script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Blogger Cucumatkilau Dedah, Isu Sebenar Tukar MB


Blogger panas, yang sering mencetuskan provokasi dalam banyak kenyataan beliau  sejak 1998, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) semalam sekali lagi membuat kontroversi apabila mendedahkan "rahsia sebenar" kenapa Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu mengarahkan Tan Sri Khalid Ibrahim berundur daripada jawatan Menteri Besar Selangor. 

Isu ini semakin kecoh apabila terdapat ura-ura Pakatan Rakyat akan berpecah gara-gara pendirian Presiden dan Mursyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Hj.Hadi Awang dan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat berbeza dengan apa yang diputuskan oleh Anwar bersama pemimpin Pakatan Rakyat baru-baru ini. Anwar tetap mahu Tan Sri Khalid ditukarkan dengan Wan Azizah, walau pun kedua-dua pemimpin itu tidak bersetuju. Episod ini samalah juga dengan "Kajang Move", walau pun PAS tidak bersetuju namun ia tetap diteruskan jua.


Persoalannya, apakah rahsia besar yang menyebabkan Anwar beriya-iya mahu menukarkan Tan Sri Khalid, sedangkan selama ini MB Selangor itu diangkat dan disanjung sebagai Menteri Besar terbaik. Pimpinan PAS keliru dengan tindakan Anwar ini. Ramai rakyat marhaen juga yang keliru apakah punca sebenar, sedangkan majoriti mahu Tan Sri Khalid dikekalkan. Anda pun keliru? maka, jika anda ingin tahu apa puncanya yang sebenar bacalah di blog Blogger Cucumatkilau sekarang. #PDO
Share:

Isu MB Selangor: Pakatan Mungkin Berpecah Selepas Raya


Pakatan Rakyat (PR) mungkin berpecah selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri berikutan tindakan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menidakkan keputusan Majlis Pimpinan PR yang sudah bersetuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan dengan calon lain dari PKR sebagai menteri besar Selangor, kata sumber dalaman parti Islam itu.
Menurut sumber yang turut menghadiri mesyuarat PR mengenai isu menteri besar Selangor itu, mesyuarat PAS pada 10 Ogos ini akan menyaksikan pertembungan hebat di antara golongan yang mahu Khalid kekal dan golongan yang menghormati keputusan PKR meletakkan calon lain.
"Nampak gayanya PR akan berpecah selepas Aidilfitri ini. Nampak kuat sangat ke arah itu. Hadi langgar keputusan mesyuarat PAS dan PR yang beliau sendiri tidak hadir," kata pemimpin itu, dengan syarat tidak dinamakan.
"Macam mana kami tak marah, kami hadir ke mesyuarat PR selepas PAS membuat keputusan malam sebelum itu," kata sumber itu merujuk kepada mesyuarat PAS pusat 22 Julai lalu di Kuala Lumpur.
Menurut pemimpin PAS itu, kumpulan yang menyokong keputusan PR dalam isu penggantian menteri besar Selangor terdiri daripada kumpulan profesional manakala yang mahu Khalid terus kekal adalah dari kumpulan konservatif Dewan Ulama dan Pemuda parti itu.
Menurutnya lagi, kumpulan konservatif dalam PAS yang selama ini tidak begitu berminat parti Islam itu terus berada dalam PR akan menggunakan mesyuarat 10 Ogos ini untuk menyokong penuh kenyataan Hadi, sekaligus akan mengguris PKR dan DAP.
"Apabila ketegangan memuncak, mereka akan desak PAS keluar dari PR, sekaligus menyaksikan perpecahan," katanya.

