script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Terkini: Kehilangan Sosilawati, Dua Orang Suspek Di Bawa Ke Tempat Kejadian Oleh Forensik Polis !!

BANTING 12 Sept [2.27 pm] - Pasukan forensik polis memasuki kawasan sebuah ladang pertanian bersepadu di Tanjong Sepat dekat sini bersama-sama dengan sekurang-kurangnya dua suspek yang dipercayai terlibat dengan kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (foto) dan tiga orang lagi. Petugas media yang berada di jalan masuk ke Ladang Gadong melihat dua konvoi kenderaan dengan kawalan ketat polis memasuki kawasan itu, dan dua lelaki dilihat memakai pakaian lokap. Menurut seorang anggota polis, mereka memasuki sebuah kawasan yang terletak kira-kira 100m dari jalan utama kawasan berkenaan, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) itu. Pasukan forensik turut ke sebuah restoran, terletak kira-kira empat kilometer dari ladang itu untuk menjalankan siasatan. Helikopter polis juga dilihat berlegar-legar di kawasan itu. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita di Kuala Lumpur bahawa polis percaya kes itu dapat diselesaikan segera berikutan penangkapan sekurang-kurangnya empat lelaki. Ismail enggan menyatakan identiti mereka yang ditahan, walaupun ada sumber menyatakan mereka termasuk dua orang peguam. Terdapat spekulasi mayat Sosilawati dan tiga orang lagi yang hilang itu dibakar. Seorang sepupu Sosilawati, yang ditemui di rumahnya di Gombak, berkata, polis ada menghubungi mereka tengah hari ini memaklumkan kemungkinan mayat jutawan itu ditemui di Tanjong Sepat. "Mungkin kena buat DNA untuk sahkan itu mayat Datuk,” kata Elias yang enggan menyatakan nama penuhnya. Bekas suami pertama Sosilawati yang dikenali sebagai Buhari dilihat memasuki rumahnya kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

[Nampaknya kes misteri ini semakin panas, apabila satu persatu dibongkarkan. Sungguh kejam melihat apa yang berlaku. Tambahan pula kehilangan Sosilawati berlaku menjelang Aidil Fitri dan ketika umat Islam sedang berpuasa di bulan Ramadhan. Jika benar senario ini, biar pun belum dapat disahkan sepenuhnya lagi maka ternyata ia merupakan mimpi ngeri buat Ketua Polis Negara yang akan bersara iaitu Musa Hassan. Ternyata, beliau dihadiahkan dengan berita jenayah yang sungguh dasyat sama sekali. Tergamak ada manusia yang sanggup melakukan pembunuhan di bulan Ramadhan. Jika pada awal Ramadhan kita dikejutkan dengan berita siri pembuangan bayi, tidak sangka dipenghujung Ramadhan berita jenayah yang lebih dasyat seperti ini berlaku. Apakah ini jelas membuktikan penjenayah sudah tidak takut lagi kepada polis dan undang-undang di negara ini. Atau mungkin polis perlu buat perubahan dan tidak terus "dipolitikkan" untuk kepentingan pihak pemerintah semata-mata. Justeru itu, rakyat amatlah berharap agar Ketua Polis Negara yang baru dapat membuat perubahan selepas ini hendaknya. Bebaskan polis dari dipengaruhi oleh tangan-tangan ghaib orang politik].

Share:

11 ulasan:

  1. nak buat macamana ..itu kijer orang awam yg gilakan duit.......kalau dah polis pun boleh letupkan altantuya....pun pasal duit gak...
    apa yg boleh diharapkan dari polis?...

    lu pikirlah ramai ramai..

    BalasPadam
  2. seronok jadi org kaya...kehilangannya cepat di cari...

    BalasPadam
  3. -[Kemaskini] GEMPAR: Marina Mahathir sokong amalan Homoseksual!! (18SX)

    http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/09/gempar-marina-mahathir-sokong-amalan.html

    BalasPadam
  4. hurm....inilah akhir zaman.....manusia dah tak kira halal haram dosa pahala demi duniawi

    BalasPadam
  5. persoalannya kemana duit rm 4 juta datuk sosilawati? untung kepada penjenayah lpas kluar penjara jadi jutawan jika terlepas hukuman gantung..

    BalasPadam
  6. nak buat cam ne..ketua kencing berdiri, rakyat kencing berlari.. kah..kah..
    ini kena diperbetulkan..

    BalasPadam
  7. Kita jangan mudah melatah mendakwa Polis pilih kasih..... kalau dah tidak ada pertunjuk, tidak ada kerjasama dari orang awam, masakan sesuatu kes itu dapat disegerakan... kenapa perlu dipolotikkan...

    BalasPadam
  8. YANG GAMBI......Apa kata aku bakar kau hidup hidup dan buang abu kau dlm sungai.....finish tiada siapa tahu...tutup kes

    geram gak aku dgn ko ni gambir sirih....layan ko ni mcm layan biawak pasir

    PARIA MUNG

    BalasPadam
  9. kau ingat polis ni malikat ka cam baru hidup lak kau ni halo broo jangan salah kan satu pihak saja kalau jenayah tak da apa hal polis nak buat keja apa lu ingat lah senderi

    BalasPadam
  10. Buat macam mana pun,politik tetap berada dimana2,sama macam ekonomi dan sosial,kerana semuanya saling berkait dalam kehidupan seharian manusia...samada kita sedar atau tidak.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kereta Dihempap Lori Tangki Terbalik Sebelum Terbakar, Pemandu Serta Penumpang Disyaki Rentung Di Kampung Lebak Temerloh

TEMERLOH : Pemandu dan semua penumpang disyaki rentung selepas kereta dinaiki dihempap lori tangki minyak yang terbalik sebelum kedua-dua ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.