KUANTAN, 15 Sept - Ketika ini pemilihan Ketua-ketua Cabang (dulunya Bahagian mengikut parlimen) Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta ahli jawatankuasanya sedang rancak berjalan. Namun fokus sebenar tentulah kepada pemilihan 40 orang Majlis Perwakilan Pusat (MPP) yang akan dipilih oleh semua ahli. Pada masa ini pemerhati politik dan penulis-penulis sedang giat meramalkan tentang siapakah yang bakal berentap merebut kerusi Timbalan Presiden dan siapa pula yang bakal mengungguli jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam persaingan tiga penjuru. Uniknya pemilihan MPP PKR yang akan bermula Oktober ini ialah semua ahli memiliki hak satu undi kerana tidak ada lagi sistem perwakilan. Berdasarkan faktor ini, persaingan merebut jawatan parti sudah tentu sengit kerana semua calon memperolehi peluang yang sama. Inilah parti politik pertama di negara ini yang memberikan ruang demokrasi kepada semua ahlinya untuk memilih pemimpin. "Sistem ini adalah yang terbaik kerana dapat mengelakkan politik wang dan lobi yang tidak sihat", kata Ketua Cabang Kuala Krau Suhaimi Said. Menurut Ketua Biro Felda PKR Pusat itu, tidak mungkin seorang calon boleh membeli undi atau berkempen kepada 400,000 ahli PKR yang memilih anggota MPP sedangkan di satu cabang pun jumlah ahli sudah menjangkau 3,000 orang. "Saya tidak nafikan oleh kerana ini pertama kali, tentu wujud kelemahan di sana sini. Tapi saya yakin selepas ini masalah-masalah teknikal dapat diselesaikan apabila kita telah melakukan perubahan besar. Jadi lepas ini mesyuarat agung cabang tidak ada lagi pemilihan. Begitu juga dengan konvensyen nasional November nanti hanya akan mengumumkan pemenang anggota MPP", katanya.
Pahang Tampilkan Tiga Calon MPP Yang Terbaik
Bagi negeri Pahang, pada ketika ini dikatakan tiga calon favourite akan membawa cabaran mewakili negeri ini bagi mengisi tempat di MPP. Mereka ialah Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang akan bertanding sebagai Naib Presiden, sementara Ketua Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Dato' Fauzi Abdul Rahman (foto) dan ahli MPP Zakaria Abdul Hamid akan mempertahankan jawatan. Fuziah yang telah mengisytiharkan untuk bertanding Naib Presiden sebelum ini, ialah Pengerusi Biro Pilihan Raya PKR yang juga bekas Ketua Wanita PKR dan Ketua Biro Latihan. Di Dewan Rakyat beliau dianggap antara ahli parlimen yang lantang dan berjaya membawa suara rakyat ke peringkat itu. Datuk Fauzi pula tidak dapat dinafikan lagi pengalamannya selaku Bekas Timbalan Menteri, malah ramai berpendapat ketokohannya yang dihormati di Pahang dikatakan dapat mengurangkan "politiking" sesama ahli di negeri ini di samping mensetarafkan parti berseiringan dengan tokoh PAS dan DAP Pahang. Ketua Cabang Lipis, Zakaria Hamid pula merupakan penjawat MPP pada masa ini dan sebagai anak muda profesional yang bertahan sejak era reformasi, beliau dijangka dapat mengekalkan statusnya. Melihat kepada ketokohan ketiga-tiga calon yang diketengahkan ini, rata-rata ahli akar umbi PKR berpendapat "regu tiga serangkai" ini dijangka tidak menghadapi masalah untuk terus unggul berada di MPP. Selain mendapat undi solid dari Pahang, ahli parti itu di seluruh negara khasnya.
Malah kata Ketua Cabang Temerloh, Ahmad Nizam Hamid, kemenangan ketiga mereka amat penting bagi menentukan kesinambungan serta dasar PKR bagi keperluan politik Pahang. "Kita kena ingat Pahang ialah negeri Perdana Menteri dan lebih 50 peratus kawasan mengundi mengandungi peneroka Felda, iaitu pusat undi orang Melayu. Sedangkan undi Melayu merupakan sasaran Pakatan Rakyat (PR) bagi memenangi pilihan raya umum (PRU). Jadi di situlah peri pentingnya tiga calon dari Pahang ini nanti menang kerana galas bebannya besar. "Ada juga yang berpendapat, kemenangan PR menguasai negeri Pahang adalah kayu ukur kemampuan PR menakluk Putrajaya... ertinya menang Pahang menanglah keseluruhannya. Jadi di situ saya nampak signifannya kemenangan mereka bertiga," katanya.
