script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Khalid Samad: PAS Perlu Pilih, Pembangkang Atau Pun BN !


KUALA LUMPUR: PAS perlu menjelaskan jika parti Islam itu mahu kekal sebagai parti pembangkang atau memihak kepada Barisan Nasional (BN).
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad berkata walaupun PAS ada hak untuk memilih dengan siapa mereka mahu bekerjasama, parti itu harus menyatakan dengan jelas hala tuju politik mereka.
"Mereka perlu menyatakan hala tuju parti, sama ada mereka mahu perubahan dalam kerajaan atau kekal dalam pembangkang dan pada masa sama mempertahankan Barisan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.
Beliau berkata PAS perlu memberikan gambaran jelas mengenai hala tuju parti itu supaya pengundi boleh membuat pilihan tepat pada pilihan raya.
Khalid Samad mendakwa PAS cuba meraih undi sebagai parti pembangkang tetapi akhirnya menyokong kerajaan.
Timbalan Ketua Whip Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdullah Sani Abdul Hamid berkata PAS tidak konsisten dalam perkara itu.
"Mereka tidak konsisten walaupun dalam hala tuju politik mereka sendiri," katanya.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Loke Siew Fook hanya mahu mengucapkan 'selamat maju jaya' kepada PAS dalam usaha mereka.
Pemimpin Pakatan Rakyat diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu sedia menjalin kerjasama dengan Barisan demi kebaikan bersama. #sumber
Share:

Nasharudin "CEO" Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global


PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang baharu bagi menggantikan Datuk Saifuddin Abdullah.
Nasharuddin, yang merupakan Pengerusi Yayasan Nassar adalah graduan Perundangan Islam dari Universiti Jordan dan mempunyai Ijazah Sarjana Undang-Undang Perbandingan di Malaysia.
"Dengan perlantikan Nasharuddin, GMM yakin untuk meneruskan usahanya bagi memperkukuhkan amalan dan hubungan kesederhanaan dalam konteks di dalam dan luar negara.
"Yayasan akan bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan berkaitan dalam merealisasikan fungsi Deklarasi Langkawi tentang Gerakan Kesederhanaan Global," kata Pengerusi GMM, Tan Sri Razali Ismail dalam satu kenyataan pada Rabu.
Saifuddin meletakkan jawatannya dalam GMFM selepas menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 15 Oktober lalu.
Sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa, Nasharuddin pernah menjadi pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 1997 dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada 1999.
Nasharuddin merupakan Ahli Parlimen Yan dari 1999 sehingga 2004 dan Ahli Parlimen Bachok dari 2006 sehingga 2013.
Dalam PAS, beliau pernah menjadi Setiausaha Agung parti dari 1999 sehingga 2004 dan Timbalan Presiden dari 2005 sehingga 2011. #sumber
Share:

Hassan Dakwa, 'Ringgit Jatuh' Baik Untuk Orang Kampung !


KUALA LUMPUR: Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin memberitahu Dewan Rakyat bahawa kejatuhan nilai ringgit baik untuk masyarakat luar bandar.
Ini kerana, kata Hasan (BN-Rompin), keadaan itu menyebabkan harga komoditi meningkat.
Hasan berkata demikian ketika mencelah perbahasan Rafizi Ramli (PKR-Pandan) berkaitan belanjawan 2016 yang dibentangkan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lepas.
Pasaran komoditi kini tidak menentu dengan harganya jatuh sepanjang tahun sebelum pilih semula pada Oktober.
Harga Minyak sawit mentah (CPO) ditutup tinggi minggu lepas sementara pasaran getah pula bercampur-campur.
CPO bagaimanapun akan dipengaruhi oleh pergerakan ringgit, menurut peniaga.
Sementara itu, Hasan berkata kerajaan tidak patut menyuntik wang untuk menstabilkan nilai ringgit.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas panjang selepas Rafizi tidak lagi memberi laluan kerana kesuntukan masa. #sumber
Share:

PM Akan Jawab, "Isu RM2.6b" Pada Sidang Dewan Semasa !


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan menjawab soalan mengenai wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau pada sesi persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung ketika ini, kata peguamnya hari ini, meminta Mahkamah Tinggi satu tarikh awal untuk mendengar permintaan perdana menteri untuk membatalkan saman berhubung wang itu.


