script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas : Pemilihan Ketua Cabang Indera Mahkota, Razali Jawab Cabaran Azan Agar Tewaskan Beliau Dulu Sebelum Beriya-Iya Untuk Cabar Dato' Fauzi

KUANTAN, 17 Sept - "Tewaskan Saya Dulu" , begitulah kenyataan daripada Razali Alias (foto), calon yang akan menentang YB Azan Ismail bagi jawatan Ketua Cabang Indera Mahkota esok. Kenyataan itu dibuat sehari selepas Azan mencabar Pengerusi Pimpinan Negeri PKR Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman menentangnya, sedangkan calon yang sepatutnya ialah Razali Alias. Ramai yang beranggapan bahawa tindakan Ahli Parlimen berkenaan jelas tidang matang dan seolah-olah cuba menjatuhkan imej kepimpinan Dato' Fauzi sendiri. Menurut Razali, Azan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia amat tidak baik untuk parti secara keseluruhannya. Azan sepatutnya menewaskan beliau terlebih dahulu sebelum beriya-iya ingin mencabar Dato' Fauzi kata Razali. Tambahan pula tempoh proses pencalonan sudah pun ditutup. Makanya, atas alasan apa yang menyebabkan Azan tiba-tiba mahu Dato' Fauzi menjadi lawannya?. "Adakah saya tidak sesuai dan tiada kreadibiliti untuk menentangnya?" kata Razali. Dalam pada itu Razali menegaskan bahawa beliau amat yakin akan dapat menewaskan Azan berdasarkan kepada sokongan akar umbi dan prestasi semasa Ahli Parlimen itu yang semakin merudum sekarang ini. "Azan hanya gagah di parlimen, tetapi gagal menyelesaikan banyak permasalahan rakyat di kawasannya. Malah, banyak pihak yang terkejut apabila Azan tiba-tiba mahu menyaman individu yang membuat laporan polis terhadap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh beliau atau proksinya", tambahnya lagi. Beliau bagaimana pun tidak mahu menjelaskan apakah masalah sebenar Azan sejak menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Cabang Indera Mahkota itu. "Bagi saya, kita harus berhadapan secara sihat. Musuh kita yang sebenarnya ialah UMNO BN dan bukannya sesama parti. Saya lebih suka mengetengahkan apakah agenda perubahan yang akan dibawa sekiranya berjaya memenangi jawatan itu nanti. Barisan kepimpinan baru yang akan saya ketengahkan juga adalah lebih tersusun dan akan diterima oleh majoriti ahli PKR cabang Indera Mahkota sebenarnya", tambah Razali Alias lagi.

[Apapun, kami ucapkan selamat berjuang kepada YB Azan Ismail dan Razali Alias esok. Hari penentuan yang bakal menjadi penanda aras tentang sokongan akar umbi terhadap kepimpinan masing-masing. Biarpun, kempen-kempen kedua-dua belah pihak nampaknya yang paling panas di negeri ini namun diharapkan semuanya tidak akan menjurus ke arah perpecahan dalaman parti selepas ini. Kempen-kempen sedang dijalankan biarpun timbul kisah penggunaaan "ilmu hitam" terhadap pihak-pihak tertentu sekarang ini. Harus diingat bahawa Azan akan mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitiri pada tarikh dan masa yang sama dengan Hari Pemilihan cabang itu esok. Apakah ia secara kebetulan atau memang satu strategi terancang yang dilakukan untuk menarik sokongan ahli terhadapnya. Semoga kedua-dua pemimpin dapat duduk semeja semual selepas ini, bagi membincangkan agenda yang lebih besar terhadap pengukuhan parti menjelangnya PRU-13 nanti].
Share:

10 ulasan:

  1. bla la PKR,belum perintah Malaysia pun dah sibuk nak rebut jawatan, sebijik UMNGOK punya parti.. Jangan berangan la nak menang PRU 13....

    BalasPadam
  2. Razali, tak yah lah tunjuk jaguh,bukan syahid pu membela Dato Fauzi tu.Mentang-mentang dia dah selamatkan kau dari pokkai wah bukan main lagi kau sokong dia.Azan cabar Dato Fauzi biar le dia yg jawab, meluat aku tengok pembodek-pembodek dalm PKR ni.

    BalasPadam
  3. Cukup2lah berebutkan jawatan tu wahai pemimpin-pemimpin PKR sekalian..aku dah meluat dah tengok..2 x 5 mcm UMNO gak..

    Ingatlah ! anda menang sebagai YB dlm PRU 12 haritu pun disebabkan rakyat dah bosan dengan UMNO, bukan disebabkan personaliti & jasa anda..tak dak sape pun yg kenal anda sebelum ni..tp kalau mcm ni lah sikap anda yg berebutkan jawatan dlm parti, jangan menyesal kalau anda tidak dipilih lagi dlm PRU 13 nanti..sedarlah wahai pemimpin-pemimpin PKR sekalian..