"Takpalah, saya pun dah bersedia untuk PAS kembali jadi macam dulu, hanya jadi pembangkang. Boleh menang hanya di Kelantan."
Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad tidak menolak kemungkinan perpecahan PR dengan keadaan yang berlaku sekarang.
"Syair Arab ada berkata ‘kita mahukan kejayaan, tapi kita tidak melalui lebuh raya kejayaan’.
"Kita sedang dalam ‘self-destruct mode’. Kalau kita sendiri tidak berusaha untuk selamatkan PR, perpecahan tidak mustahil berlaku," katanya.
"Saya sekarang mengharapkan 'divine intervention' (pertolongan Allah) untuk bantu selamatkan PR… bila semua usaha lain gagal," tambah bekas ahli parlimen Kuala Selangor itu.
Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga menyokong penuh kenyataan Hadi agar Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor.
"PAS ini ada nakhodanya iaitu tuan guru presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu saya jelaskan di sini.
"Cukuplah untuk saya nyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan presiden. Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik," katanya.
Bekas menteri besar Kelantan itu turut mengingatkan PR perlu terus kukuh bertahan dalam medan politik negara.
"Akar umbi perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas. Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama," katanya.
DAP membayangkan kemungkinan PR akan berpecah akibat kegagalan parti komponen menghormati dan memegang janji.
Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata, tindakan salah satu parti komponen yang menidakkan persetujuan Majlis Pimpinan PR boleh menyebabkan kredibiliti dan survival gabungan itu tergugat.
"Sekiranya keputusan yang dicapai bersama dalam Majlis Pimpinan PR boleh ditidakkan begitu sahaja oleh suatu pihak, maka kredibiliti dan survival PR akan terus tergugat," kata Lim dalam perutusan Hari Raya hari ini.
Menurut Lim, isu terbesar selepas sambutan Aidilfitri adalah apakah sistem dua parti di Malaysia akan terus kekal ekoran kemungkinan Pakatan berpecah kerana kegagalan atau keengganan salah satu parti komponen untuk menghormati dan memegang janji berasaskan keputusan yang dicapai bersama.
"Tanpa PR, Malaysia akan kembali kepada era monopoli kuasa yang rakus menindas rakyat dan hanya memihak kepada kroni tertentu," katanya.
Semalam, PKR meminta Hadi menghormati keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang memperakui prinsip pencalonan jawatan menteri besar Selangor adalah daripada PKR.
Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan PKR untuk mencalonkan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar dibentangkan dan diterima Majlis Pimpinan dalam mesyuarat pada 23 Julai lalu.
Menurut Saifuddin, PAS dalam mesyuarat itu diwakili enam pemimpin tertinggi, iaitu timbalan presiden Mohamad Sabu, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali, naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, ketua pemuda Suhaizan Kaiyat, serta ahli kawatankuasa pusat Dr Hatta Ramli.
"Oleh yang demikian, PKR akan berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan PR itu dalam hal pertukaran menteri besar Selangor.
"Kaedah dan prinsip inilah yang selama ini digunakan dalam menentukan menteri besar di negeri Pakatan lain seperti di Pulau Pinang, Kedah, dan Kelantan," katanya dalam satu kenyataan semalam. #sumber
Share:

Isu MB: Tan Sri Khalid Beri Bayangan Bubar DUN Selangor


PETALING JAYA: Peralihan kuasa di Selangor dilihat bakal berdepan situasi sukar apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membayangkan bahawa kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor perlu ditentukan oleh rakyat menerusi proses pilihan raya.


Menyedari ditolak partinya, beliau menegaskan, perubahan jawatan Menteri Besar negeri itu seperti yang dirancang Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu dibuat dengan mengambil kira kepentingan rakyat di negeri itu.

Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak menyebut mengenai kemungkinan beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri (DUN) diadakan sebagai salah satu cara mempertahankan kedudukannya.

"Dalam bidang politik pentadbiran, pemimpin sentiasa bersilih ganti manakala kerajaan yang memerintah kerap bertukar corak dan gaya.


"Bagaimanapun, peralihan pemimpin dan kerajaan terbukti lebih lancar dan menguntungkan rakyat serta negara sekiranya ditentukan oleh majoriti rakyat melalui pilihan raya umum," katanya melalui perutusan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 pada Ahad.

Sebelum ini banyak pihak meramalkan bahawa Abdul Khalid berkemungkinan mengambil langkah untuk membubarkan DUN jika beliau dipaksa melepaskan jawatan.

Baru-baru ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan isterinya sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bagi menggantikan Abdul Khalid.

Pencalonan Dr Wan Azizah dibuat dengan alasan ia bakal menyelesaikan banyak perkara khususnya di Selangor.

Mengulas lanjut Abdul Khalid mengingatkan semua pihak supaya menghormati institusi diraja sebagai pemerintah negeri.

"Sebagai peneraju kerajaan negeri yang terkaya dan termaju, saya wajar mengingatkan diri saya dan rakyat supaya kita menghormati institusi raja berperlembagaan sebagai pemerintah negeri ini dan terhadap barisan pemimpin yang menerajui kerajaan negeri sekarang," katanya. #sumber
Share:

Tukar MB, Apa Salah Tan Sri Khalid Ibrahim Kata Nik Aziz !


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menerima tekanan daripada sekutunya sendiri iaitu PAS mengenai hasrat menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Kali ini tekanan itu muncul daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempersoalkan motif utama komplot yang dirancang PKR di Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar?

"Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi Menteri Besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan," katanya.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan lewat malam Sabtu itu, Nik Abdul Aziz turut menegur PKR kerana gagal menyelesaikan isu dalamannya sendiri terutama berhubung masa depan Abdul Khalid.