Datuk Hafarizam Harun (foto) berkata, beliau tidak mahu jawapan Najib di Parlimen meninggalkan kesan kepada perbicaraan itu nanti.
“Saya minta tarikh pengurusan kes awal dan tarikh perbicaraan awal kerana perdana menteri dijadualkan menjawab soalan mengenai RM2.6 bilion di Parlimen dan saya tidak mahu jawapan di Parlimen mempunyai pengaruh terhadap perbicaraan di sini dan begitu juga sebaliknya
“Apa sahaja yang dihujahkan di sini tidak akan dibangkitkan di Parlimen apabila perdana menteri menjawab soalan mengenai wang RM2.6 bilion itu,” katanya kepada pemberita di mahkamah hari ini.
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 November bagi pengurusan kes akhir bagi semua pihak terlibat memfailkan afidavit balas dalam saman terhadap Najib, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Saman sivil itu, yang difailkan PKR, memohon mahkamah membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) atas dakwaan kesalahan pilihan raya yang dilakukan Najib susulan pemindahan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadinya.
Dana itu dipindahkan menerusi beberapa syarikat berkaitan 1MDB, dengan sebahagian besar darinya dipindahkan sebelum PRU13 pada Mei 2013.
Hafarizam mahu mahkamah menetapkan 4 November sebagai tarikh pengurusan kes, tetapi peguam plaintif, Michelle Kumar, memohon tarikh itu ditangguhkan dan ia dipersetujui Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.
Selepas prosiding mahkamah, Hafarizam berkata anak guamnya akan menjawab berkenaan RM2.6 bilion itu di Parlimen kelak, dan oleh itu, beliau mahu saman itu dibatalkan sebelum berbuat demikian.
"Saya mahu pembatalan saman itu dilakukan supaya apabila PM menjawab di Parlimen, kes ini bebas daripada perbahasan kehakiman, yang ada cuma perbahasan politik atau parlimen.
"Jadi, arahan saya ialah supaya permohonan ini dibuat secepat mungkin," katanya. #sumber

Share:

DAP Dakwa Hutang 1MDB RM2.04 Bilion Dengan IPIC Hilang


KUALA LUMPUR: Susulan penafian Putrajaya berhubung kewujudan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM2.04 bilion kepada syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Corporation (IPIC), DAP hari ini membangkitkan persoalan mengenai "kehilangan" wang tersebut.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, keengganan Kementerian Kewangan menjelaskan hal itu menunjukkan mereka cuba melindungi perkara sebenar.
Ini kerana katanya, terdapat percanggahan antara jawapan kementerian itu dan laporan audit IPIC yang jelas menunjukkan kewujudan wang tersebut.
"Keengganan kementerian mendapatkan penjelasan daripada IPIC menunjukkan ada sesuatu disembunyikan.
"Ke mana duit tersebut hilang?" soal wakil rakyat DAP itu pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. – 27 Oktober, 2015. #sumber

Share:

Najib Dakwa 1MDB Tak Berhutang AS$481 Juta Dengan IPIC


KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak berhutang dengan syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Corporation (IPIC) sebanyak AS$481 juta, kata Datuk Seri Najib Razak.


Melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Perdana Penteri berkata, notis penyata kewangan 1MDB yang berakhir 31 Mac, 2014 menyatakan tiada jumlah itu ditanggung 1MDB.


"Nota di dalam penyata kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2014 dengan jelas menyatakan tiada jumlah tersebut yang ditanggung 1MDB terhadap IPIC.
"Ingin ditekankan juga, mana-mana pihak berhak menentukan kaedah pelaporan penyata kewangan mereka," kata Najib, yang juga menteri kewangan, dalam jawapan itu.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mengenai jumlah pembayaran yang dibuat 1MDB bagi menebus opsyen syarikat Powertek Investment Holding dan 1MDB Energy (Langat) daripada Aabar Investment.



Wakil rakyat DAP itu turut bertanya sama ada 1MDB masih berhutang sebanyak AS$481 juta seperti tercatat dalam laporan audit IPIC untuk Disember 2014.
Anak syarikat IPIC, Aabar Investment PJS, pada 2012 memperolehi sehingga 49% daripada dua firma tenaga – Powertek Investment Holdings dan 1MDB Energy (Langat) Sdn Bhd – sebagai sebahagian daripada syarat pemberian jaminan IPIC untuk bon AS$3.5 bilion 1MDB.
Pua sebelum ini menuntut pelabur negara itu menjelaskan pinjaman AS$975 juta yang diambilnya dari sebuah konsortium bank yang diketuai Deutsche Bank untuk membeli balik opsyen yang diberi kepada IPIC dan mengapa pinjaman ini tidak dilaporkan dalam penyata kewangan 2014 1MDB.
Beliau bertanya sama ada ia kerana pinjaman itu digunakan untuk menutup wang AS$1.22 bilion yang dikatakan ditebus firma itu dari Kepulauan Cayman.
Katanya, 1MDB belum mengesahkan jika ia masih berhutang dengan IPIC sebanyak AS$481 juta, sambil menambah, hutang itu dapat dilihat di dalam penyata kewangan firma itu sepertimana diaudit Ernst & Young. #sumber

Share:

Permohonan Ikat Jamin, Khairuddin Dan Matthias Di Tolak !


KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua UMNO  Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh, yang menghadapi pertuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara, gagal dalam permohonan mereka untuk dibebaskan dengan ikat jamin di Mahkamah Tinggi hari ini.


Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Khairuddin dan Chang  yang diwakili peguam Zainur Zakaria supaya dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu keputusan dari Mahkamah Persekutuan berhubung persoalan undang-undang terhadap pertuduhan yang dihadapi mereka.
Mahkamah tertinggi negara akan mendengar permohonan itu pada 3 November  ini. "Mahkamah ini terikat dengan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 (Sosma) yang tidak membenarkan tertuduh diikat jamin. Oleh itu kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin," kata hakim dan menetapkan 5 November ini untuk sebutan semula kes itu.
Terdahulu, Zainur dalam hujahannya berkata beliau diarahkan oleh Khairuddin dan Chang untuk memohon bagi diikat jamin sementara menunggu pendengaran di Mahkamah Persekutuan untuk menentukan sama ada mereka dituduh mengikut Kanun Keseksaan atau Sosma.
"Tidak mungkin anak guam saya akan melarikan diri kerana pasport mereka telah dirampas oleh mahkamah," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail bagaimanapun membantah permohonan itu atas alasan mahkamah terikat dengan Seksyen 13 Akta Sosma dan wajar menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan.
Khairuddin, 53, dan Chang, 65, masing-masing memakai kemeja T biru dan kemeja putih berjalur hitam, yang digari, dilihat  berbual dengan anggota keluarga. Khairuddin, juga kelihatan sebak semasa berbual dengan isterinya, pelakon Datin Seri Umie Aida.
Khairuddin, dan Chang, didakwa melakukan kesalahan itu di 5 lokasi – pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris, Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom, pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai Polis Wai Chan, Hong Kong, dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547) dan dibaca  Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun, jika sabit kesalahan. #sumber
Share:

Galeri Mat Kilau Akan Jadi Tarikan Baru Ke Daerah Jerantut


JERANTUT: Galeri Mat Kilau yang mula dibuka sejak awal bulan lalu bakal menjadi tarikan dan persinggahan pelancong ke daerah ini selepas Taman Negara Kuala
Tahan.

Adun Pulau Tawar, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail, berkata, projek membina galeri  yang menempatkan pelbagai artifak pahlawan Melayu, Mat Kilau menentang kolonial British di negeri ini pada abad ke-19 berkenaan bernilai RM200,000 mulai dibina pada 2011 di Bukit Rang, Pulau Tawar menerusi peruntukan Majlis  Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang diselenggarakan Majlis Daerah Jerantut (MDJ).

“Pembukaan galeri ini tertangguh kerana MDJ terpaksa mengambil masa untuk mengumpulkan artifak Mat Kilau  dan bahan dokumentasi menerusi bantuan waris tokoh berkenaan dan sejarawan di negeri ini.

“Kerajaan negeri berterima kasih kepada ECERDC kerana prihatin apabila menambah lagi peruntukan sebanyak RM150,000 bagi memudahkan MDJ melengkapkan artifak tokoh ini untuk pameran termasuk menyediakan peralatan audio visual di galeri ini,” katanya selepas merasmikan Galeri Mat Kilau di Kampung Bukit Rang, di sini, kelmarin.

Menurutnya, galeri berkenaan adalah satu lagi daya tarikan pengunjung ke daerah ini khususnya perkampungan tradisional di Pulau Tawar yang menjadi kubu kebangkitan orang Melayu yang diketuai Mat Kilau dan ayahnya, Tok Gajah menentang British pada 1892.

“Kedudukan pusat ini agak strategik iaitu berdekatan jalan raya dari Jerantut ke Maran, manakala pengunjung juga berpeluang melawat makam Mat Kilau dan masjid
kayu yang menjadi tempat Ahmad Shukri (kanan) ketika melawat Galeri Mat Kilau, kelmarin. perisytiharan tokoh ini ketika muncul semula di khalayak ramai pada 1970.

“Galeri ini bukan sahaja memenuhi hasrat pembangunan sektor pelancongan daerah ini malah menjadi pusat rujukan maklumat mengenai kebangkitan orang Melayu
Pahang menentang British di negeri ini dalam kalangan pelajar dan penuntut institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dalam bidang sejarah dan antropologi,” katanya.

Beliau berkata, MDJ sedang merangka pelan penambahbaikan galeri ini apabila  merancang menempatkan sebuah rumah tradisional orang Melayu Pahang  berkaitan sejarah tokoh berkenaan pada abad ke-19.

Sementara itu, Setiausaha MDJ, Wan Norizan Wan Badaruzaman meminta pengusaha pelancongan di negeri ini  memasukkan Galeri Mat Kilau antara pengisian pakej lawatan bagi pelawat yang singgah di bandar ini dan Taman Negara Kuala Tahan.

“Saya juga berharap Pejabat Pendidikan Daerah, Persatuan Sejarah dan pemain dalam sektor pelancongan supaya menguar-uarkan galeri ini dalam kalangan  pelajar dan pelawat agar pusat ini tidak sunyi dikunjungi bagi tujuan pengetahuan sejarah,” katanya. #sumber
Share:

Barrack Obama Kembali Melawat Malaysia Pada November


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan mengadakan kunjungan ke Turki untuk sidang kemuncak G20, diikuti dengan Filipina dan Malaysia bagi menghadiri mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin dunia bulan depan, menurut White HOuse, Selasa.

