script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tuan Ibrahim: "Akaun Bank" PAS Tidak Di Beku, Tiada Kaitan 1MDB


KOTA BHARU: Pembekuan 900 akaun, termasuk UMNO dan parti lain yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berikutan mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tidak membabitkan PAS.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata sehingga kini, akaun PAS tidak dibekukan, namun pihaknya ada membaca laporan daripada Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) yang meminta SPRM turut membekukan akaun PAS.
"PAS tidak gentar sekiranya ada pihak yang mahu menyiasat akaun parti. Kita tiada masalah kerana setiap tahun penyata akaun parti dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) selain dibentang setiap kali mesyuarat PAS berlangsung.
"Tiada apa yang perlu dibimbangkan dan bagi PAS, bukan akaun milik UMNO sahaja perlu disiasat berkait 1MDB, sebaliknya semua parti, bagi mengetahui sumber wang diperoleh.
"Kita dalam PAS, akaun parti bukan rahsia kerana sering dibentangkan berkaitan urusan pengaliran keluar masuk wang," katanya kepada NSTP, hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan, SPRM sudah membekukan 900 akaun yang mempunyai kaitan dengan siasatan skandal 1MDB, termasuk milik UMNO.
Sumber berkata, mereka yang mendapati tidak lagi mempunyai akses kepada akaun mereka sejak beberapa hari lalu, termasuk individu yang disiasat adalah kerana dipercayai ada kaitan dengan siasatan 1MDB.
Susulan itu, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Faiz Fadzil, hari ini menggesa pihak berkuasa menyiasat akaun pihak lain yang didakwa menerima wang daripada UMNO, termasuk PAS.
Katanya, pihak berkuasa perlu menyiasat akaun pihak lain yang menerima wang daripada UMNO, termasuk akaun PAS seperti didedahkan Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar, bahawa PAS ada menerima RM1.5 juta daripada UMNO.
Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Hanafi Mamat, ketika dihubungi memaklumkan, akaun parti itu di negeri itu tidak dibekukan.
"Setakat ini, kita (UMNO Kelantan) tidak kena beku lagi. Kalau kena beku pun bukannya ada duit...UMNO Kelantan miskin," katanya. #sumber
Share:

Dakwa Beliau "Tak Patut" Tanding Presiden, KJ Kecewa Kenyataan Ku Li


KANGAR: Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin kecewa dengan tindakan pesaingnya pada pemilihan parti esok, Tengku Razaleigh Hamzah, menyindir keputusan beliau menawarkan diri bertanding jawatan nombor satu parti itu.
Katanya, tindakan Ahli Parlimen Gua Musang itu seolah-olah menunjukkan UMNO masih tidak mengamalkan sikap terbuka, khususnya dalam soal pemilihan pemimpin parti.
"Saya agak kecewa dengan kenyataan beliau (Tengku Razaleigh) semalam, kerana sebelum ini beliau meraikan keterbukaan dalam UMNO.
"Malah, sebelum ini juga, beliau sendiri menyebut UMNO perlu lebih terbuka, meraikan demokrasi dan menggalakkan persaingan sihat.
"Jadi dalam konteks ini (pemilihan Presiden), kenapa pula tiba-tiba dia berkata saya tidak layak bertanding ataupun tidak sepatutnya bertanding?" katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Khairy berkata, jika Tengku Razaleigh masih tetap dengan pendiriannya itu, UMNO akan kekal di takuk lama.
"Saya meraikan keterbukaan itu. Jadi siapa yang rasa dirinya layak bertanding, bertanding sahajalah dan tidak perlu untuk memandang rendah pada kelebihan orang lain.
"Kalau masih bersikap demikian, nampaknya kita (UMNO) tidak berjaya keluar dari takuk lama kerana sentiasa berfikiran orang muda tidak sesuai bertanding jawatan besar, kena tunggu dahulu dan sebagainya, pemikiran sebegini bukan UMNO yang baru," katanya.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berharap perwakilan dapat menggunakan suara hati dalam memilih pemimpin esok, meskipun beliau sudah mendengar beberapa perkara tidak enak berhubung pemilihan jawatan nombor satu dalam parti itu.
Semalam, Tengku Razaleigh menyindir tindakan Khairy yang turut menawarkan diri bertanding merebut jawatan nombor satu parti itu.
Katanya, tindakan 'memandai' Khairy itu berisiko kerana bagi setiap pertandingan ada yang kalah dan menang. #sumber
Share:

