adalah satu perintah terakhir kerana ia merupakan berakhirnya pendakwaan. "Merit rayuan itu hendaklah didengar," kata Karpal Singh yang merpersoalkan kenapa pendakwaan takut untuk meneliti sedalam-dalamnya merit rayuan berkenaan.

[Nampaknya, cantik benar skrip "Sandiwara Liwat II" terhadap Anwar Ibrahim ini, sesuatu yang sungguh menakjubkan pabila Mahkamah Rayuan pula tiada kuasa untuk mendengar dan menentukan perkara berkenaan. Mudah benar permainan politik puak-puak ini, tergamak mereka cuba memalukan dan menjatuhkan integriti badan perlaksanaan undang-undang di negara kita. Jika inilah keadaannya, maka benarlah apa yang dikatakan oleh ramai pihak bahawa Anwar Ibrahim bakal terperosok semula ke Penjara Sg.Buloh sebelum pilihanraya umum ke-13 nanti. Usahlah kita fikir ada jalan lagi untuk melihat keadilan itu ditegakkan, jika mahu merayu pun mereka menolak dengan sewenang-wenangnya. Maka itu, jalan terbaik ialah rakyat perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan dan pastikan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya selepas PRU-13 nanti bagi memulihkan semula kepincangan yang berlaku dalam negara kita].
Share:

Sensasi: UMNO Paya Besar "Hina Sultan Pahang", Hanya Memaparkan Gambar Pemimpin Parti Itu Pada Kain Rentang Program Raja Bersama Rakyat

PAYA BESAR, 20 Sept [1.57 pm] - Orang ramai kecewa dengan tindakan UMNO Bahagian Paya Besar yang telah "Menghina Sultan Pahang" menerusi program Majlis Raja Bersama Rakyat dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri anjuran parti itu. Difahamkan ia berkaitan tindakan parti itu memasang kain rentang berkaitan program yang dipercayai berunsur penghinaan terhadap Sultan Pahang. Difahamkan program terbabit diadakan hari ini di Padang Kompleks Belia Felda Bukit Goh dekat sini. Tinjauan krew kami ke lokasi terbabit mendapati khemah-khemah telah pun didirikan. Malah khemah diraja berwarna kuning juga telah didirikan. Ini membukitkan bahwa sememangnya program tersebut akan dihadiri oleh "Tuanku Sultan Pahang". Apa yang menimbulkan persoalannya sekarang ialah kenapa gambar Sultan Pahang tidak diletakkan pada kain rentang terbabit?. Mengulas perkara itu, Tuan Hj.Zahari Mamat (foto), selaku Ketua PKR Cabang Paya Besar berkata bahawa tindakan UMNO itu jelas sekali satu penghinaan terhadap tuanku. "Jika sebelum ini UMNO bukan main hebat lagi mengatakan PKR menghina Sultan Johor apabila terjumpanya kain rentang yang memaparkan gambar Sultan Johor bersama Pengerusi PKR negeri itu Chua Jui Meng dan Anwar Ibrahim. Mereka membuat provokasi mengatakan PKR tidak menghormati institusi raja. Malahan, Anwar juga telah dipanggil oleh pihak polis untuk disiasat. Walhal, terdapat maklumat yang kain rentang itu dibuat sendiri oleh UMNO bagi mencetuskan keadaan tidak tenteram, kononnya PKR menyokong Chua Jui Meng menjadi Menteri Besar Johor", kata Hj. Zahari. "Persoalannya sekarang kenapa ia berlaku pula kepada UMNO itu sendiri?. Kain rentang yang tertera program raja bersama rakyat tetapi yang dipaparkan ialah gambar Datuk Manan Ismail (Ahli Parlimen Paya Besar) dan Suhaimi Md Shah (ADUN Sg.Lembing), sedangkan gambar tuanku sultan tidak tertera langsung. Bukankah ini mengelirukan rakyat. Kenapa guna nama raja untuk menarik perhatian rakyat?. Ini jelas merupakan satu penghinaan kepada isntitusi raja itu sendiri sebenarnya", katanya. (Klik untuk besarkan imej)


