script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Memalukan: Isu Cahaya Yang Tidak Memuaskan, Mungkin Stadium Darul Makmur Tidak Dapat Di Gunakan Sepanjang Perlawanan Bola Musim Ini

KUANTAN, 26 Sept [2.29] - Apa sudah jadi dengan bolasepak di Pahang?. Sudahlah sebelum ini permainan pasukan negeri ini didapati semakin merudum, kini satu berita sedih yang pastinya mengejutkan peminat bolasepak di negeri ini diterima. Dipercayai Stadium Darul Makmur (foto), mungkin tidak dapat digunakan sepanjang pertandingan bola sepak Piala Malaysia musim ini berikutan tahap pencahayaan lampu limpah yang tidak menepati kehendak piawaian ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Ahli Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Dr. Omar Othman berkata, persatuan itu telah menghantar petugasnya bagi memeriksa tahap pencahayaan di stadium itu malam tadi selepas perlawanan Pahang menentang Kuala Lumpur pada 17 September lepas terpaksa ditangguhkan kerana mengalami masalah lampu limpah. “Berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan di sekeliling padang menunjukkan bacaan cahaya hanya mencecah 685 watt berbanding 800 watt mengikut piawaian yang ditetapkan. “Justeru, perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM pada 2.30 petang 30 September ini bagi menentukan sama ada stadium ini akan terus digunakan,” katanya di sini semalam.

[Andainya stadium yang dibina pada tahun 1970 itu tidak dapat digunakan, maka peminat tempatan tidak akan lagi dapat menyaksikan kelibat pasukan Pahang beraksi disitu pada musim ini. Mungkin permainan akan dijalankan di sebelah siang selepas ini. Soalnya, kenapa isu ini terjadi? Apakah kerana Perbadanan Stadium Darul Makmur sudah kekurangan wang untuk memperbaiki masalah terbabit. Lebih memalukan, sudah sejak kebelakangan ini hanya beberapa kerat sahaja peminat yang hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan Pahang. Dengan perkembangan terbaru ini, bermakna mungkin peminat bolasepak Pahang akan terus meminggirkan sukan itu akhirnya. Tambah memalukan, Presiden dan Timbalan Presiden FAM adalah dari negeri Pahang. Sepatutnya perkara ini dapat dielakkan jika ia diberi perhatian sejak awal-awal lagi. Semoga perkara ini dapat diatasi dengan segera demi menjaga nama baik dan tidak terus mencemarkan sukan bolasepak di Pahang].
Share:

4 ulasan:

  1. cahaya bulan lebih terang dari cahaya lampu stadium DM.

    BalasPadam
  2. depa nak projek tu...tuler pasal wat cerita macam2..lampu rosakler apaler...

    BalasPadam
  3. memang btul gamaknya stadium kekurangan wang....maklumat yang
    diketahui Persatuan Bolasepak Pahang telah berhutang dgn stadium melebihi
    ratusan ribu dan tidak pernah bayar
    semenjak 5 - 6 tahun kebelakangan ini! ...tak payohlah nak main bola
    klu utang tak bayor dan duit pon
    Pahang FA takdok ... gong ajer lbeh

    BalasPadam
  4. pengurusan mcm taik,presiden kaki duit,pemain kaki betina kasi mampus la bolasepak Pahang....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kereta Dihempap Lori Tangki Terbalik Sebelum Terbakar, Pemandu Serta Penumpang Disyaki Rentung Di Kampung Lebak Temerloh

TEMERLOH : Pemandu dan semua penumpang disyaki rentung selepas kereta dinaiki dihempap lori tangki minyak yang terbalik sebelum kedua-dua ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.