script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bonus Raya: Semua Negeri Pembangkang Berjaya Melaksanakan Tanggungjawab, Apa Cerita Negeri BN Terutamanya Negeri PM DanTPM Itu Agaknya!

Pengumuman Kerajaan Negeri Kelantan memberikan bantuan khas hari raya sebanyak RM500 kepada lebih 5,000 orang kakitangannya sebelum Aidilfitri ini telah melengkapkan senarai sumbangan kebajikan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat. Sebelum ini Pulau Pinang menjadi negeri terawal membuat pengumuman tersebut, kemudian diikuti oleh Selangor dan Kedah. Maka dengan ini terbukti sekarang bahawa negeri-negeri yang ditadbir oleh "pembangkang" lebih menghargai sumbangan kakitangan awam mereka biarpun dalam keadaan serba kekurangan. Ternyata kini juga bahawa, negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang sanggup mengeluarkan peruntukan tersebut biar pun mereka disekat untuk mendapatkan banyak peruntukan oleh kerajaan pusat dalam melaksanakan pembangunan negeri masing-masing. Tahniah kepada kakitangan awam di negeri berkenaan yang terus berkhidmat cemerlang biarpun berbagai "tohmahan" dilontarkan kepada kepimpinan negeri tersebut. Hasilnya, pencapaiaan negeri dari sudut ekonomi terus meningkat dan ada yang mengatasi negeri-negeri dibawah pentadbiran UMNO BN selama ini. Malah, peningkatan hasil negeri juga dilihat berlipat kali ganda akibat mengamalkan corak pentadbiran yang telus dan berhemah. Inilah yang amat ditakuti oleh puak-puak UMNO BN sebenarnya. Mereka takut melihat kerajaan negeri pembangkang yang telah disekat berbagai peruntukan tetapi masih berjaya membangunkan negeri terbabit. Malah, berjaya memberi sumbangan berbentuk wang ringgit kepada kakitangan mereka. Masalahnya sekarang, apa cerita di negeri-negeri BN yang sehingga setakat ini hanya beberapa kerat sahaja yang menghargai kakitangan awam di negeri masing-masing?. Tambah memilukan ialah negeri asal Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sendiri iaitu Pahang dan Johor. Khabarnya, sehingga ke saat ini masih belum nampak petanda yang bantuan "bonus raya" itu akan menjadi kenyataan. Maka itu, terbuktilah kini, siapakah yang lebih prihatin dalam membela nasib rakyat itu sebenarnya. Mereka bukan tidak mahu memberi, tetapi terpaksa berfikir dua tiga kali bagi tujuan tersebut. Mungkin kerana "kantung" kerajaan negeri yang akan kempis atau pun banyak duit kerajaan yang dibelanjakan tidak berhemah sehingga menyebabkan mahu memberi bantuan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam sekali pun mereka terpaksa berkira-kira atau tidak mampu berbuat demikian. Inilah yang amat merisaukan mereka.

[Kini terbukti, barulah raya mula sedar bahawa siapakah sebenarnya yang benar-benar jujur, ikhlas serta prihatin dengan nasib rakyatnya. Orang yang bertanggungjawab perlulah cepat membuat keputusan biar pun ia tidak popular. Langkah melengah-lengahkan sesuatu keputusan yang amat ditunggu seperti ini, seolah-olah sengaja mempermainkan kakitangan awam di negeri mereka. Maka itu, kita tidak hairan banyak berlaku kepincangan dalam pentadbiran kerajaan di negeri-negeri terbabit. Sepatutnya, sebagai "juara rakyat" negeri yang ditadbir oleh UMNO BN perlu lebih awal membela nasib rakyat mereka. Apatah lagi jika negeri terbabit adalah negeri asal pemimpin mereka sendiri. Inilah yang berlaku kepada Pahang dan Johor sebenarnya. Apakah mereka berpeluang untuk menikmati bantuan itu atau sebaliknya. Jika keputusan seperti ini pun tidak mampu diumumkan oleh kerajaan negeri masing-masing, maka apatah lagi keputusan besar yang membabitkan kepentingan rakyat itu sendiri. Akhirnya, terbuktilah kepada kita bahawa UMNO BN tidak serius untuk melaksanakan tanggungjawab membela nasib rakyat mereka. Pilihan yang ada ialah jatuhkan kerajaan negeri terbabit dalam pilihanraya umum akan datang. Ajar mereka, biar mereka tahu "langit itu tinggi atau rendah". Malah, mana perginya laungan "rakyat didahulukan" itu].
Share:

6 ulasan:

  1. bagusla dah rezeki geng2 negeri bawah pemerintahan pembangkang...elok la bagi sebab dah byk dah dok kutip derma dari rakyat mereka setiap kali ada ceramah.. tapi kalau dah bagi tu kenala ikhlas...jgn dok tanya org lain pula bagi tak bagi... tak gitu pdo

    BalasPadam
  2. negeri kaya seperti perak yang dikuasai semula BN x mampu beri bonus pada kakitangannya.inikan pula negeri johor dan pahang.negeri kelahiran pm dan tpm.
    anon kat atas.habis tu negeri-negeri ni nak kena buat ceramah ke kutip tabung baru dapat beri bonus pada kakitangannya.
    kira pada pandangan rakyat umno bn dah x mampu mentadbir negara.bonuspun x mampu beri.nasib baik perintah pusat.kalau x jadi pembangkanglah jawabnya

    BalasPadam
  3. Teringat kisah lama,semasa Pas menang di Kelantan 1990 dulu,riuh disebar berita pemerintahan hanya akan bertahan paling lama 6 bulan saja,sebab kerajaan tiada wang nak bayar gaji kakitangannya.

    Rupanya dapat bertahan hingga 2010 (dan harap seterusnya...)walaupun berbagai tekanan,sekatan dan halangan diadakan...sepanjang masa.

    Hingga tahun 2010 ni pun masih boleh juga bagi bonos lagi.(derma tu berapa sangat lagipun untuk parti,bukan kerajaan).

    Pinjam kata2 FIA...fikir2 kan lah...

    BalasPadam
  4. Cuba anon anon bangang kat atas sekali bayangkan jika pusat di ambil alih pakatan rakyat.....jgn jd bodo sapa mapuh la anon....mu nk bodo bodo sekor mung jah la...mu peluk cium BN mung tu sapa ke liang lahat...'

    Mungkin ada untung dpt masuk syurga kerana taat setia mu pada BN...

    BalasPadam
  5. negeri pahang duk tunggu pokok balak yg ditebang tumbuh semula baru ble bg bonus cm negeri pakatan.. Tuk Nan dah pening semua kpale yg ada pd badan dia nak bayor gaji tiap2 bulan kat kakitangan awam negeri Pahang..

    BalasPadam
  6. pahang nak bayar bonus camne?...hasil balak tak tahu lepas kemana?...pulau pinak tak de balak pun boleh bagi bonus...ada balak pun kena sama 60 juta....tu pun kerajaan negeri tak bayar2...tak de duit kut?...kalau dah saman yg wajib kena byr tak byr...ni plak sumbangan sahaja...
    pelik subgguh...ingatkan hasil balak yg berbilion2 tu membawa kesejahteraan kepada negeri dan rakyat.....tetapi mengheret negeri ke mahkamah lalu kena saman plak....apa punya bahalol la kerajaan negeri pahang ni.......

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.