Pada sidang kemuncak G20, pemimpin dari negara-negara utama di dunia dijangka akan memberikan kelulusan muktamad kepada pelan baharu untuk melumpuhkan pengelakan cukai oleh syarikat multinasional yang berjumlah sekurang-kurangnya AS$100 bilion setahun.

Rancangan dengan 15 matlamat itu bertujuan untuk menangani isu cukai rendah untuk syarikat-syarikat seperti Google, Apple dan McDonald, yang dengan ketara telah berjaya mengurangkan cukai mereka, mencetuskan kemarahan orang ramai dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Obama 'akan memacu usaha-usaha antarabangsa untuk memastikan pertumbuhan ekonomi global yang kukuh, mampan dan seimbang' semasa rundingan, kata jurucakap White House, Josh Earnest dalam satu kenyataan.

Sepanjang lawatan ke negara luar dari 14-22 November, Obama akan juga 'menekankan kepentingan mencapai perjanjian perubahan iklim global di Paris."

Obama juga akan singgah di Filipina untuk Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik, dan di Malaysia, bagi sidang kemuncak Amerika Syarikat-Asean dan Asia Timur.

Mesyuarat di sana 'menekankan sokongan Amerika untuk institusi serantau di Asia, yang meningkatkan keselamatan dan kemakmuran, di samping memajukan strategi AS untuk mengimbangi semula rantau Asia Pasifik dalam semua dimensi'," kata Earnest.

"Lawatan ini juga akan menyokong usaha Presiden untuk meluaskan peluang perniagaan Amerika dan pekerja-pekerja untuk menjual produk mereka di beberapa pasaran yang paling pesat berkembang." #sumber
Share:

Rafizi: Kroni Dapat 'RM8 Bilion', Bina Hospital RM600 Juta !


KUALA LUMPURRafizi Ramli (PKR-Pandan) hari ini mendakwa kerajaan pada peringkat menganugerahkan seorang tokoh usahawan yang dikaitkan dengan Umno sebanyak RM8.2 bilion bagi pembinaan projek hospital yang hanya bernilai RM599 juta.
Rafizi memaklumkan Dewan Rakyat, bahawa 'hospital super' yang dicadangkan di kampus Universiti Teknolog Mara (UiTM) Puncak Alam.
"Adakah benar bahawa kerajaan akan menganugerahkan projek penswastaan hospital di UiTM Puncak Alam kepada syarikat ini?
"Perjanjian konsesi membabitkan pembinaan sebuah hospital yang berharga RM599 juta sahaja. Tetapi melalui perjanjian itu, kerajaan sebaliknya terpaksa membayar RM8.2 bilion," dakwanya.
Rafizi membuat dakwaan ketika membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara menunggu jawapan rasmi, Malaysiakini tidak akan menyiarkan nama usahawan dan syarikat yang terbabit.
Syarikat itu juga, kata Rafizi, terbabit dalam penswastaan UiTM Shah Alam.
Ia juga dikatakan sedang disaman oleh seorang kontraktor berhubung projek di universiti itu. #sumber
Share:

Demi Rakyat, PAS Ulangi Pendirian Kerjasama Dengan BN !


KUALA LUMPUR: PAS sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) demi kepentingan rakyat.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun menegaskan bahawa parti itu tidak berhasrat untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan parti pemerintah itu.
"Kita sedia bertemu kerajaan. Ini sikap kita sebagai parti pembangkang kerana kita mahu pelihara hubungan rakyat.
"Bukan satu step (langkah permulaan) sudah banyak step kita sertai kerajaan campuran...masuk BN keluar BN.
"PAS bekerjasama dengan perkara baik, tak kerjasama dengan perkara yang tak baik," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Selasa.
Selain itu Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, PAS memilih untuk tidak bertindak secara agresif dalam berhadapan musuh politiknya.
"PAS akan terus menjadi pembangkang dan tidak akan sesekali menyertai BN. PAS akan menjadi pembangkang yang menerang bukan menyerang. Itu pendekatan yang kita ambil,” katanya.
Ditanya sama ada PAS sedia bekerjasama dengan kumpulan serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), Abdul Hadi bagaimanapun menolak sebarang usaha ke arah itu.
"PAS tak akan menyertai sebarang langkah yang tidak berteraskan Islam dan tidak mencapai matlamat.
"Kita tidak ada harapan dengan Harapan yang tak sampai destinasi. Bas ekpress nak pergi kuantan, tapi tersekat tengah jalan di Kuala Lipis," katanya. #sumber
Share:

PAS Bertegas, "Pakatan Rakyat" Sebenarnya Masih Hidup !


