Pihak pengurusan TV3akhirnya menarik balik iklan panas yang "menghina agama" yang disiarkan di stesen televisyen berkenaan selepas menerima pelbagai maklum balas daripada orang ramai. Sehubungan itu, pihak TV3 memohon maaf kepada penonton yang tersinggung dengan penyiaran iklan berkenaan. Tindakan ini diambil selepas mengambil kira maklum balas yang diterima daripada penonton dan orang ramai. TV3 kononnya menghargai maklum balas yang diterima itu. Dalam hal yang sama, beberapa langkah sedang dan akan diambil untuk mengelak perkara yang sama berulang, katanya dalam satu kenyataan semalam. Iklan berkenaan yang pertama kali di siarkan pada 3 September lalu ditarik balik serta-merta selepas menerima pelbagai reaksi melalui emel dan SMS daripada penonton. Pihak TV3 katanya turut berterima kasih kepada penonton yang sudi memberi maklum balas mengenai perkara berkenaan. Soalnya sekarang, apakah umat Islam sedia memaafkan kebiadapan TV3 itu agaknya. Selama ini mereka boleh bersabar dengan kerenah stesyen televisyen swasta itu, namun kali ini ia jelas "amat mendukacitakan". Apakah dengan penarikan itu semua ini akan selesai?. Mungkin juga TV3 gusar kerana beberapa buah NGO dan umat Islam sendiri katanya akan membuat laporan polis berhubung dengan insiden tersebut. TV3 sepatutnya bukan sahaja memohon maaf dan menghentikan iklan terbabit. Malah, pihak yang bertanggungjawab membuat iklan dan menerbitkannya haruslah diambil tindakan tegas. Malah, jika terbukti ia satu agenda jahat mereka untuk menjatuhkan imeh serta maruah Islam, maka individu terbabit wajar didakwa atas akta yang berkaitan. Ini kerana penyiara iklan tersebut jelas sekali menimbulkan kemarahan dikalangan umat Islam negara ini.
[Oleh itu, disarankan agar pihak-pihak yang berkenaan meneruskan demontsrasi aman dan laporan polis yang dirancang. Tekanan perlu diberikan kepada stesyen TV yang dikait rapat dengan UMNO BN itu. Selama ini mereka bebas mengeluarkan dakyah-dakyah yang berbaur politik perkauman di negara ini. Kini akhirnya mereka sendiri terpalit dengan insiden yang lebih memalukan itu. Langkah tegas mestilah diambil untuk mengheret kesemua produksi yang terlibat ke muka pengadilan. Rakyat dan umat Islam mahu tahu, siapakah yang bertanggungjawab di sebalik tabir iklan itu. Difahamkan iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer atau computer generated imaging (CGI)].

Kita tunggu reaksi kerajaan. Mampukah kerajaan mengambil tindakan ke atas media anak emas mereka yang selama ini tolong berkempen untuk mereka dalam pilihanraya umum dan pilihanraya2 kecil. Apa reaksi Najib 'Bapa Satu Malaysia' PM kita? Apa reaksi pemimpin-pemimpin UMNO yang kununnya mengaku pejuang bangsa Melayu dan agama Islam? Tegaskah kerajaan kita dalam isu-isu seperti ini?
BalasPadamJangan harap la jaguhx UMNO, menteri UMNO, pemimpinx UMNO yg konon mempertahankan islam akan bersuara sebab yg buat tu kroni depa. Bagi depa kalau kroni buat yang haram jadi halal. Cuba TV tu pembangkang punya silapx digantung permit/lesen.
BalasPadamPengajaran kepada TV3,sedap2 dok balun orang,rupanya bukan setakat tangan,tubuh sendiri berlumuran tahi.Ingat lah,Allah maha adil terhadap hamba2 Nya.
BalasPadam