Tiga Calon Pahang Punyai Krieteria Tersendiri
Pendapat yang sama juga dikongsi oleh Setiausaha Cabang Temerloh, Yahya Abdul Rahman, yang menganggap kemenangan ketiga-tiga mereka bakal membawa kekuatan kepada PR Pahang sendiri. "Fuziah seorang yang kuat bekerja, manakala Datuk Fauzi mempunyai pengalaman dalam kabinet justeru ideanya boleh diterapkan jika PR memenangi Pahang dalam PRU. Zakaria juga kini mempunyai tugasan dengan kerajaan Selangor." Dengan kombinasi ini, kata Yahya, dengan sendirinya memberi kekuatan kepada Pahang jika mereka dipilih menduduki MPP nanti. Bendahari Cabang Temerloh, Tajuddin Ramli, optimis dengan peluang cerah mereka bertiga berdasarkan prestasi masa lepas, nama baik dan populariti yang dimiliki mereka. "Saya nampak kepelbagaian latar belakang dan pengalaman mereka bertiga menjadi faktor penentu kepada ahli untuk memilih mereka menduduki MPP", katanya.
Bagi calon Timbalan Ketua Cabang Temerloh, Abdul Kadir Abdul Manap, persaingan sebenar ialah bagi mereka yang berkemampuan dan bekerja kuat selama ini. Dan akhirnya faktor inilah yang bakal menetukan kemenangan. "Saya nampak ketiga-tiga calon yang bakal diketengahkan dalam mesyuarat seluruh Pahang nanti mempunyai kriteria ini. Saya kebetulan agak rapat dengan mereka dan saya rasa mereka juga jujur dalam perjuangan. "Jadi saya anggap mereka bertiga mempunyai merit. Kalau sekiranya mereka tidak terpilih untuk ke hadapan, saya beranggapan rugilah PKR dan rakyat Pahang keseluruhannya", katanya. Dalam pada itu, ada juga desas desus PKR Pahang akan menurunkan juga muka baru bagi menambah kuota Pahang menduduki MPP. Antaranya peguam Ahmad Nizam Hamid dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail. Nizam yang dikatakan agak rapat dengan Anwar Ibrahim, pernah bertanding pada sesi dulu dan dilaporkan menang pada peringkat awal, kemudiannya kemenangannya ditarik balik. Manakala Azan pula akauntan muda yang juga dikatakan rapat dengan Anwar. Cuma sebelum ini beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi MPN. Mungkin undi Pahang tidak solid buatnya, tetapi beliau juga mempunyai penyokong negeri lain.
[Artikel diatas ditulis oleh Saudara Khairil Abdul Rahim untuk siaran akhbar Siasah 19-25 September 2010 ini. Apapun, pemilihan calon-calon dari Pahang ini dilihat antara gandingan terbaik yang memang sudah mempunyai nama diperingkat pusat. Malahan, mereka juga berupaya membawa harapan baru kepada rakyat Pahang bahkan Malaysia amnya. Semoga, perwakilan dari seluruh Malaysia dapat memberi perhatian kepada nama-nama calon dari Pahang ini kerana ia bakal menakutkan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang juga anak negeri ini. Apapun, keputusan terletak ditangan perwakilan. Harapan kita agar pilihan yang tepat dapat dibuat untuk mencerminkan kepimpinan akan datang yang lebih berkualiti. PDO mengucapkan syabas kepada tokoh berkenaan sekiranya ternyata benar ia adalah pilihan PKR Pahang. Pilihan yang tepat bakal memberi peluang yang lebih baik kepada semua. Lagi info terkini politik Pahang sila ke blog selamatkanpahang].
Pahang Tampilkan Tiga Calon MPP Yang Terbaik
Bagi negeri Pahang, pada ketika ini dikatakan tiga calon favourite akan membawa cabaran mewakili negeri ini bagi mengisi tempat di MPP. Mereka ialah Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang akan bertanding sebagai Naib Presiden, sementara Ketua Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Dato' Fauzi Abdul Rahman (foto) dan ahli MPP Zakaria Abdul Hamid akan mempertahankan jawatan. Fuziah yang telah mengisytiharkan untuk bertanding Naib Presiden sebelum ini, ialah Pengerusi Biro Pilihan Raya PKR yang juga bekas Ketua Wanita PKR dan Ketua Biro Latihan. Di Dewan Rakyat beliau dianggap antara ahli parlimen yang lantang dan berjaya membawa suara rakyat ke peringkat itu. Datuk Fauzi pula tidak dapat dinafikan lagi pengalamannya selaku Bekas Timbalan Menteri, malah ramai berpendapat ketokohannya yang dihormati di Pahang dikatakan dapat mengurangkan "politiking" sesama ahli di negeri ini di samping mensetarafkan parti berseiringan dengan tokoh PAS dan DAP Pahang. Ketua Cabang Lipis, Zakaria Hamid pula merupakan penjawat MPP pada masa ini dan sebagai anak muda profesional yang bertahan sejak era reformasi, beliau dijangka dapat mengekalkan statusnya. Melihat kepada ketokohan ketiga-tiga calon yang diketengahkan ini, rata-rata ahli akar umbi PKR berpendapat "regu tiga serangkai" ini dijangka tidak menghadapi masalah untuk terus unggul berada di MPP. Selain mendapat undi solid dari Pahang, ahli parti itu di seluruh negara khasnya.Malah kata Ketua Cabang Temerloh, Ahmad Nizam Hamid, kemenangan ketiga mereka amat penting bagi menentukan kesinambungan serta dasar PKR bagi keperluan politik Pahang. "Kita kena ingat Pahang ialah negeri Perdana Menteri dan lebih 50 peratus kawasan mengundi mengandungi peneroka Felda, iaitu pusat undi orang Melayu. Sedangkan undi Melayu merupakan sasaran Pakatan Rakyat (PR) bagi memenangi pilihan raya umum (PRU). Jadi di situlah peri pentingnya tiga calon dari Pahang ini nanti menang kerana galas bebannya besar. "Ada juga yang berpendapat, kemenangan PR menguasai negeri Pahang adalah kayu ukur kemampuan PR menakluk Putrajaya... ertinya menang Pahang menanglah keseluruhannya. Jadi di situ saya nampak signifannya kemenangan mereka bertiga," katanya.