KUALA LUMPUR: Bagi PAS, Pakatan Rakyat (PR) masih hidup, walaupun ia hanya dianggotai parti Islam itu dan PKR, kata Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Katanya, PAS akan memperkasakan PR dengan "penyusunan semula" kekuatan antara parti itu dan PKR, di samping beberapa parti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. 

 Malah, dalam mesyuaratnya dengan PKR minggu lepas, kedua-dua pihak bersetuju mengukuhkan muafakat melalui perbincangan di peringkat negeri dan Wilayah Persekutuan, katanya dalam satu kenyataan kelmarin

"PR tanpa DAP adalah platform politik yang masih utuh dan kekal sehingga kini. PR masih lagi wujud. "Ini dibuktikan melalui sokongan dan kerjasama politik di Selangor dan Kelantan," katanya.
PAS dan DAP putus hubungan sejak awal tahun ini kerana berselisih pendapat dalam beberapa isu termasuk cita-cita parti Islam itu untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
DAP juga menuduh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat keputusan secara unilateral dan bertindak mengatasi keputusan dibuat melalui konsensus dalam beberapa perkara yang dipersetujui kepimpinan PR.
PAS mengakhiri hubungannya dengan DAP ketika muktamar tahunannya pada Jun, membuatkan DAP mengisytiharkan gabungan PR sudah terkubur.
"Tindakan PAS memutuskan hubungan dengan DAP dilihat sebagai satu anjakan besar perubahan di kalangan pengundi Melayu, apabila 'bebanan' PAS dituduh sebagai alat DAP, tercabut daripada pundak politik PAS," kata Tuan Ibrahim.
Berakhirnya PR juga membawa kepada kelahiran pakatan pembangkang baharu dinamakan Pakatan Harapan, dibentuk PKR, DAP dan Parti Amanah Rakyat (Amanah), diterajui bekas pemimpin progresif PAS yang disingkirkan pada pemilihan parti Jun lalu.
PAS sendiri secara dalamannya berpecah antara satu kumpulan yang mahu parti itu membina hala tuju sendiri sebagai sebuah parti pembangkang dan satu lagi kumpulan mahu meneruskan kerjasama dengan PR.
PAS enggan menyertai pakatan baharu itu, berikrar tidak lagi akan bekerjasama dengan DAP dan menggelar pemimpin Amanah "pengkhianat" kerana meninggalkan PAS. Ia kini mempunyai 14 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
Tuan Ibrahim dalam kenyataannya berkata, realiti di Malaysia ialah paksi politik dan perubahan total negara hanya akan berlaku bila paksi politik Melayu/Bumiputera membuat perubahan.
Beliau juga menjangkakan anjakan besar akan berlaku di kalangan pengundi Melayu apabila kos dan kualiti kehidupan mereka terus dihimpit polisi dan penyelewengan dalam pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN).
Ini termasuk, katanya, peningkatan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dijangka akan berlaku dalam masa setahun dua jika negara terus kehilangan sumber pendapatan dan terpaksa bergantung kepada GST bagi menampung perbelanjaannya.
"Kegagalan Umno / BN dalam mengurus tadbir negara dan kontroversi tidak henti mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana dana derma RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kini memberi petanda masa sudah tiba untuk anjakan paradigma politik di kalangan pengundi Melayu/Bumiputera demi kesejahteraan ekonomi dan masa depan negara," kata Tuan Ibrahim. #sumber

Share:

Ridhuan Tee: Program 'Realiti Agama' Tiada Unsur Dakwah !


PETALING JAYA: Program realiti berbentuk keagamaan yang disiarkan di televisyen dikatakan tidak mempunyai mesej dakwah yang sebenar.

Perkara itu dinyatakan oleh pendakwah bebas, Profesor Dr Ridhuan Tee Abdullah apabila menyifatkan penganjur program seperti itu dilihat lebih mengutamakan kebolehan melawak dan menyanyi berbanding ilmu yang dimiliki oleh peserta.

“Apa matlamat program realiti TV terutama yang berbentuk keagamaan? Mencungkil bakat baharu? Mewarnakan dunia dakwah? Mencari glamor? Atau mahu mencari keuntungan lumayan?

Ini yang menjadi kebimbangan.

“Perlu diingat, asas program realiti adalah ilmu dan dakwah. Kebolehan dan kepintaran menyampaikan sesuatu dengan baik, itulah kehebatannya,” tulisnya pada ruangan Buka Minda yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian pada Isnin.

Jelasnya, peserta yang bakal menyertai program keagamaan perlu mempelajari tiga konsep dalam ilmu pengucapan awam iaitu ethos, pathos, dan logos yang telah dipelopori oleh Socrates bagi memantapkan lagi dunia dakwah sebenar.

“Amat malang sekali mendengar ceramah, tiba-tiba, belum apa-apa penceramah sudah menangis, seolah-olah dibuat. Sedangkan tangisan itu perlu datang dari hati, barulah kita boleh mempengaruhi penonton,” katanya.

