script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Survey Rakyat Di Blog Tentang Siapakah Calon Paling Sesuai Memimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Masih Di Dahului Chegubard !!

Biar pun namanya mungkin tidak dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari segi sokongan untuk bertanding bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR pusat Oktober ini, namun populariti Badrul Hisham Shahrin (foto) atau lebih dikenali sebagai Chegubard tidak harus dinafikan semua pihak. Jika dibandingkan dengan Rafizi Ramli yang awal-awal lagi mewarkan-warkan bahawa beliau bertanding atas nasihat Ketua Umum parti, maka sudah pastinya rakyat lebih mengenali Chegubard sebenarnya. Ini dibuktikan dengan kajiselidik yang telah dibuat oleh kami dan juga satu blog lain (sfauzdin). Chegubard jauh mendahului pesaingnya seperti Rafizi Ramli atau pun Samsul Iskandar Md Akin, untuk jawatan Ketua AMK Pusat. Semua ini mengesahkan lagi bahawa rakyat diperingkat akar umbi mahukan beliau meneruskan aspirasi dan perjuangan anak muda. Kita bukan bercakap soal siapa yang bagus atau siapa yang kuat dalamm hal ini. Perubahan perlu dilakukan untuk meneruskan kesinambungan, bukan bermakna pemimpin terdahulu tidak bagus. Samsul misalnya telah berjaya membawa perubahan yang besar kepada AMK, sejak memangku jawatan yang ditinggalkan oleh Ezam Md Noor itu. Cuma, sebagai orang lama beliau wajar dinaikkan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi dalam parti. Maka itu, peluang bertanding perlu diberikan kepada kepada mereka yang mempunyai ketrampilan. Tidak perlu ada unsur-unsur campur tangan atau arahan daripada pihak atasan. Semua ini akan menyebabkan ahli-ahli kurang yakin dengan hala tuju dan perjuangan sebenar PKR nanti.


Bersemangat, membakar perjuangan anak muda di PRK Hulu Selangor

Dua survey rakyat dari dua blog berbeza, bukti Chegubard mendahului

[Soalnya sekarang, jika ini suara aspirasi rakyat maka kenapa ada calon yang kononnya berwibawa tetapi tergamak menggunakan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menagih undi daripada perwakilan AMK?. Ini tidak sepatutnya berlaku, malah tidak wajar sama sekali. Adalah lebih baik campur tangan pemimpin atasan ditolak ketepi dahulu demi membolehkan amalan demokrasi bersih diamalkan. Jika calon ini mengatakan mendapat mandat Anwar, calon itu mendapat mandat Wan Azizah maka akhirnya AMK akan terus bercelaru. Bertandinglah secara "anak jantan" dengan kekuatan sendiri. Kenapa perlu kaitkan nama Anwar jika kita memang berkaliber untuk yakinkan ahli AMK].
Share:

3 ulasan:

  1. Aku Sekeh Pala Kang!!!

    calon yg bertanding dgn mengaitkan
    pemimpin parti?....inilah ciri2 yg ada dlm grombolan!!.... tak payah lah bertanding (tak ada aura dan kekuatan diri). Kami mau lihat perjuangan, keterampilan & tokoh gerak kerja yg sudah2 calon yg bertanding ini...bila terpilih baru ada kualiti...

    BalasPadam
  2. Calon Ketua AMK @ Angkatan Muda Kencing

    BalasPadam
  3. Calon Ketua AMK @ Angkatan Muda Kencing

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kereta Dihempap Lori Tangki Terbalik Sebelum Terbakar, Pemandu Serta Penumpang Disyaki Rentung Di Kampung Lebak Temerloh

TEMERLOH : Pemandu dan semua penumpang disyaki rentung selepas kereta dinaiki dihempap lori tangki minyak yang terbalik sebelum kedua-dua ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.