KUANTAN, 20 Sept [11.30 am] - Keputusan terkini pencalonan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyaksikan Azmin Ali (foto), berjaya meraih lapan dari dua belas undi cabang-cabang di negeri ini. Undi diterima dari cabang Kuala Lipis, Raub, Jerantut, Bera, Kuala Krau, Maran, Indera Mahkota dan Kuantan. Manakala itu Datuk Zaid Ibrahim hanya berjaya memperolehi dua undi iaitu satu dari Paya Besar dan satu lagi dari Bentong. Sementara itu dua cabang PKR di Pahang iaitu Pekan dan Rompin digantung keputusannya kerana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) gagal dijalankan akibat tidak cukup ahli yang hadir. Secara keseluruhannya MATC dan pemilihan yang dijalankan di negeri ini dalam situasi aman dan tenteram. Cuma ada beberapa cabang yang agak tegang dan panas iaitu Indera Mahkota, Rompin dan Bentong. Secara keseluruhannya semua pihak berpuas hati dengan perjalanan proses pemilihan, cuma ada beberapa protes yang akan dikemukakan terhadap keputusan di cabang Indera Mahkota dalam masa terdekat ini. Bagi jawatan tertinggi parti pula, cabang-cabang PKR telah menampilkan beberapa orang senarai nama calon iaitu Fuziah Salleh untuk Naib Presiden. Manakala itu bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pula nama-nama yang dicalonkan ialah Ahmad Nizam Hamid (Temerloh), Zakaria Hamid (Lipis), Tn.Hj Abas (Bera), Suhaimi Said (Kuala Krau), Hj.Zahari (Paya Besar) dan ramai lagi.
[Difahamkan calon yang dilihat paling berpotensi bagi jawatan MPP ialah Zakaria Hamid kerana beliau hanya perlu mempertahankan jawatanya. Manakala itu Nizam juga dilihat berpotensi untuk menang, beliau mencuba jawatan MPP untuk kali yang kedua. Terdapat sumber mengatakan Timbalan Pengerusi III PKR Pahang, Ram Ponnusamy juga turut mendapat pencalonan bagi jawatan itu, mewakili kaum India. Sementara itu, Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang iaitu Dato' Fauzi Abdul Rahman pula menarik diri daripada pencalonan tersebut untuk memberi laluan kepada calon lain dari Pahang. Malahan juga, beliau dipercayai mahu menumpukan sepenuh perhatian untuk memperkukuhkan jentera parti bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang].






pada editor pahangadaily, tolong betulkan kenyataan, BERA semalam mencalonkan AZMIN ALI sbg Timbalan Presiden dan bukannya ZAID IBRAHIM, harap dapatkan maklumat yg betul sebelum keluarkan berita ini.
BalasPadamutk pengetahuan juga sehingga mlm tadi, hanya 4 cabang sahaja yg beri percalonan kepada zaid iaitu: JERANTUT, PAYA BESAR, MARAN & PAYA BESAR, terima kasih.
kalo blh pahangdaily menyediakan satu ruangan utk mengupdate keputusan pemilihan PKR Negeri Pahang..sekadar maklumat kpd pembaca yg berada diluar negeri pahang..
BalasPadamKalau boleh PDO carilah maklumat yang betul, dapatkan dari sumber yang betul.. ni dah sah maklumat salah, jangan main taruk je...Cabang Bentong tak calunkan zaid Ibrahim utk Timbalan Presiden... Azmin Ali lah... satu lagi MATC di bentong diadakan dengan aman dan tenang walaupun ada pertandingan...jangan buat cite nak sedap je sampai nak cite yang salah...
BalasPadamPDO,macam orang tua yg dah pekak dan rabun,ada telinga tak boleh dengar,ada mata tak boleh lihat,itu yg berita nya selalu merapu tu.Atau dah terlalu gian nak kan Zaid jadi Tim.Presiden,atau pun memang dah plan patut dapat macam tu tetiba umpan di makan,tapi ikan tak sangkut.Tipah tertipu bang.Kah,kah,kah berita PDO ni macam nak pecahkan tembelang Hj.N dan ZD je ,yg banyak tabur umpan.Aduhai bangkai gajah mana boleh di tutup dgn nyiru.