    BalasPadam
  4. akuletue: aku sokong kau,mmg aku tengok puok PKR ni dah jd mcm puok UMNGok,maklumlah PKR ni parti serpihan UMNGOK yg ahli2nya kecewa x dapat jawatan dlm UMNGOK lepas tu lompat masuk PKR. Belum lg menang PRU 13,aku rasa kalau menang diaorang ni berebut nak jd menteri la pulak. Diaorg ni menang PRU aritu pun sb join PAS dan DAP kalau x,jgn harap laa nak merasa jd ahli parlimen jd ketua kampung pun belum tentu...kih kih kih...

    BalasPadam
  5. Zaidi le punca DF bergaduh dgn Azan,budak Zaidi ni memang pandai cari kesempatan,cakap berdegar-degar pencapaian diri sendiri ye lek.Sekarang dia jadi egen ZI di Pahang regunya Hj Nan,ini juga di rebutnya sebagai peluang,sebab Azmin tak pernah ambil pot pasal dia bila dia susah.

    Kononnya Azmin hanya Pak angguk Anwar ,itu pasal Azmin tak boleh jadi Tim Presiden,Anwar kena di bangkang juga.Walhal kita tahu benar,ZI bukan nak bangkang Anwar,tapi nak jatuhkan orang tua tu.Dah berbueh mulut ZI dan org di belakangnya (SCW) hentam Anwar dan Azmin,mereka salahkan Anwar dan Azmin bila Zaid kalah di HS.Itu le orang tak cermin diri,walhal PKR kalah di HS kerana pilih dia jadi calun,kalau pilih lawyer India tu pun PKR boleh menang.Salah Anwar juga suka sangat punggut bekas ahli Umno.

    Sorang lagi regu Zaidi, Hj. Nan orang kaya lagi berharta.Projek sana projek sini semuanya untung juta-juta,kalau tak caya tengoklah Pejabat PKR negeri pun duduk atas tanah dan bangunan dia.Itu yg DF terhutang budi tu.Nanti bila PKR menang Hj Nan tuntut janji,PKR pun jadi Umno kena bayar hutang kroni,2X5 macam VT dgn Umno lah kiranya.Sama juga jadinya nanti antara ZI dan SCW.Ahli PKR buka la mata tu sikit bila undi nanti,jangan tersalah pilih kroni baru kenyang ,awak jilat air lior.

    Bila Zaidi dan Hj Nan bergadang,tentu dapat restu DF,kan ke 2 stoogers tu orang kuat DF.Kesian Azmin,depan Azmin DF kata sokong Azmin,belakang Azmin,dua orang suruhan DF berkeeliaran cari undi utk ZI.Ini lah politik.Ini semua gara-gara nak cepat ke Puterajaya konon,maklumlah ZI dapat 100% undi bukan Melayu.Azmin lak bukan Melayu tak suka dia ,tak caya tengok macam mana dia orang hentam Azmin bila Azmin umum akan bertanding,bukan itu saja,dah banyak kali puak-puak ni kutk Azmin malahan dgn Anwar sekali macam dua orang ni tak ada jasa apa pun,semuanya mahu ZI.Tapi yg banyak tulis dalam MT,MI dan MKini tu,bukan orang PKR pun tapi penyokong totok DAP.Jadi jangan salahkan Ibrahim Ali kalau dia kata PR dan BN sama je di control oleh parti 'orang lain'.Katak-katak pun, sesekali Ibrahim Ali ni betul juga.Yang tak katak dlam PKR tu baik-baik,jangan sampai jadi alat.

    Sebelum memilih pemimpin fikir baik-baik,bukan semua orang taubat terus taubat nasuha,kadang kadang dua tiga kali taubat pun tak jadi ,dok ulang kerja lama juga.Tak caya tanya Jid dan JJ.Tengok juga yg di belakangnya tu sapa,apa rekord mereka,boleh caya ke?.

    BalasPadam
  6. Zaidi le punca DF bergaduh dgn Azan,budak Zaidi ni memang pandai cari kesempatan,cakap berdegar-degar pencapaian diri sendiri ye lek.Sekarang dia jadi egen ZI di Pahang regunya Hj Nan,ini juga di rebutnya sebagai peluang,sebab Azmin tak pernah ambil pot pasal dia bila dia susah.

    Kononnya Azmin hanya Pak angguk Anwar ,itu pasal Azmin tak boleh jadi Tim Presiden,Anwar kena di bangkang juga.Walhal kita tahu benar,ZI bukan nak bangkang Anwar,tapi nak jatuhkan orang tua tu.Dah berbueh mulut ZI dan org di belakangnya (SCW) hentam Anwar dan Azmin,mereka salahkan Anwar dan Azmin bila Zaid kalah di HS.Itu le orang tak cermin diri,walhal PKR kalah di HS kerana pilih dia jadi calun,kalau pilih lawyer India tu pun PKR boleh menang.Salah Anwar juga suka sangat punggut bekas ahli Umno.