"Barangkali beliau (Abdul Khalid) ada salah dan silap yang tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan? Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti.

"Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai," katanya.

Selain itu, pemimpin veteran PAS itu turut menegur ahli dan pemimpin partinya sendiri yang mempertikaikan pendirian Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan sokongan terhadap Abdul Khalid supaya kekal sebagai Menteri Besar.
Tegasnya, ahli PAS perlu taat kepada pemimpin dan perlu mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang membelakangi Abdul Hadi.
"PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan.

"Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden.

"Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik," katanya.

Sebelum ini Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan pendirian yang dinyatakan Abdul Hadi berhubung kedudukan Abdul Khalid adalah pendirian peribadi beliau.

Kedua-dua pemimpin berkenaan menegaskan PAS hanya akan mengumumkan pendirian rasmi mereka berhubung cadangan supaya Dr Wan Azizah menggantikan Abdul Khalid selepas sambutan Aidilfitri. #sumber
Share:

Tiada Alasan Syarie Mewajarkan Penukaran MB Selangor !


KOTA BAHARU: Dewan Ulama PAS Pusat menegaskan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim patut dibenarkan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor sehingga ke akhir penggal kerana tiada sebarang alasan syarie yang kukuh dikemukakan setakat ini untuk mewajarkan penukarannya.

Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Ahmad Yakob berkata dewan itu telah mengamati bahawa tidak berlaku sebarang pengkhianatan terhadap amanah kepimpinan, penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Abdul Khalid sejak pelantikannya sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

Begitu juga sejak beliau mula menjadi Menteri Besar pada 2008 sehingga kembali mendapat mandat rakyat dengan kemenangan berganda untuk Pakatan Rakyat dalam PRU13 lalu, katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata dewan tersebut menegaskan bahawa masalah mengekalkan jawatan Abdul Khalid lebih kuat berbanding keperluan menukar dengan menteri besar baharu.

Sebarang usaha menukar Menteri Besar Selangor tanpa persetujuan bersama PAS, PKR dan DAP sehingga menimbulkan kekalutan dalam kalangan rakyat bawahan hendaklah dielakkan, katanya.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Sambil menyokong pendirian Abdul Hadi itu, Ahmad menyeru semua anggota PAS agar menghayati kebijaksanaan pendirian presiden PAS itu tambahan pula presiden mempunyai hak pemutus dalam beberapa isu yang memerlukan keputusan segera.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu. #sumber
Share:

MB Selangor: Saifudin Mahu PAS Ingat Kemelut MB Kedah


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution (foto) mendakwa PAS menyatakan komitmen yang berbeza dengan kenyataan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu kedudukan menteri besar Selangor.

Saifuddin mendakwa, wakil PAS serta wakil parti Pakatan Rakyat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan, Rabu lalu, telahpun menerima usul agar Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim di jawatan tersebut.

Katanya, mesyuarat itu disertai enam orang pemimpin kanan PAS iaitu Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, dua orang Naib Presidennya,  Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, Ketua Pemuda Suhaizan Kaiyat, serta AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli.

"Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang membawa mandat dari parti masing-masing pada hari itu mengesahkan komitmen setiap parti bahawa pada dasarnya, PAS dan DAP menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar adalah dari PKR.

"Oleh yang demikian, PKR akan berpegang kepada keputusan rasmi Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat itu dalam hal pertukaran Menteri Besar Selangor

"Kaedah dan prinsip inilah yang selama ini telah digunakan dalam menentukan menteri besar di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain seperti Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan," kata beliau dalam kenyataan media hari ini.

Pendirian itu bertentangan dengan kenyataan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, yang dilaporkan menyokongKhalid meneruskan khidmat sebagai menteri besar.

Hadi berkata hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

PKR hormat isu MB Kedah

Saifuddin turut mengingatkan PAS bahawa PKR sebelum ini "menghormati" keputusan yang diambil parti Islam itu ketika menghadapi kemelut berhubung jawatan menteri besar Kedah.

Oleh yang demikian, PKR menuntut PAS menunjukkan sikap yang sama dalam isu jawatan menteri besar Selangor.

"Malah, dalam pergolakan membabitkan jawatan Menteri Besar Kedah sebelum Pilihanraya Umum ke-13, PKR mengambil pendirian menghormati sepenuhnya prinsip pencalonan jawatan menteri besar Kedah adalah dari PAS walaupun ada pelbagai permintaan dari pimpinan Pakatan Rakyat yang lain supaya PKR turut menyatakan pendirian sama ada mahu Menteri Besar ditukar atau tidak.