Ridhuan Tee atau nama asalnya Tee Chuan Seng turut mengkritik para juri yang terdiri daripada artis yang didakwa belagak seperti malaikat apabila membuat teguran.

Katanya, mereka hanya pandai belakon baik di hadapan kaca televisyen namun, di luar tidak semenggah apa yang disiarkan.

“Apakah Islam ini seperti cerita filem, adakalanya berlakon baik, adakalanya jahat. Masuk masjid jadi mujahid, keluar masjid menjadi mujahat. Adakah ini bentuk Islam yang ingin ditonjolkan?

Tidakkah Islam itu way of life?,” katanya. #sumber
Share:

Guru Dajal, Tergamak Merogol Murid Di Asrama Jagaannya !


PETALING JAYA: Seorang murid perempuan tahun enam yang baru sahaja menamatkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dirogol oleh seorang guru yang juga warden di asrama sekolahnya.

Kejadian berlaku di Kanowit, Sabah membabitkan guru berusia 39 tahun.

Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Ismail Mahmood yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya bertindak menahan lelaki itu selepas menerima aduan oleh nenek mangsa baru-baru ini.

“Suspek kini direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan polis. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Nenek mangsa yang berusia 63 tahun dikatakan tidak berpuas hati selepas mendengar khabar angin mengatakan cucunya sudah pandai bermain cinta dengan seorang guru yang dipertanggungjawabkan menjaga asrama di sekolah berkenaan.

“Curiga dengan khabar angin itu, wanita warga emas berkenaan telah membawa cucunya untuk menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Sibu sebelum dimaklumkan terdapat kesan koyakan pada alat sulit mangsa,,” katanya, lapor Borneo Post Online pada Isnin.

Ismail berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci dan tidak menafikan bahawa punca jenayah rogol berlaku disebabkan guru terbabit kegagalan mengawal nafsu.

Difahamkan, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dimaklumkan mengenai kes berkenaan. #sumber
Share:

Muhyiddin Akui, Najib Kini Semakin Tidak Menghormatinya


KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin hilang kepercayaan terhadap Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak digugurkan daripada Kabinet.

Malah, Perdana Menteri juga dikatakan tidak lagi menghormati Muhyiddin sebagai pemimpin nombor dua yang dipilih oleh ahli parti.

Perkara itu itu diluahkan sendiri oleh Muhyiddin susulan Najib tidak lagi memberinya ruang untuk mempengerusikan mesyuarat UMNO yang sepatutnya dilakukan beliau sebagai Timbalan Presiden.

“Tugas sebagai Timbalan Presiden parti adalah untuk membantu Presiden dan mempengerusikan mesyuarat parti apabila ketiadaaan Presiden.

“Tetapi saya tidak faham apabila saya hadir mesyuarat biasa yang sepatutnya dipengerusikan oleh saya tetapi diambil alih oleh Presiden (Najib) dengan alasan mesyuarat itu dikatakan mesyuarat Khas.

“Tetapi apabila saya hadir dan saya lihat itu mesyuarat biasa… Jadi saya tidak tahu apa masalah saya…adakah saya tak ada keupayaan ke ataupun hanya kerana dia (Najib) tidak mempercayai saya lagi?,” katanya dalam satu Forum Bicara Minda: Berani Kerana Benar di Sinar TV.

Muhyiddin juga mempersoalkan tindakan Najib itu yang dianggap tidak menghormati peranannya dan keputusan ahli parti yang telah memilihnya.

“Saya berpendapat ini seolah-oleh tidak menghormati keputusan ahli-ahli parti yang telah memlih saya sebagai Timbalan Presiden,” katanya yang mendapat tepukan daripada penonton. #sumber
Share:

Tuan Ibrahim: Penerima "BR1M", Janganlah Terlalu Gembira


PETALING JAYA: Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinasihatkan agar tidak terlalu gembira dengan penambahan bantuan itu kerana ia sebenarnya penyedap yang akan meninggalkan kehausan berpanjangan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata, pemberian BR1M itu sebenarnya akan menjerat rakyat Malaysia kerana ia hanya dianggap seperti penambah perisa untuk menyedapkan makanan.

“Tidaklah melampau untuk dikatakan bahawa Najib (Perdana Menteri) telah membuka laluan kepada kenaikan kadar GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) yang lebih tinggi untuk 2017 dan tahun-tahun seterusnya.

“GST itu akan menampung operasi pengurusan yang ketirisan dan bertambah jika sumber pendapatan kerajaan dan harga minyak sedunia tidak banyak berubah.

“Ini tidak termasuk lagi kesan kejatuhan nilai Ringgit dan 1MDB kepada pedapatan negara yang langsung tidak disentuh di dalam bajet 2016,” katanya menerusi kenyataan media.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengumumkan, menaikkan kadar BR1M daripada RM750 kepada RM800 bagi isi rumah yang berpendapatan RM3,000 sehingga RM4,000.