Tiga Calon Pahang Punyai Krieteria Tersendiri
Pendapat yang sama juga dikongsi oleh Setiausaha Cabang Temerloh, Yahya Abdul Rahman, yang menganggap kemenangan ketiga-tiga mereka bakal membawa kekuatan kepada PR Pahang sendiri. "Fuziah seorang yang kuat bekerja, manakala Datuk Fauzi mempunyai pengalaman dalam kabinet justeru ideanya boleh diterapkan jika PR memenangi Pahang dalam PRU. Zakaria juga kini mempunyai tugasan dengan kerajaan Selangor." Dengan kombinasi ini, kata Yahya, dengan sendirinya memberi kekuatan kepada Pahang jika mereka dipilih menduduki MPP nanti. Bendahari Cabang Temerloh, Tajuddin Ramli, optimis dengan peluang cerah mereka bertiga berdasarkan prestasi masa lepas, nama baik dan populariti yang dimiliki mereka. "Saya nampak kepelbagaian latar belakang dan pengalaman mereka bertiga menjadi faktor penentu kepada ahli untuk memilih mereka menduduki MPP", katanya.
Bagi calon Timbalan Ketua Cabang Temerloh, Abdul Kadir Abdul Manap, persaingan sebenar ialah bagi mereka yang berkemampuan dan bekerja kuat selama ini. Dan akhirnya faktor inilah yang bakal menetukan kemenangan. "Saya nampak ketiga-tiga calon yang bakal diketengahkan dalam mesyuarat seluruh Pahang nanti mempunyai kriteria ini. Saya kebetulan agak rapat dengan mereka dan saya rasa mereka juga jujur dalam perjuangan. "Jadi saya anggap mereka bertiga mempunyai merit. Kalau sekiranya mereka tidak terpilih untuk ke hadapan, saya beranggapan rugilah PKR dan rakyat Pahang keseluruhannya", katanya. Dalam pada itu, ada juga desas desus PKR Pahang akan menurunkan juga muka baru bagi menambah kuota Pahang menduduki MPP. Antaranya peguam Ahmad Nizam Hamid dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail. Nizam yang dikatakan agak rapat dengan Anwar Ibrahim, pernah bertanding pada sesi dulu dan dilaporkan menang pada peringkat awal, kemudiannya kemenangannya ditarik balik. Manakala Azan pula akauntan muda yang juga dikatakan rapat dengan Anwar. Cuma sebelum ini beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi MPN. Mungkin undi Pahang tidak solid buatnya, tetapi beliau juga mempunyai penyokong negeri lain.
[Artikel diatas ditulis oleh Saudara Khairil Abdul Rahim untuk siaran akhbar Siasah 19-25 September 2010 ini. Apapun, pemilihan calon-calon dari Pahang ini dilihat antara gandingan terbaik yang memang sudah mempunyai nama diperingkat pusat. Malahan, mereka juga berupaya membawa harapan baru kepada rakyat Pahang bahkan Malaysia amnya. Semoga, perwakilan dari seluruh Malaysia dapat memberi perhatian kepada nama-nama calon dari Pahang ini kerana ia bakal menakutkan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang juga anak negeri ini. Apapun, keputusan terletak ditangan perwakilan. Harapan kita agar pilihan yang tepat dapat dibuat untuk mencerminkan kepimpinan akan datang yang lebih berkualiti. PDO mengucapkan syabas kepada tokoh berkenaan sekiranya ternyata benar ia adalah pilihan PKR Pahang. Pilihan yang tepat bakal memberi peluang yang lebih baik kepada semua. Lagi info terkini politik Pahang sila ke blog selamatkanpahang].










Tiada ulasan:
Catat Ulasan