script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Pemilihan Untuk Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, Tan Sri Khalid Di Cabar Tiga Calon Lain

KUALA SELANGOR 5 Sept - Pemilihan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor 2010 bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila penyandangnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (foto), akan dicabar oleh tiga lagi calon. Tiga calon yang telah mengesahkan pencalonan mereka ialah bekas Ketua AMK Selangor, Mazli Saring,42; bekas Ketua Wanita Bahagian Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman, 51, dan pesara guru, Muhammad Kamil Vaanan Abdullah, 44. Pemilihan yang akan berlangsung pada 3 Oktober pada Mesyuarat Agong Tahunan Kuala Selangor 2010 itu turut menyaksikan lebih 100 pencalonan untuk jawatan-jawatan lain.

[Nampaknya ramai pemimpin yang ingin menjatuhkan Tan Sri Khalid di Selangor. Ia satu pertandingan yang sihat dalam amalan demokrasi. Tetapi amatlah wajar sekali calon-calon yang berhasrat untuk menentangnya itu cermin diri atau ukur baju ditangan sendiri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Kita amat takut jika musuh menggunakan kesempatan untuk menaja mana-mana calon sebagai usaha memporak perandakan PKR Negeri Selangor itu sebenarnya. Malah, kami juga amat yakin politik wang pasti akan digunakan bagi tujuan tersebut, kerana itulah ajaran yang telah dibawa oleh pihak terbabit sebenarnya. Jika berlandaskan kekuatan peribadi, ternyata bekas tokoh ushawan negara itu amat sukar untuk ditewaskan. Apapun, segalanya boleh berlaku kini].

Share:

3 ulasan:

  1. Bersaing, jangan tak bersaing weh. Masing-masing sibuk kejar pangkat dan darjat yang tinggi dgn alasan untuk membela nasib rakyat jelata.

    - Projek Terbengkalai Desa Kerayong Indah http://desakerayongindah.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Mereka yg mencabar MB Selangor ditaja olih UMNO

    BalasPadam
  3. Mereka yg mencabar MB Selangor ditaja olih UMNO

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kereta Dihempap Lori Tangki Terbalik Sebelum Terbakar, Pemandu Serta Penumpang Disyaki Rentung Di Kampung Lebak Temerloh

TEMERLOH : Pemandu dan semua penumpang disyaki rentung selepas kereta dinaiki dihempap lori tangki minyak yang terbalik sebelum kedua-dua ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.