script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Berita Baik: Pembanci 2010 Bakal Terima Gaji Dan Elaun Menjelang Aidil Ftiri Pada Minggu Hadapan

TASEK GELUGOR, 4 Sept - Semua petugas kontrak untuk Banci Tahun 2010 akan menerima bayaran gaji dan elaun masing-masing sebelum sambutan Aidilfitri minggu depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata, kerajaan tidak akan menangguhkan bayaran kepada pembanci terbabit, namun jika ada yang masih belum menerimanya, ia adalah kes terpencil dan kerajaan memberi jaminan akan menyelesaikan masalah itu dengan segera. "Mungkin terdapat sebilangan kecil pembanci yang belum menerima elaun mereka kerana kemungkinan bayaran itu dalam proses, tetapi kita tidak memandang ringan walaupun ia kes terpencil, saya akan hubungi Ketua Perangkaan Negara untuk menyelesaikan masalah ini", katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian bantuan kepada keluarga miskin dan anak yatim Persatuan Bekas Tentera Malaysia hari ini.

[Masalah yang timbul ialah difahamkan duit sudah dihantar oleh kerajaan kepada negeri masing-masing untuk diagihkan. Di Pahang ini pun sama, tetapi anehnya kenapa ia tidak sampai kepada pembanci terbabit. Malahan, mereka dilayan seperti peminta sedekah tatkala menuntut hak mereka melalui Pejabat Tanah & Daerah, kemudian diarahkan berjumpa dengan Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri hanya kerana itu. Difahamkan lebhi 1000 orang pembanci di negeri Pahang kini masih belum menerima imbuhan masing-masing. Malah, duit berkenaan juga dipercayai telah "ketirisan" akibat digunakan untuk tujuan lain. Apakah mereka ini temasuk yang akan mendapat ganjaran imbuhan seperti yang dinyatakan oleh menteri yang berkenaan?].
Share:

3 ulasan:

  1. ala..itu pun nasib baik media ambil berat kes ni..kalau tak, habis dibedalnya duit tuh..kesian adik2 kita nih!!! sabar dik...nanti PRU 13 adik2 sume undi Pakatan Rakyat pulak...!!

    BalasPadam
  2. keputusan nak mansuhkan upsr atau tak akan diketahui tak lama lagi.ujian diadakan untuk menguji kepandaian seseorang.jika dihapuskan bagaimana kita hendak tahu seseorang itu pandai kerana tahap kepandaian individu berbeza.
    ibu-bapa merasa gembira jika anak mereka cemerlang di dalam peperiksaan dan murid sendiri akan berusaha gigih untuk menjadi pelajar cemerlang dan melalui ujian dapat dibuktikan segala usaha gigih selama ini.
    jika upsr dihapuskan dan begitu juga dengan pmr,bermakna murid-murid terpaksa menunggu 11 tahun untuk melalui peperiksaan besar.SPM hanya akan diadakan ketika murid menuntut tingkatan 5.
    penghapusan ujian seperti upsr tidak rasional dan jika ada kelemahan sekalipun mungkin boleh diperbaiki kelemahan itu.
    alasan untuk menjimatkan kos tidak logik jika itu alasan yang digunakan.
    jika ditanya kepada ibu bapa sendiripun pasti ramai yang tak setuju.kerajaan perlu mendengar pendapat orang ramai,tokoh akademik,ngo dan parti-parti politik sebelum membuat keputusan nak mansuhkan upsr atau tidak.
    jika tidak akan berkesudahan seperti ppsmi dan lebih elok dan wajar upsr dan pmr dikekalkan sebagai instrumen untuk menguji murid-murid sebelum mengambil peperiksaan spm.sepatutnya berapa banyak subjek yang diambil pun tidak dihadkan kerana kita patut merasa bangga jika ada murid yang dapat 20 A dalam spm.selagi dia mampu apa salahnya.jangan kerana latar belakang politik ibu bapa mereka yang berbeza murid yang cemerlang ini dianaktirikan kerana mereka adalah harapan bangsa.tak kira mana asalnya dia.kelantan atau johor,sabah dan sarawak jika dia cemerlang patut dianugerahkan tokoh pelajar cemerlang.

    BalasPadam
  3. ape cer ni bai?duit claim x dpt2 agi? kte org pmbanci dh byk abis duit isi minyak utk gi mmbanci.jnji tinggal jnji.inikah yg di katakan merdeka?what the F**k?

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kereta Dihempap Lori Tangki Terbalik Sebelum Terbakar, Pemandu Serta Penumpang Disyaki Rentung Di Kampung Lebak Temerloh

TEMERLOH : Pemandu dan semua penumpang disyaki rentung selepas kereta dinaiki dihempap lori tangki minyak yang terbalik sebelum kedua-dua ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.