Bukti, kain rentang ciptaan UMNO yang telah menghina Sultan Pahang

Inilah kain rentang yang telah mencetuskan kontroversi di Johor dulu

[UMNO Bahagian Paya Besar mungkin terkejut dengan pendedahan ini, kerana mereka sendiri sebenarnya memang tidak perasan apa yang terpapar pada kain rentang berkenaan. Difahamkan, banyak kain rentang relah diletakkan di sekitar kawasan parlimen Paya Besar bagi menarik orang ramai berkunjung ke majlis berkenaan. Soalnya kenapa hanya gambar "Tengku Manan" dan "Tengku Suhaimi" yang dipaparkan pada kain rentang itu. Sepatutnya gambar Sultan Pahang yang perlu dibesarkan kerana nama program itu "Majlis Raja Bersama Rakyat". Jika UMNO kemaruk untuk paparkan nama pemimpin mereka maka program tersebut perlu ditukar tajuk kepada "Majlis Pemimpin Bersama Rakyat". Mereka juga boleh membuat kain rentang dengan meletakkan gambar besar Sultan Pahang di sebelah kanan dan kedua-dua pemimpin terbabit dalam saiz kecil di sebelah kiri kain rentang ini. Ini tidak, akibat kealpaan itu maka ramai rakyat yang keliru dan terpingga-pingga atas program yang bakal diadakan. Bayangkan jika perkara yang sama terjadi kepada PKR Pahang, maka sudah pasti laporan polis akan dibuat oleh puak-puak UMNO kononnya pembangkang menghina Sultan Pahang. Sekarang, bila terkena pada batang hidup mereka, apakah agaknya tindakan yang bakal dilakukan?. Mahu ditanggalkan program sudah berjalan, mahu ditukar pun program sudah berjalan. Akhirnya rakyat menjadi saksi siapakah yang tidak menghormati institusi raja itu sebenarnya. Makanya buatlah penilaian sendiri isu ini].
Share:

Terkini: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali Dapat Sokongan Dari Lapan Cabang Parti Dari Pahang !!

KUANTAN, 20 Sept [11.30 am] - Keputusan terkini pencalonan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyaksikan Azmin Ali (foto), berjaya meraih lapan dari dua belas undi cabang-cabang di negeri ini. Undi diterima dari cabang Kuala Lipis, Raub, Jerantut, Bera, Kuala Krau, Maran, Indera Mahkota dan Kuantan. Manakala itu Datuk Zaid Ibrahim hanya berjaya memperolehi dua undi iaitu satu dari Paya Besar dan satu lagi dari Bentong. Sementara itu dua cabang PKR di Pahang iaitu Pekan dan Rompin digantung keputusannya kerana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) gagal dijalankan akibat tidak cukup ahli yang hadir. Secara keseluruhannya MATC dan pemilihan yang dijalankan di negeri ini dalam situasi aman dan tenteram. Cuma ada beberapa cabang yang agak tegang dan panas iaitu Indera Mahkota, Rompin dan Bentong. Secara keseluruhannya semua pihak berpuas hati dengan perjalanan proses pemilihan, cuma ada beberapa protes yang akan dikemukakan terhadap keputusan di cabang Indera Mahkota dalam masa terdekat ini. Bagi jawatan tertinggi parti pula, cabang-cabang PKR telah menampilkan beberapa orang senarai nama calon iaitu Fuziah Salleh untuk Naib Presiden. Manakala itu bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pula nama-nama yang dicalonkan ialah Ahmad Nizam Hamid (Temerloh), Zakaria Hamid (Lipis), Tn.Hj Abas (Bera), Suhaimi Said (Kuala Krau), Hj.Zahari (Paya Besar) dan ramai lagi.

[Difahamkan calon yang dilihat paling berpotensi bagi jawatan MPP ialah Zakaria Hamid kerana beliau hanya perlu mempertahankan jawatanya. Manakala itu Nizam juga dilihat berpotensi untuk menang, beliau mencuba jawatan MPP untuk kali yang kedua. Terdapat sumber mengatakan Timbalan Pengerusi III PKR Pahang, Ram Ponnusamy juga turut mendapat pencalonan bagi jawatan itu, mewakili kaum India. Sementara itu, Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang iaitu Dato' Fauzi Abdul Rahman pula menarik diri daripada pencalonan tersebut untuk memberi laluan kepada calon lain dari Pahang. Malahan juga, beliau dipercayai mahu menumpukan sepenuh perhatian untuk memperkukuhkan jentera parti bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang].