"Saya percaya semangat ukhuwah dan saling menghormati prinsip pencalonan sebegini akan terus menguatkan Pakatan Rakyat," kata beliau. #sumber
Share:

Remaja Maut Nahas Motosikal Bertembung MPV Di Raub !


RAUB: Menjelang beberapa hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut Aidilfitri, seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah MPV, sekitar jam 11 pagi semalam.

Kejadian berlaku di simpang Taman Medan Indah di Kilometer 356 Jalan Alternatif Kuala Lumpur - Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, siasatan awal mendapati MPV jenis Proton Exora dipandu seorang wanita dari arah Sungai Lui hendak membelok masuk ke kanan jalan namun telah dilanggar motosikal remaja terbabit dari arah yang sama.

“Pelanggaran berlaku di bahagian pintu hadapan sebelah kanan MPV terbabit dan mengakibatkan penunggang motosikal itu mengalami kecederaan,” katanya.

Mangsa, Mohamad Syafiq Zakaria, 19, dikejarkan ke Hospital Raub untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HosHas) Temerloh kerana mengalami kecederaan parah di kepala serta beberapa bahagian badan lain, dah disahkan menginggal dunia kira-kira jam 3.15 petang” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Dalam pada itu, satu lagi kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan berlaku di Kilometer 345 Jalan Raub - Kuala Lipis sekitar jam 6.45 petang kelmarin.

Wan Mohd Samsudin berkata, berdasarkan siasatan mendapati sebuah pacuan empat roda dari arah Kuala Lipis telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah van dan sebuah kereta dari arah bertentangan.

“Pertembungan yang berlaku mengakibatkan kenderaan yang dipandu terbabas ke dalam longkang di sebelah kanan jalan, bagaimanapun mangsa hanya cedera ringan.

Wan Mohd Samsudin dalam pada itu menasihatkan agar pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati di atas jalan raya terutama di musim perayaan ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Beliau turut menasihatkan kepada pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan. #sumber
Share:

Pasaraya Tong Fatt Value Mart Nafi Jual Ayam Tidak Halal


JERANTUT:  Pihak pengurusan Pasaraya Tong Fatt Value Mart (TFVM) menafikan khabar angin di media sosial Facebook yang menyatakan ayam segar yang dijual di premis berkenaan tidak halal.

Pengurus pasaraya TFVM cawangan Jerantut, Lim Tian Loi berkata, ayam yang dijual di pasar raya berkenaan telah disahkah halal oleh Pejabat Agama Islam (Paid) Jerantut malah pembekal ayam mempunyai sijil halal yang dikeluarkan pihak berwajib.

Menurutnya, pihak TFVM mendapatkan bekalan ayam daripada pembekal dari Kuantan serta Melaka dan menjelang musim perayaan ini pihak TFVM telah mendapatkan bekalan ayam mencecah enam tan.

“Pihak TFVM mengambil berat berkaitan isu halal tambahan pula majoriti pelanggan kami terdiri daripada kaum Melayu beragama Islam.

“Kami juga tidak pernah menerima sebarang aduan mengenai status halal penyembelihan ayam yang dijual dan diharap perkara ini dapat mengembalikan kepercayaan pelanggan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, wakil Pejabat Agama Islam Daerah (paid) Jerantut mengesahkan ayam yang dijual di TFVM cawangan Jerantut disahkan halal ketika operasi pemantauan Skim Harga Barang Musim Perayaan 2014 dilakukan bersama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (PPDNKK) serta Jabatan Veterinar.

“Kita sentiasa peka dengan isu halal tambahan pula kesibukan umat Islam berbelanja di bulan Ramadan dan persiapan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.

Semalam heboh di dalam laman sosial Facebook Jerantut Kampung Ku Group yang memperkatakan tentang sebuah pasar raya di bandar ini yang menjual ayam diragui cara penyembelihan ketika operasi pemantauan Skim Harga Barang Musim Perayaan 2014. #sumber
Share:

Tiga Maut, 36 Lagi Cedera Dalam Letupan Bom Di Hatyai !


HATYAI: Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 36 lagi cedera susulan letupan bom kereta di daerah komersial di selatan Thailand.

Leftenan Kolonel Sophon Saisuree berkata bom kereta itu meletup di depan Hotel Holiday kira-kira pukul 4 petang (waktu tempatan). 

Letupan tersebut turut memusnahkan beberapa kenderaan lain dan merosakkan struktur bangunan. 