BalasPadamAnak Pelangai,
BalasPadamPasal Bentong tu,jangan tak tau umpannya dah makan,tapi ikan tak sangkut.Ini semua pasal boss lama dan Cik Z main peranan,pencalunan Zaid boleh melepas.Umpan RM 5000 dah jadi sedekah untuk orang miskin kononnya.Sejak bila lak,Hj N & ZD ni jadi pemurah pada org miskin,setau aku selama ini dok tak cukup wang sokmo depa tu.MN kena lah jual kosmetik banyak lagi nak bayar balik wang sedekah tu kot,yg dekat estet ramai-ramai tu pun nak pakai duit juga nanti.
ZI cakap merapu,kononya akan taat setia pada Wan Azizah,dan nak kembalikan kuasa Wan Azizah sebagai Presiden.Ini betul cakap sedap mulut,macamlah ahli PKR tak tahu.Padan muka tibai dek Nik Nazmi ,selamba je.
BalasPadamOrang macam ni yg di promote oleh DF ,Hj.Nan dan Zaidi di Pahang ni,orang yg sama je dengan mereka kot,masuk ketika kapal dah belayar laju,masa kapal tersadai dan dalam kesusahan ,mereka entah di mana senyap tak berbunyi dalam Umno.
ZI orang baru dlm PKR-masa kita melaungkan Reformasi di jalanan ,bermandikan air kuning dan di hayun belantan FRU beliau entah dimana,sepatah pun dia tak meluahkan simpatinya kepada para reformis,jauh sekali utk simpati pada DS Anwar yg merengkok di penjara.
Sekarang beliau nak tunjuk jaguh sebagai reformis unggul kononya,menulis macm-macam dalam blog nya,kadangkadang tulisannya nampak sangat macam orang buta kayu pasal sejarah PKR,tapi berhajat tinggi nak jadi TP PKR.Setakat tulis macam tu,ramai orang yg boleh,tapi berapa kerat yg sanggup tidur dalam lockup polis,macam Anwar ,macam Azmin dan macm ramai reformis tulin ,bukan reformis celup.Elite-elit TS Khalid pun dia pernah juga besama kita menyedut gas pemedih mata di depan Istana Negara,berhujan berpanas di jalan raya.ZI ni tetiba je nak jadi juara.Ahli PKR yg jujur fikirlah baik-baik sebelum memelih orang macam ni.
Biarkanlah dengan Maran,Jerantut ,P.Besar dan Rompin tu,kita bukan tak kenal siapa mereka, begitu juga Temerluh.
Sekarang ni ,ada orang yg dulunya kedekut anak buah nak minta belanja sikit pun tak pernah memulas,tapi sekarang tetiba je jadi pemurah minta sikit dapat banyak.Ada juga yg kata,dulu kita rugi sokmo,sekarang ni nak untung lah pula.,apa ertinya ye?.Ada juga ketua yg minta benar-benar dgn anak buah,pencalunan ni kita beri lah,bila undi nanti ikut kau orang lah sapa nak pangkah,pun ada makna juga nampaknya.
Cukuplah dulu.
Sebenarnya...siapa yg menang tu akan jadi TP juga...tak kira la ZI atau azmin...cuma harap2 buat pemilihan dengan baik...
BalasPadamkalau nak berkempen tu....jgn ikut cara umno...
jgn dedahkan keburukan org.....
cuma dedahkanlah kebaikan calon kita...kalau kita tak suka calon lain kita kena pikir juga.. calon lain juga ada pengundi dan pendapat pengundi dia kena hormati juga...baru mereka menghormati kita.....cuma tanya diri masing2..siapa yg dia nak pilih...tak yah nak pengaruh lebih2...guna duit ke...jatuhkan aib org ke...janji2 kosong ke....tak perlu...sekarang zaman maklumat...setiap pengundi dah ada maklumat dan tahu siapa nak di pilih...
letak kan nama calon....pastu nah....suruh je pengundi pilih senyap2.......jgn umpan sana umpan sini...
sebab semakin byk bercakap atau berkempen...nanti semakin ramai yg tak puas hati...maka akhirnya perpecahan berlaku....