Share:

Eksklusif: UMNO Pahang Kian Terdesak, Gunakan Kemudahan Yayasan Pahang Bagi Mempengaruhi Pelajar Jadi Ahli Dan Sokong Parti Itu Di Kaherah!


Pelajar Pahang di Universiti Al-Azhar Kaherah, Mesir amat kecewa dengan tindakan UMNO memperalatkan Yayasan Pahang untuk kepentingan politik mereka. Ia berikutan UMNO Pahang mempergunakan kemudahan Yayasan iaitu sebuah bilik di Bangunan Haiyu Asyir "Asrama Pahang" (foto) miliknya di Mesir untuk menempatkan pejabat Kelab UMNO. Malah, memang terdapat bukti kukuh UMNO Pahang menjadikan "Asrama Pahang" itu seperti Markaz UMNO. Tambah mengejutkan apabila ada sebilangan Pegawai Yayasan Pahang yang terlibat mengedarkan borang keahlian UMNO kepada pelajar. Tindakan itu amat mengelirukan kerana pelajar terbabit tidak dibenar berpolitik tetapi mereka sendiri melanggar larangan itu dengan memberikan borang keahlian UMNO terbabit. Malah, dipintu rumah terbabit sendiri terdapat "lambang UMNO". Sungguh tidak masuk akal lambang sebuah parti politik berada di premis pelajar, sedangkan kita sudah maklum bahawa pelajar dilarang berpolitik. Ini bermakna, UMNO Pahang begitu kemaruk untuk "merekrut" para pelajar jurusan agama dari Kaherah, Mesir "berkiblatkan parti itu" selepas mereka tamat belajar nanti. Tindakan tersebut, bukan sahaja mengecewakan sebahagian pelajar Pahang di sana, malahan juga ibubapa mereka yang terbabit, Perkara ini sudah beberapa kali didedahkan, namun tiada tindakan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang bagi menangani perkara ini.

Anak Pahang Di Pinggir Kerana Fahaman Politik

Kita sangka selepas pendedahan itu maka perkara ini akan selesai. Rupa-rupanya kini ada pula pertubuhan kebajiakan pelajar Pahang yang bertindak sama seperti itu. Mereka menggunakan lambang parti UMNO pada pertubuhan berkenaan. Soalnya, kenapa perlu ada "lambang parti" kepada sebuah pertubuhan yang kononnya ditubuhkan atas dasar kebajikan?. Inilah yang menjadi kemusykilan terhadap sebahagian besar pelajar Pahang di sana. Tambah mengejutkan, pihak Yayasan Pahang di Mesir lebih berselera membantu pelajar yang "Bukan Anak Pahang" semata-mata kerana menyokong UMNO. Malah tindakan lebih mengutamakan pelajar dari negeri lain untuk menduduki Asrama Yayasan Pahang dan sekaligus mengenepikan pelajar anak Pahang merupakan satu tindakan jahat sebenarnya. Mereka langsung tidak dapat membezakan kepentingan politik dan pendidikan serta kebajikan pelajar.

Apa Perlu Lambang UMNO Pada Asrama Pahang

Tindakan ini adalah jelas mempunyai satu agenda lain bahkan amat tidak bersesuaian dengan situasi pelajar. Semenjak kehadiran pertubuhan ini, bermacam kejadian yang mengundang kepada perpecahan dikalangan pelajar dan kemerosotan yang ketara dalam pelajaran bagi setiap ahli pertubuhan ini khususnya dan amnya seluruh anak-anak Pahang yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pertubuhan tersebut. Ini juga tidak ketinggalan kesannya kepada pelajar-pelajar lain. Menurut salah seorang pelajar yang merupakan orang kuat pertubuhan terbabait, beliau keliru kenapa perkara sebegini boleh berlaku? "Berkemungkinan besar, tumpuan kepada pembelajaran yang tidak sepenuhnya dan seringkali mengundang perbalahan sesama pelajar dan disebabkan pertubuhan ini jelas berunsurkan politik semata-mata. Jelas amat tidak wajar kehadiran pertubuhan ini di kalangan pelajar. Lebih-lebih lagi dengan situasi yang berlaku di asrama Pahang ketika ini yang cukup sensitif dengan apa-apa pekara yang berunsurkan politik dan juga penumpuan pelajar-pelajar masa kini kepada dunia ilmu. Dilihat kepada premis pelajar ini tidak mempunyai apa-apa tanda yang menunjukkan adalah tempat kediaman ataupun asrama pelajar. Sedangkan sepengetahuan saya seluruh banggunan (premis pelajar) ini adalah hak milik Yayasan Pahang. Tetapi tiada apa-apa tanda bahawa premis ini hak milik Yayasan Pahang", katanya.