    Sorang lagi regu Zaidi, Hj. Nan orang kaya lagi berharta.Projek sana projek sini semuanya untung juta-juta,kalau tak caya tengoklah Pejabat PKR negeri pun duduk atas tanah dan bangunan dia.Itu yg DF terhutang budi tu.Nanti bila PKR menang Hj Nan tuntut janji,PKR pun jadi Umno kena bayar hutang kroni,2X5 macam VT dgn Umno lah kiranya.Sama juga jadinya nanti antara ZI dan SCW.Ahli PKR buka la mata tu sikit bila undi nanti,jangan tersalah pilih kroni baru kenyang ,awak jilat air lior.

    Bila Zaidi dan Hj Nan bergadang,tentu dapat restu DF,kan ke 2 stoogers tu orang kuat DF.Kesian Azmin,depan Azmin DF kata sokong Azmin,belakang Azmin,dua orang suruhan DF berkeeliaran cari undi utk ZI.Ini lah politik.Ini semua gara-gara nak cepat ke Puterajaya konon,maklumlah ZI dapat 100% undi bukan Melayu.Azmin lak bukan Melayu tak suka dia ,tak caya tengok macam mana dia orang hentam Azmin bila Azmin umum akan bertanding,bukan itu saja,dah banyak kali puak-puak ni kutk Azmin malahan dgn Anwar sekali macam dua orang ni tak ada jasa apa pun,semuanya mahu ZI.Tapi yg banyak tulis dalam MT,MI dan MKini tu,bukan orang PKR pun tapi penyokong totok DAP.Jadi jangan salahkan Ibrahim Ali kalau dia kata PR dan BN sama je di control oleh parti 'orang lain'.Katak-katak pun, sesekali Ibrahim Ali ni betul juga.Yang tak katak dlam PKR tu baik-baik,jangan sampai jadi alat.

    Sebelum memilih pemimpin fikir baik-baik,bukan semua orang taubat terus taubat nasuha,kadang kadang dua tiga kali taubat pun tak jadi ,dok ulang kerja lama juga.Tak caya tanya Jid dan JJ.Tengok juga yg di belakangnya tu sapa,apa rekord mereka,boleh caya ke?.

    BalasPadam
  7. cerita ni mcm boleh dipercayai jer yerr

    BalasPadam
  8. Budak PKR ni bodo gila kalau pilih ZI,esok dapat tawan Puterajaya,tapi adik beadik,anak beranak,cucucicit nak masuk UITM pun dah tak memulas,nak masuk UM jauh sekali,maklumlah otak bukan cerdik sangat,pereksa SPM pun cukup makan je.Matmatik kredit tapi 6 je bukan 3,jauh sekali A1,baru ingat langit tinggi rendah.

    Kalau Anwar dan Azmin masih jadi tonggak PKR leh tahan juga lagi,pasal depa ni tak karang buku 'Aku Pun Melayu',ertinya mereka ni bukan orang kaya sangat lagi,jadi masih ingat subsidi utk org Melayu.Lagi pun depa berdua ni bukan kuda sesiapa,kalau nangis depan mereka mereka ingat juga,koman-koman pun UITM tu mereka simpan.Harap-harap le.

    BalasPadam
  9. yeah2 pkr dah bergaduh, umno boleh bermaharajalela balik. komen2 macam ni agak-agak anwar ,azmin ,zaid baca.tarak punyer.buang masa.masing2 penting dri sendiri.

    Anwar silap besar sebab manjakan nama2 besar yang baru masuk Pkr. ZI tu bertanding atas tiket PR kaat kelantan pun lum tentu menang. Aku cadangkan kalau ZI rasa banyak je benda salah dalam PKR, leh kuar Pkr buat parti sendiri join perkasa.haha

    BalasPadam
  10. Anon,

    Kalau nak masuk Perkasa jangan malu-malu,tapi bila dah join nanti pastikan Perkasa juga fight utk hapuskan pemimpin rasuah dan gila kuasa.Rasuah dan gila kuas nilh puncnya Melayu orang tak hurmat lagi.Lagi satu,join Oerkasa mungkin lebih baik dari ikut ZI, he,he..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kereta Dihempap Lori Tangki Terbalik Sebelum Terbakar, Pemandu Serta Penumpang Disyaki Rentung Di Kampung Lebak Temerloh

TEMERLOH : Pemandu dan semua penumpang disyaki rentung selepas kereta dinaiki dihempap lori tangki minyak yang terbalik sebelum kedua-dua ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.