
Bukti, kain rentang yang menghebahkan program tersebut baru-baru ini




KUALA LUMPUR, 16 Mei - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar (foto) tidak menolak kemungkinan memanjangkan tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 melebihi 10 hari. Beliau berkata ini berasaskan kepada komitmen SPR untuk mengadakan minima tempoh berkempen bagi sesebuah PRU selama 10 hari, yang mana jauh lebih tinggi daripada tempoh tujuh hari yang ditetapkan sebelum ini. "Berkemungkinan SPR akan memberi tempoh berkempen selama 15, 16 atau 17 hari. Namun begitu, segalanya akan diputuskan oleh SPR apabila satu mesyuarat khas bagi menetapkan tempoh rasmi berkempen diadakan selepas pembubaran Parlimen diumumkan oleh Perdana Menteri," katanya ketika ditemu ramah dalam program 'Dalam Radar' terbitan Bernama Radio24 di sini. Beliau berkata bagaimanapun menetapkan tempoh berkempen yang sesuai, SPR perlu melakukannya secara berhati-hati bagi memastikan prosiding PRU dapat berjalan seperti yang dirancang.


K.LUMPUR; Azmi (019-2845511), SELANGOR; Suhaimi (012-3854400), KELANTAN; Joe (013-9405390), J.BAHRU; En.Mat (010-8216359), JERANTUT; Cikgu Ali (019-9872152), TEMERLOH; Mie (019-9529372), MENTAKAB; Sabaruddin (013-9512607), RAUB; Zuraidi (017-9543112), NERAM; Hassan (019-9010868), KEMAMAN; Man (010-3144104),CHINI; Razli (013-9663877), ROMPIN; Saufi (014-5236163), K.TERENGGANU; Hj.Ismail (019-9194870), DUNGUN; Jamal (013-9350127), TOK SIRA;Hj.Razak (019-9877071), JERTEH; Din (019-9843476), UTARA & PULAU PINANG; Ramlan (0125819949), SG.ISAP; Pak Usop (016-9615861), BKT.SETONGKOL; Mizo (013-9260071) Pengedar diperlukan segera. Info, sila klik DI SINI.
KUANTAN 15 Mei - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (foto) melahirkan rasa bangga kerana sejak 20 tahun lalu negeri ini menerima aliran masuk pelaburan domestik dan luar negeri sebanyak RM30.27 bilion. Baginda bertitah, pada tahun lalu Pahang telah menerima kelulusan pelaburan tertinggi bernilai RM6.3 bilion. "Ini menunjukkan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berjaya menguruskan negeri ini dengan baik agar semua rakyat dapat hidup dengan aman," titah baginda. Baginda bertitah demikian pada Majlis Istiadat Pembukaan Sidang Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pahang kali ke-12 di Wisma Sri Pahang di sini semalam. Turut berkenan berangkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Wan Mohamed Razali Wan Mahussin dan barisan Exco Kerajaan Negeri.
Sementara itu, baginda turut yakin kerajaan negeri mampu melaksanakan program untuk rakyat termasuk agama, pendidikan, perumahan serta teknologi untuk manfaat semua pihak. Dalam pada itu, baginda bertitah, program transformasi berlandaskan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya memacu pembangunan ke arah lebih maju. "Pengisian program seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah membawa impak positif kepada rakyat tanpa mengira kaum, kedudukan, mahupun fahaman politik. "Terbaru, Perdana Menteri turut memberikan durian runtuh sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) kepada warga Felda sebagai menghargai sumbangan warga peneroka meningkatkan pendapatan ekonomi negara," titah baginda lagi.