Sophon berkata, daripada 36 yang cedera, tiga dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Letupan itu dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri seberat 100kg.
Bagaimanapun, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan letupan bom kereta itu.
Kira-kira 60-70 peratus penduduk di Betong beragama Islam. #sumber
Share:

MB: Tan Sri Khalid Ibrahim Hargai Sokongan Presiden PAS


KAPAR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan penghargaan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas sokongan supaya beliau terus menerajui kerajaan Selangor sehingga akhir penggal pentadbirannya. 

Abdul Khalid dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata sokongan Abdul Hadi terhadapnya dilihat amat bermakna dalam memastikan keperluan negeri Selangor untuk mempunyai suasana politik yang stabil.

Katanya, beliau dan barisan pemimpin negeri akan terus memastikan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat dapat dilaksana menerusi kecemerlangan pentadbirannya menerajui negeri maju itu.

Abdul Hadi pada Jumaat mempertahankan Abdul Khalid supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Beliau berkata kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.

Katanya alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar itu adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat masalah besar.

Baru-baru ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu. #sumber
Share:

Tiga Tahun Warga Koyan Solat Tarawih, Raya Tanpa Masjid


KUALA LIPIS: Masuk bulan Ramadan ini, sudah tiga tahun penduduk Felda Gugusan Sungai Koyan dan kampung tradisi sekitarnya bersolat tarawih, solat Eidulfitri dan aktiviti ibadat lain tanpa masjid. 

Ini disebabkan Masjid Muhajirin yang selama ini menjadi tempat penduduk serta musafir menjalankan aktiviti keagamaan, telah diruntuhkan oleh kontraktor yang dilantik Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu tiga hari sebelum bulan Ramadan tiga tahun lalu.

Mengikut perancangan asal, sebuah masjid baru bernilai RM4.5 juta yang boleh memuatkan 2,000 orang akan dibina bagi menggantikan masjid yang runtuh itu. Malangnya pembinaannya terbengkalai dan sehingga kini belum mencapai 40 peratus siap.




Sebagai alternatif, penduduk terpaksa mengerjakan solat di bangunan Dewan Orang Ramai di situ. Tetapi dikatakan mempunyai masalah besar kerana ketiadaan ruang terutama apabila generasi kedua Felda pulang beramai-ramai untuk menunaikan sembahyang raya.


Baca artikel  yang berkenaan di sini

Bagi Timbalan Pengerusi Masjid Muhajirin, Wan Mahadir Wan Mahmud berkata, pihak berkuasa tersilap meruntuhkan masjid berkenaan tiga tahun lalu kerana ia terletak 50 kaki jarak daripada masjid baru yang terbengkalai sekarang.


Baca artikel yang berkenaan di sini

“Sepatutnya Masjid Muhajirin tidak dirobohkan sebab masjid baru bukan di tapak itu. Lagipun ia bukanlah uzur. Jika masjid baru siap pun masjid lama tetap boleh digunakan sebagai kelas fardu ain, pusat dakwah dan aktiviti lain.



Baca artikel yang berkenaan di sini

“Sekarang sudah menjadi kerumitan pula kepada penduduk kerana nak sembahyang di masjid lama dah diruntuhkan masjid baru pula entahkan bila siapnya,” keluhnya.

Wan Mahadir turut membayangkan masjid yang baru mungkin tergendala lagi berikutan tersiar di akhbar baru-baru ini pemilik bergelar Datuk syarikat yang membina masjid terbengkalai itu sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas umat Islam setempat membuat laporan berkaitan projek berkenaan, hujung tahun lalu.





Katanya, Masjid Muhajirin dibina pada tahun 1974 bagi menampung penduduk Felda dan sekitarnya. Namun istimewanya masjid berkenaan ialah menjadi mercu tanda penduduk Sungai Koyan kerana menjadi tempat persinggahan pelancong apabila ke Cameron Highlands melalui Sungai Koyan. 


Tapak masjid lama yang telah diruntuhkan oleh pihak kontraktor

"Ia juga menjadi transit musafir dan pelancong yang berulang alik ke Cameron Highlands dari Lembah Klang, Pahang dan Kelantan antara laluan alternatif paling dekat ke destinasi tanah tinggi berkenaan," ujarnya.

Peruntukan membina masjid baru diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat penempatan Orang Asli Pos Betau beberapa tahun dahulu.

Berdasarkan papan notis yang dahulu, kerja pembinaan bermula pada Jun 2012 dan sepatutnya siap pada September tahun lepas. Dalam pada itu Wan Mahadir berkata, sudah ada anak-anak peneroka yang pulang beraya mengeluh, “dulu elok-elok ada masjid dirobohkan sekarang dah masuk tiga tahun solat raya di dewan badminton. Ini menyebabkan menimbulkan rasa tidak selesa. #sumber
Share:

Bekas Pemain Bola Sepak Hampir Lumpuh, Rayu Bantuan !