Bagi RM3,000 ke bawah mereka akan mendapat RM1,000 berbanding RM950 sebelum ini.
Bagi mereka yang bujang dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan pula mereka menikmati kenaikan daripada RM350 ke RM400. #sumber
Share:

Salleh: Antara Najib Dan Muhyiddin, Siapakah Pengkhianat


PETALING JAYA: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak mengkhianati Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mendedahkan Najib tetap setia kepada ketuanya walaupun dipujuk oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu diperincikan di entri terbaru blognya, sskeruak.blogspot.my semalam yang berjudul “Tan Sri Muhyiddin is forgetting history” bagi menjawab tohmahan yang dibuat ke Timbalan Presiden UMNO itu kepada Najib.

“Apa yang Muhyiddin tidak sebut di dalam cerita ini ialah Najib tidak mahu mengkhianati Perdana Menteri dengan menentangnya.

“Najib rasa seorang timbalan perlu setia kepada ketuanya,” kata Salleh dalam tulisannya.
Jelasnya, pendekatan itu berbeza dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, yang tidak melakukan apa-apa untuk mempertahankan Pak Lah ketika beliau diserang, khususnya dari bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad.

Salleh mengulas kenyataan Muhyiddin yang dibuatnya dalam sesi dialog di Johor Bahru pada Sabtu.

Katanya, Najib teragak-agak untuk mengambil langkah menggantikan Abdullah sehingga memaksa Dr Mahathir mendesak Muhyiddin bertanding jawatan Presiden UMNO. #sumber
Share:

Mufti Perlis: Hanya Pemimpin Amanah, Berani Cakap Benar


PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meneruskan siri-siri mengkritik pemimpin negara yang pada pendapat dan pandangannya gagal melaksanakan tanggung jawab dengan baik terhadap rakyat.


Kali ini, beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Maza memperli pemimpin yang suka berbohong dan mengarahkan orang lain berbohong bagi pihaknya.

Tanpa menuju kepada sesiapa secara spesifik, katanya, pemimpin yang suka berbohong bukanlah seorang pemimpin yang baik dan amat malang bagi rakyat yang terpaksa hidup di bawah pembohongan itu.

Beliau memetik kata-kata Abu Bakar al-Siddiq pada awal pelantikan sebagai Khalifah Islam yang berbunyi ‘benar itu amanah, bohong itu khianat’ dan menghuraikannya berdasarkan keadaan semasa.

“Ternyata bahawa pemimpin jika dia bercakap benar maka itulah amanah beliau.
“Apabila beliau berbohong maka itulah bukti pengkhianatan.

“Hanya pemimpin yang amanah sahaja berani bercakap benar sedangkan pemimpin yang khianat terpaksa berbohong dengan segala bahasa dan helah agar pengkhianatan tidak terdedah.

“Lebih dari itu orang lain juga akan dikerahkan berbohong untuknya maka hilanglah kewibawaan dan hiduplah rakyat di bawah pembohong dan pembohongan.

“Demikianlah mendalamnya maksudnya ungkapan Abu Bakar al-Siddiq itu,” tulisnya di Facebook.

Dr Maza berkata, walaupun kata-kata itu ringkas namun hakikatnya ia sesuai merentasi zaman dan tempat.

Beliau dipercayai merujuk kepada senario politik semasa yang digemparkan dengan pendedahan demi pendedahan melibatkan Perdana Menteri dan isterinya yang dikaitkan dengan kontroversi 1MDB. #sumber
Share:

PAS Setuju, Anggota PAC Angkat Sumpah Jaga Kerahsiaan !