Pelajar Gesa Lambang Parti UMNO Di Turunkan

Menjadi hasrat dan cita-cita besar bagi ahli pertubuhan, dan pelajar-pelajar lain pekara ini diambil berat dan tindakan untuk memindahkan atau menrunkan lambang pertubuhan parti politik. "Kebimbangan juga saya terdapatnya lambang parti politik (UMNO) ini dikira mencabuli hak Yayasan Pahang. Jika saya terlibat sama, kemaafan dipohon atas pencabulan yang berlaku, Di sini, saya menyatakan kekecewaan dan pengharapan yang tinggi, lambang pertubuhan parti politik (UMNO) ini di premis pelajar diturunkan atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas. Dengan kemerosotan kecemerlangan dan berlakunya perpecahan dikalangan pelajar, sewajarnya pertubuhan ini dibubarkan atau dinafikan kewujudannya. Kecemerlangan pelajar dan hubungan yang baik dikalangan pelajar amat penting dan lebih diutamakan. Justeru, saya berharap lambang tersebut dapat diturunkan dengan segera yang mungkin. Lebih-lebih lagi sekarang adalah waktu kedatangan mahasisiwa baru ke Mesir sekaligus akan ini akan menimbulakan padangan yang tidak baik terhadap perrtubuhan ini dan pihak-pihak yang lain. Saya amat berharap agar dengan tersiarnya surat ini akan mendapat perhatian yang serius dari mana-mana pihak dan ada pihak yang akan membuka mata dengan membawa hal ke peringkat yang lebih tinggi. Sekali lagi saya sangat berharap agar lambang Umno tersebut segera diturunkan!", tambahnya lagi.

[Senario ini jelas menunjukkan puak-puak UMNO Pahang kini kian terdesak untuk meraih simpati rakyat terutamanya golongan pelajar supaya menyokong mereka. Akhirnya mereka sanggup dan tergamak menggunakan agensi yang diamanahkan menjaga kebajikan dan membela pelajar Malaysia di Mesir sebagai "kuda tunggangan" mereka. Bukankah ini satu penghinaan terhadap Yayasan Pahang sebenarnya. Malahan ia jelas melanggar etika agensi terbabit biar pun ia merupakan sebuah anak syarikat kerajaan negeri itu sendiri. Adalah lebih wajar, lambang parti dan pengedaran borang keahlian UMNO dihentikan segera. Pelajar ke sana untuk menimba imu bukannya berpolitik. Jika di dalam negara, mahasiwa dilarang berpolitik maka kenapa di luar negara mereka menubuhkan Kelab UMNO !! Apakah jika berpolitik dalam UMNO dibolehkan, tetapi jika parti lawan ia diharamkan?. Inikah caranya untuk mendidikan mahasiwa agaknya. Maka itu juga kita tidak hairan ramai graduan Al-Azhar Mesir yang bernaung dibawah Kelab UMNO akhirnya menjadi "mubaligh" parti itu tatkala balik ke Malaysia. Malahan mereka kini banyak dihantar ke kebanyakan IPTS untuk meracuni minda pelajar itu sendiri. Difahamkan mereka juga ditarik menyertai Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi mempermudahkan gerak kerja mereka. Di Kuantan, antara IPT yang menjadi lokasi mereka merekrut "dahyah UMNO" kepada mahasiswa ialah di Kolej Islam Pahang Sultan Hj. Ahmad Shah (KIPSAS), Kolej Shahputra dan Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP). Majoriti pensyarah agama disitu adalah didikan Kelab UMNO sebenarnya].
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.