JERANTUT: PAS Kawasan ini merayu mana-mana pasukan bola sepak dan orang ramai agar tampil membantu bekas penyerang lincah kebangsaan pada era 1990-an Abdul Jalil Manan, 43, yang kini menderita hampir lumpuh akibat penyakit saraf.
Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Jerantut, Yohanis Ahmad, Jalil yang juga bekas pemain bola sepak negeri Kedah dan skuad belia Pahang itu sudah hampir 15 tahun menderita dan hanya bergerak di atas kerusi roda.
Tambahnya, apa yang menyedihkan, Jalil pada masa ini hanya mengharap bantuan bulanan RM150 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menampung keperluan ubat-ubatan dan selainnya hanya bergantung kepada ayahnya, Manan Awang, 60-an yang bekerja sebagai mandur ladang.
“Beliau juga ada menerima wang zakat sebanyak RM200 setahun sekali namun bantuan sebanyak itu sudah tentu tidak mencukupi dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang dan ubat-ubatan yang mesti diambilnya.
“Sebab itu kita minta seperti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil membantu kerana Jalil selama ini tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya berbanding jasa dan pengorbanan beliau yang besar dalam pembangunan bolasepak negara,” katanya.
Yohanis berkata demikian ketika menziarah sambil menyerahkan sumbangan wang kepada Jalil yang tinggal bersama bapanya di Kampung Lubuk Payung, Tembeling Tengah dekat sini.
Jalil yang tidak pernah berkahwin, merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dan tinggal bersama ayahnya sejak ditimpa penyakit berkenaan.
Sementara itu Jalil ketika ditanya pada zaman kegemilangannya, pernah bergandingan dengan bintang bola sepak kebangsaan Azman Adnan selain pernah bersama pemain Azizul Kamaluddin dalam skuad Pahang.
Beliau juga pernah beraksi membantu pasukan remaja negara di kejohanan Piala Belia di Korea Selatan pada 1988 dan pernah beraksi dengan skuad utama Kedah selama lima tahun sebelum terpaksa menggantung but akibat penyakit tersebut.
Katanya lagi, sejak ditimpa penyakit berkenaan beliau tidak putus asa berubat sama ada secara moden mahupun tradisional, namun hingga kini keadaannya masih tidak berubah dan masih terpaksa berulang alik ke hospital setiap bulan untuk fisioterapi.
“Itu pun jika saya ada duit, kalau tidak, duduk di rumah dan menahan sakit. Saya pun tidak mahu menyusahkan keluarga yang banyak membantu selama ini.
“Sebab itu jika adalah ihsan dan bantuan bulanan alangkah baiknya untuk menampung kos perubatan sekarang kerana bantuan bulanan JKM terlalu kecil dan tidak mencukupi dan saya memerlukan tambahan bantuan,” katanya sayu.
Mengenai keadaan penyakit yang dihidapinya sekarang, Jalil berkata beliau tidak mampu berdiri kerana keadaan pinggangnya yang sudah semakin lembik menyebabkan dia hanya mampu duduk di atas kerusi roda sahaja. #sumber
Share:

Panas: Dr.Asyraf Dedah Astro Bagi Kontrak Syarikat Israel !


Pada ketika umat Islam seluruh dunia sedang sakit hati dengan Zionis Israel, sebuah kelompok manusia yang merampas dan melakukan kekejaman serta penindasan ke atas masyarakat yang serba-serbi kekurangan...

ASTRO yang dimiliki oleh Ananda Krishnan dan merupakan pemonopoli siaran televisyen kabel yang mengenakan bayaran sesuka hati, mengambil sikap MENENTANG KERAJAAN MALAYSIA, umat Islam di negara ini dan perjuangan rakyat Palestin.

ASTRO yang bersikap seperti maharaja di negara ini telah memutuskan untuk menyalurkan kewangan, bantuan serta dana kepada Zionis untuk terus membunuh rakyat Palestin menerusi perlantikan AMDOCS sebagai 'Subscriber Management System' syarikat media tersebut.

Selama ini, tiada sesiapa pun hatta Menteri Penerangan pun yang dapat menegur ASTRO.

ASTRO tidak pernah terikat atau patuh kepada sesiapa pun, termasuklah kepada SKMM yang semakin nyenyak tidur dan hidup bergelumang dengan timbunan wang yang merupakan UFTI syarikat-syarikat telekomunikasi kepada SKMM.