Sambutan orang ramai terhadap produk EVO7 kini semakin menakjubkan. Bukan sahaja orang biasa termasuk para peneroka felda yang menggunakan produk ini, namun kini pasarannya telah berjaya menarik minat golongan korporat untuk menggunakan produk ini. Ternyata kini EVO7 semakin diyakini dan terbukti berkesan. Malah ia kini menjadi "Khazanah Kekuatan Untuk Lelaki Perkasa (Suami)". Produk ini juga kini dikelaskan sebagai "Makanan Tambahan" oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Testimoni terkini dari Pulau Pinang, Ramlan Samsuddin (foto) mendedahkan beliau kini semakin ceria dengan walau pun baru mengamalkan EVo7. "Saya mengalami penyakit saraf dan angin seluruh badan dari kepala sampai ke kaki. Penyakit ini telah saya alami lebih kurang 5 tahun yang lalu. Pelbagai produk telah saya cuba tetapi tidak ada kesannya. Secara moden atau urutan semuanya telah saya cuba tetapi hasilnya tidak memuaskan. Setelah saya mencuba produk EVO7 ini saya amat terkejut baru saja habiskan 2 sachet saya dapat merasai perubahannya. 90% dari penyakit yang saya alami itu pulih. Memang amat LUARBIASA produk EVO7 ini. Testimoninya cepat dan berkesan. Belum pernah saya rasakan pengalaman sebegini. Saya mengatakan demikian kerana saya adalah pengamal produk kesihatan lebih dari 5 tahun dan saya memang jarang sekali mengamalkan ubat-ubat hospital mahu pun klinik. Selain dari testimoni tersebut badan terasa cergas, bertenaga dan kulit cantik dan sememangnya amat baik utk tenaga kelelakian.Sekian saja serba sedikit testimoni dari saya. Jika sesiapa ingin tahu kehebatan EVO7 terutamanya di utara, bolehlah hubungi saya di talian 0125819949,", kata beliau.PETALING JAYA, 15 Mei - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) menggesa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar tidak mencampuri urusan politik terutama jika mempunyai persepsi negatif terhadap parti itu. Sambil menempelak dan menyifatkan Harussani sebagai seorang yang memiliki pandangan lapuk, Nik Abdul Aziz menasihatkan agar mufti berkenaan berfikiran rasional berlandaskan kebenaran. "Saya nak beritahu, mufti sebaiknya tak payah masuk campur soal parti politik kalau (berpandangan) begitu serong terhadap PAS. "Bila nak nilai dasar dan perjuangan parti Islam seperti PAS, kena baca sejarahnya. Ini kerana asal tertubuhnya PAS adalah terlibat sama 'orang Umno' yang melihat Umno tak mampu berjuang (untuk) Islam. Nampak sangat mufti itu tak baca sejarah," katanya yang dipetik menerusi akaun facebooknya pada Isnin. Beliau mengulas mengenai laporan muka depan akhbar Berita Harian berhubung kenyataan Harussani yang mendakwa perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan kerusi politik. Berikutan itu beliau bersedia mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu gunakan perkataan Islam dalam nama parti.
[Nampaknya isu muzakarah kita semakin hangat pula diperkatakan selepas Mufti Perak mencadangan perkara itu kepada Majlis Fatwa Kebangsaan. Malah, Ulamak Muda UMNO Ustaz Fathul Bari juga secara sukarela telah bersedia untuk sertai muzakarah tersebut sekarang ini. Persoalannya, apakah ia akan menjurus ke arah kebaikan atau keburukan jika muzakarah tersebut diadakan. Kini hanya rakyat sahaja yang boleh menilai perjuangan parti yang berlandaskan Islam wajar atau sebaliknya. Rakyat kini semakin keliru dengan dakwaan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu terhadap Islam. Oleh itu, bertanyalah kepada mereka yang lebih arif dan jangan terkeliru dengan pandangan sendiri yang akan rumitkan keadaan].
KUALA LUMPUR, 14 Mei - Naib Pengerusi Parti Demokratik Rakyat (DAP), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (foto) meletakkan jawatannya dan keluar daripada parti itu. Keputusan perletakan jawatan itu berikutan kritikan beliau terhadap perhimpunan Bersih 3.0 mendapat reaksi negatif daripada para pemimpin DAP. Sehubungan itu, katanya, tempoh senatornya yang akan tamat pada 31 Mei ini tidak akan diperbaharui. Dalam temu bual bersama NTV7 pada malam tadi, Tunku Abdul Aziz berkata, beliau akan memaklumkan mengenai peletakan jawatan beliau selepas ini. "Saya fikir sudah tiba masanya bagi saya untuk melihat secara serius terhadap kedudukan saya sendiri dalam parti. "Memandangkan terdapat perbezaan yang sangat luas sekarang, yang tidak selari, dan tiada alternatif lain, saya akan keluar dengan cara bermaruah. "Dengan itu saya akan meletakkan keahlian saya daripada DAP dan akan memaklumkan kepada parti dalam tempoh beberapa minit yang akan datang," katanya semasa temu bual itu.
[Tamparan hebat untuk Pakatan Rakyat dan DAP sebenarnya. Nampaknya, gara-gara tak sehaluan dalam sesetengah isu maka Tunku Abdul Aziz dianggap khianat pada parti dan jawatan Senator yang disandangnya tidak disambung lagi oleh parti tersebut. Akhirnya menjurus ke arah perletakkan jawatan beliau dan keluar parti. Kini, ia memberi tekanan kepada DAP kerana mereka sebenarnya berusaha menarik orang Melayu kepada parti itu. Lantaran itulah Tunku Abdul Aziz dilantik ke jawatan Naib Presiden parti. Namun kini, kemungkinan besar imej itu akan tercalar dan orang Melayu akan takut semula kepada DAP agaknya selepas ini. Apapun, keputusan yang dibuat ini sungguh memeranjatkan. Tambahan pula di saat-saat Pilihan Raya Umum Ke-13 yang kian hampir sekarang sebenarnya].
PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...