KUANTAN: "Nampaknya kerajaan sudah mula bertindak tegas terhadap lori-lori bauksit yang didapati melanggar peraturan ditetapkan... ini satu perkembangan yang amat baik untuk rakyat", kata Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) hari ini.
Beliau berkata demikian, bagi memberi respon terhadap janji Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob bahawa kerajaan negeri akan bertindak lebih tegas sekiranya pengusaha lombong gagal mematuhi arahan terbaru yang ditetapkan.
Dilaporkan penguatkuasaan yang ketat telah dijalankan oleh pihak Pejabat Pengarah Tanah & Galian Pahang (PTG), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di lokas-lokasi yang berkenaan. Sumber Foto: Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit (GERAM)




