Selama ni, ASTRO telah menerima pelbagai bentuk kecaman terutama perkhidmatannya yang sangat uzur pada waktu hujan.

ASTRO kemudiannya menaikkan yuran dan pelanggan perlu membayar harga lebih kononnya sebagai penanggung kos perkhidmatan yang telah dipertingkatkan.

Bagaimanapun, perkhidmatan ASTRO tetap di takuk lama. Program-program yang disiarkan adalah program-program lapuk yang diulang-ulang siar berpuluh-puluh kali. Yang dipertingkatkan hanyalah bayaran bil oleh pelanggan.

Sekarang, pendedahan telah dibuat oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membabitkan kerjasama ASTRO dengan Zionis Israel.


Pengesahan Amdocs adalah Syarikat milik Israel sila lihat di SINI.

Sumber info dari SINI.

Share:

MB Selangor: Hj.Hadi Sokong Tan Sri Khalid Ibrahim Kekal


MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

"Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza.

"Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di sini, Jumaat.

Menurut Abdul Hadi, hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Katanya, kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.

Abdul Hadi berkata, alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat masalah besar.

"Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan-alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal.

"Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau," tegasnya.

Ditanya sama ada keputusannya itu bakal melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang, beliau berkata: "Itu perkata mendatang dan kita boleh berbincang dan berunding. PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dan pendapat berbeza itu sudah biasa sejak dahulu lagi".

Apabila diajukan soalan bahawa pendirian beliau itu dilihat seolah-olah PAS cuba menghalang apa yang didakwa sebagai jalan terakhir untuk Anwar ke Putrajaya, Abdul Hadi menyangkalnya sambil menyatakan perjuangan pakatan pembangkang bukannya perjuangan peribadi tetapi pejuangan untuk rakyat.

Berhubung adakah PAS berhasrat mengajak Abdul Khalid menyertai PAS, beliau berkata pihaknya tidak berhasrat berbuat sedemikian.

"Itu bukan cara kita dan sejak awal lagi walaupun kita (PAS) punyai 15 kerusi DUN, yang lebih daripada PKR, kita (PAS) beri kepada PKR (kerusi MB di Selangor) kerana kita sudah ada Kelantan (diperintah oleh PAS),' katanya sambil menyatakan kesihatannya kini semakin baik dan tetap mengikuti perkembangan politik semasa.

Abdul Hadi sebelum ini menjalani pemeriksaan perubatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu persidangan di Turki bulan lepas.
Ketika ini PAS mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor manakala PKR (14) dan DAP (15). #sumber
Share:

Mazlan: Duit Dividen, Tindakan Nafikan Hak Peneroka Zalim


KUALA LUMPURPresiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman menyifatkan tindakan Felda menafikan wang dividen FGV dan saguhati hari raya yang berjumlah hampir seribu ringgit, atas alasan peneroka menyaman Felda kerana isu Kadar Perahan (KPG) dan lain-lain adalah tidak berasas dan zalim.

"Ia bertentangan dengan hak asasi dan Perlembagaan Negara yang membenarkan setiap warganegara mendapatkan haknya mengikut saluran undang-undang," katanya dalam satu kenyataan.

Tegas Mazlan, usaha para peneroka Felda membuat laporan polis adalah wajar setelah pihak Felda bertegas enggan membayar saguhati Hari raya dan dividen FGV seperti mana sepatutnya.

"Bukan sahaja enggan berunding, peneroka dihamburkan kata-kata yang amat mengguris perasaan.

"Saya telah membuat perbincangan dengan team peguam Anak dan setelah meneliti kes ini, ada asas yang kuat untuk mengambil tindakan terhadap pengurusan Felda," katanya.

Bagi tujuan membantu peneroka mendapatkan wang berkenaan, Anak menubuhkan satu taskforce diketuai Pengerusi Ngo Anak Pahang Yohanis Ahmad untuk mengumpul semua maklumat peneroka seperti yang dikehendaki peguam. Beliau boleh di hubungi seperti di talian hp 0133039913.

"Sikap berdendam Felda nampaknya tidak reda walaupun dalam bulan ramadhan. Justeru, langkah membuat laporan polis dan tindakan undang2 terpaksa dilakukan kerana itulah pilihan yang ada," katanya.

Felda sebelum ini, mengumumkan 'durian runtuh' kepada peneroka Felda sempena Aidilfitri menerusi pembayaran dividen saham individu dan dividen tabung amanah daripada FGV.

Namun, Felda memaklumkan bahawa para peneroka yang terlibat dalam kes saman agensi itu tidak akan dibayar duit raya dan dividen FGV
. #sumber
Share:

SASET Sasar Tarik 50,000 Ahli Menjelang Akhir Tahun Ini !