KUALA LUMPUR: PAS bersetuju anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengangkat sumpah kerahsiaan seperti yang dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Anggota PAC yang baharu dilantik, Datuk Takiyuddin Hassan (PAS - Kota Baru) berkata sumpah kerahsiaan dirasakan perlu kerana isu 1MDB adalah isu besar, melibatkan kepentingan negara dan mendapat liputan awam.
"Saya rasa itu perkara yang perlu, sebab saya rasa kita lihat dalam jawatan-jawatan yang penting seperti jawatan menteri, menteri besar termasuk jawatan sebagai exco kerajaan negeri kita diwajibkan mengangkat sumpah kerahsiaan.
“Saya bersetuju untuk anggota PAC mengangkat sumpah kerahsiaan. Tetapi bukanlah bermakna anggota PAC ini tidak boleh langsung bercakap, ada perkara yang melibatkan hal yang disiasat itu perlu didedahkan kepada rakyat, tetapi ada tahap-tahapnya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.
Takiyudin adalah salah seorang daripada lima ahli jawatankuasa PAC yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilihan bagi menggantikan mereka yang terpaksa melepaskan jawatan tersebut dalam rombakan Kabinet baru-baru ini.
Beliau menggantikan tempat Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaafar yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Mengulas lanjut beliau berkata tanggungjawab yang diberikan ini adalah satu tugas berat untuk dipikul.
“Saya kira perkara yang paling penting sekali ialah kerahsiaan.
“Perkara yang perlu dirahsiakan demi kepentingan negara menjadi tanggungjawab kepada ahli PAC untuk mereka ini tidak mendedahkan mengenai maklumat-maklumat, saya rasa ini tanggungjawab yang besar untuk ahli-ahli PAC termasuk saya yang baru dilantik,” katanya.
Sementara itu Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad yang turut dilantik sebagai ahli PAC yang baharu berkata pelantikannya akan memberikannya tanggungjawab untuk menentukan perjalanan jawatankuasa ini berada di landasan betul.
“Saya ingin jadikan PAC sebagai jawatankuasa yang boleh diharapkan oleh rakyat.
“PAC sebelum ini tak nampak mempunyai sebarang kekurangan tetapi sudah tentu persepsi masyarakat perlu diambil kira dan kalau boleh kita ingin PAC kali ini dilihat dapat memberi sumbangan lebih baik kepada masyarakat dan negara.
Mengenai sumpah kerahsiaan, beliau berkata ia adalah satu cadangan yang baik.
“Kita berada dalam jawatan yang begitu tinggi dan mempunyai info rahsia, sebagai ahli kita kena rahsiakan perbincangan, jadi saya setuju jika ia dilaksanakan.
Secara peribadi, sepatutnya sebagai ahli tak boleh keluarkan kenyataan di luar, perlu beri kepada pengerusi sebagai orang yang bertanggungjawab buat kenyataan,” katanya. #sumber
Share:

Ahli Baharu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Di Lantik


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan telah melantik lima anggota baharu untuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menggantikan mereka yang terpaksa melepaskan jawatan tersebut dalam rombakan Kabinet baru-baru ini.
Datuk Dr Makin Mojigoh (BN - Putatan) akan menggantikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Madius Tangau, Datuk Ahmad Hamzah (BN - Jasin) akan menggantikan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan manakala Datuk Nawawi Ahmad (BN - Langkawi) akan mengambil alih kerusi Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Datuk Koh Nai Kwong (BN - Alor Gajah) pula dilantik menggantikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong yang melepaskan jawatan tersebut pada 25 Jun 2014.
Sementara itu, Datuk Takiyuddin Hassan (PAS - Kota Baru) akan menggantikan tempat Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaafar yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pada minggu lalu, Ahli Parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin dilantik sebagai Pengerusi PAC, menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang kini memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri. #sumber
Share:

Rafizi Dakwa Najib 'Sembunyikan' Belanja Jet RM40.8 Juta !


KUALA LUMPUR: Pembangkang mendakwa perbelanjaan melibatkan pesawat kerajaan iaitu Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) yang digunakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh enam bulan dianggarkan berjumlah RM40.8 juta.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli (foto) mendakwa kerajaan cuba menyembunyikan jumlah itu apabila pertanyaan berkenaan perbelanjaan tersebut tidak dijawab secara khusus di persidangan Dewan Rakyat.
Naib Presiden PKR itu berkata, satu-satunya maklumat yang diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said ketika menjawab soalan tentang siapa yang menaiki, tujuan perjalanan dan kos yang ditanggung kerajaan bagi setiap perjalanan hanyalah  jet itu telah digunakan sebanyak 42 kali sejak memulakan perkhidmatan pada April 2015.
"Keengganan perdana menteri mendedahkan butiran perjalanan (ke mana dan tujuan apa) serta kos setiap perjalanan menunjukkan beliau tahu maklumat ini akan menimbulkan kemarahan rakyat.
"Apabila kerajaan enggan mendedahkan maklumat kepentingan awam kerana melibatkan dana rakyat, ia menggambarkan perdana menteri sendiri mengakui bahawa perbelanjaan itu tidak berhemah sehingga ia perlu disembunyikan daripada rakyat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.
Beliau berkata berdasarkan kontrak penyelenggaraan, operasi dan pengurusan (OMM) ia telah ditetapkan pada RM46 juta setahun.
"Sejak mula beroperasi pada April 2015, saya menjangkakan kos OMM berjumlah RM23 juta.
"Oleh itu, anggaran saya bahawa kos sewaan, operasi dan perjalanan melibatkan jet ACJ320 sejak mula beroperasi  sehingga September 2015 adalah RM13.3 juta, kos OMM RM23 juta dan kos perjalanan luar negara berdasarkan purata tahunan adalah RM4.5 juta.
"Jumlah perbelanjaan melibatkan jet ACJ320 yang cuba disembunyikan perdana menteri dianggarkan RM40.8 juta bagi tempoh enam bulan dari April 2015 hingga September 2015," katanya.
Katanya ini bukan pertama kali soalan mengenai perbelanjaan melibatkan jet peribadi pimpinan kerajaan dibawa ke Parlimen.
Sebelum ini kerajaan memberi jawapan mengenai kos yang ditanggung apabila ditanya oleh Nga Kor Ming dalam sidang Oktober 2013," katanya. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.