JERANTUT:  Yayasan Alam Sekitar Sultan Ahmad Shah (SASET) menyasarkan 50,000 ahli menjelang akhir tahun ini dalam usaha melatih lebih ramai sukarelawan yang terlibat dalam program memelihara alam sekitar.

Pengerusi SASET, Tengku Arif Temenggong Tengku Fahd Muad'zam Shah berkata, perkara ini akan dilakukan menerusi kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan 1Malaysia For Youth (1M4U) menjadi NGO perintis dalam mencapai sasaran berkenaan.
"Dengan jalinan kerjasama ini, belia akan dapat melibatkan diri secara lebih tersusun dalam program memelihara alam sekitar yang menjadi matlamat utama penubuhan SASET," katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan 1M4U di sini baru-baru ini.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom berkenan berangkat ke program itu yang diadakan sempena majlis berbuka puasa bersama penduduk daerah ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Ismail; ADUN Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail dan Pengarah Operasi SASET, Datuk Aida Jusuf.

Pada majlis itu, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Kalsom turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan orang kurang berkemampuan di daerah ini.
Menurut Tengku Fahd Muad'zam Shah, MoU itu bertujuan melakarkan kerjasama yang erat untuk menggerakkan sukarelawan selain melahirkan belia yang cakna terhadap alam sekitar.

"Apa yang lebih penting, kita akan terapkan nilai pendidikan secara khusus kepada sukarelawan ini termasuk ahli Temenggong Ranger yang bergiat aktif di Taman Negara Kuala Tahan," katanya.

Terdahulu pada sebelah petangnya, Tengku Fahd Muad'zam Shah bersama-sama ahli Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut bergotong-royong memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada penduduk di sekitar bandar ini.

Sebanyak 5,000 bungkus bubur lambuk diagih-agihkan kepada orang ramai sebagai juadah berbuka puasa sumbangan SASET serta Puteri dan Pemuda UMNO bahagian di beberapa lokasi berasingan di sini. #sumber

Share:

Nazlan: Dapur Masak Hospital Jerantut Perlu Di Naik Taraf !


JERANTUT:  Jumlah pesakit di Hospital Jerantut di sini sentiasa bertambah dan keadaan ini secara langsung memperlihatkan kemudahan sedia ada di hospital berkenaan juga perlu ditingkatkan.

Selain keperluan doktor pakar dan ubat-ubatan, hospital tersebut juga memerlukan bangunan lebih besar agar dapat menampung jumlah pesakit yang ramai.
Ini termasuk keperluan dapur memasak yang lebih luas dan selesa bagi penyediaan makanan untuk para pesakit.

Dengan ruang dapur yang kecil, keadaan itu dianggap sudah tidak sesuai memandangkan pihak hospital perlu menyediakan makanan untuk 65 hingga 70 orang pesakit sehari.
Malah, jumlah pesakit itu ada kalanya bertambah bergantung kepada keadaan.

Tinjauan Utusan Malaysia bersama Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris di Hospital Jerantut mendapati walaupun keadaan dapur masak hospital sentiasa bersih, namun ia dianggap sudah tidak sesuai dan kurang selesa.

Sehubungan itu, Ahmad Nazlan beranggapan sudah tiba masanya dapur memasak hospital tersebut dinaik taraf. "Memang keadaan dapur hospital ini bersih dan dikendalikan mengikut prosedur dan standard ditetapkan.

"Namun, ruang dapur hospital ini kecil dan sudah tidak sesuai. Ia perlu dinaik taraf demi kepentingan pesakit dalam penyediaan makanan. "Langkah naik taraf ini juga dapat memberi keselesaan kepada para petugas hospital," katanya di sini aru-baru ini.

Menurut Ahmad Nazlan, beliau akan mengetengahkan perkara tersebut kepada Kementerian Kesihatan agar langkah menaik taraf Hospital Jerantut dapat dilakukan secara berperingkat-peringkat. Difahamkan, ruang kecil dapur hospital itu telah beberapa kali diubah suai dan salah satu ruangnya adalah bekas bilik penyelia hospital.

Ahmad Nazlan menambah, adalah penting dapur itu dinaik taraf kerana penyediaan makanan kepada pesakit akan lebih terjamin. Difahamkan, seramai 16 petugas diberi tanggungjawab mengendalikan dapur Hospital Jerantut dan mereka bekerja mengikut syif. Penyediaan makanan untuk para pesakit itu melibatkan makan pagi, tengah hari, minum petang dan makan malam. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.