Ku Li Dakwa Khairy Tidak Sepatut Tanding Jawatan Presiden UMNO


KUALA LUMPUR: Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyindir tindakan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang turut menawarkan diri bertanding merebut jawatan nombor satu parti itu.
Katanya, tindakan "memandai" Khairy Jamaluddin itu berisiko kerana bagi setiap pertandingan ada yang kalah dan menang.
"Pandai sangat dia (KJ) ingin bertanding sepatutnya dia tidak bertanding.
"Orang yang bertanding ada risiko, ... ada yang menang, ada kalah. Ada yang bernasib baik dan ada yang tidak baik. Masa depan akan ditentukan masa depan," katanya menjawab soalan ketika sesi soal jawab pada majlis ramah mesra dengan beliau di kediamannya di sini hari ini.
Seorang wakil pemuda bertanya mengenai nasib Khairy Jamaluddin sekiranya beliau menang jawatan Presiden pada pemilihan parti itu kerana ramai mahu figura penting dalam UMNO dikekalkan.
Pada pemilihan UMNO Sabtu ini, selain Tengku Razaleigh dan Khairy Jamaluddin bertanding jawatan Presiden, tiga calon lain turut disenaraikan ialah Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Mohamed Iqbal Maricair dan Mohd Yusof Musa @ Jamaludin daripada UMNO Bahagian Iskandar Puteri.
Sementara itu, menjawab soalan mengenai tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) membekukan akaun UMNO, Tengku Razaleigh berkata, beliau akan mencari jalan untuk memastikan wang UMNO dikembalikan secepat mungkin.
Katanya, tindakan SPRM itu mengikut undang-undang dan setiap tindakan ada reaksi yang boleh diambil.
"Kita akan mencari jalan bagaimana boleh mencairkan (aset). Apa yang sah harta parti seberapa cepat yang boleh kita akan selamatkan," katanya.
Sementara itu, dalam ucapannya, Tengku Razaleigh menyatakan keyakinan bahawa UMNO mampu menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tanpa menunggu lima tahun.
"Kita mungkin boleh (kembali) berkuasa lebih awal jika bertindak dengan keinsafan, mengubah cara bertindak dan 'berlagak' dengan orang di akar umbi, " katanya.
Beliau berkata, perjuangan UMNO yang ada tidak perlu diubah sebaliknya parti itu perlu memulangkan balik integriti dan kredibiliti parti.
"Kita perlu menarik kembali keyakinan dan kepercayaan orang ramai kepada kita. UMNO dalam aspek perjuangan sangat sempurna dan tidak perlu kita menimbang membuka UMNO kepada orang lain (bangsa lain).
"Kalau hendak menjadi parti yang pelbagai kaum, mereka boleh masuk DAP. UMNO adalah parti orang Melayu," katanya. #sumber
Share:

Syed Hamid Secara Rasmi Umum Keluar UMNO Untuk Sertai PPBM


KUALA LUMPUR: Veteran UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar yang kecewa dengan perjuangan UMNO hari ini menegaskan ideologi serta falsafah parti itu sudah diselewengkan, menyebabkan ia tidak lagi dapat bertolak ansur, mementingkan diri sendiri, malah lebih parah, tidak demokratik.
Beliau yang secara rasminya mengumumkan keluar dari UMNO berkuatkuasa hari ini berkata, tidak boleh lagi berpura-pura semuanya dalam keadaan baik dan terkawal.
Malah, bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi itu ketika dihubungi wartawan NSTP memberitahu telah diminta untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
"Mereka (PPBM) minta saya masuk Bahagian Kota Tinggi kerana saya telah berada di Kota Tinggi selama tiga dekad.
"Apa pun bergantung pada pucuk pimpinan PPBM peringkat pusat untuk menentukannya," katanya ketika dihubungi wartawan NSTP di sini hari ini.
Terdahulu, Syed Hamid menerusi satu kenyataan media berkata, beliau sebelum ini pun sudah menganggap dirinya bukan lagi sebahagian daripada UMNO apabila menyatakan sokongan terhadap Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu .
"Tidak pernah terlintas dalam kepala satu hari saya akan meninggalkan UMNO tetapi melihat apa yang ada pada hari ini, masalah yang sengaja diadakan, saya tidak mampu berpura-pura kononnya keadaan adalah terkawal.
"Kepemimpinan UMNO sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah memusnahkan imej, reputasi dan nama baik parti apabila membenarkan amalan salah guna kuasa serta rasuah," katanya.
Menurut bekas Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat itu, UMNO hari ini telah menjadi pertubuhan yang mementingkan diri sendiri dan hanya mengutamakan kelangsungan peribadi berbanding mengambil berat hal rakyat.
Beliau yang dilahirkan dalam keluarga pejuang UMNO berkata, telah melihat bagaimana arwah bapanya berkorban menunjukkan kecintaan terhadap parti dan negara membuatkan beliau benar-benar yakin kepada parti berkenaan.
"Selama beberapa dekad ini sebahagian hidup saya dihabiskan untuk UMNO kerana inilah parti yang benar-benar mengambil berat orang Melayu dan pada masa sama melayan bangsa lain dengan seimbang, adil dan pemurah.
"Malangnya sifat itu tiada lagi dalam UMNO hari ini di mana pemimpin parti ini hari ini menjadi elit dan terpisah daripada realiti rakyat," katanya.
Untuk rekod Syed Hamid ialah anak kepada tokoh terkenal, Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Hassan Albar, yang digelar Singa UMNO.
Syed Hamid berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional dari 1990 hingga 2013, menjadi anggota Majlis Tertinggi UMNO selain pernah menjadi menteri di bawah tiga perdana menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad. #sumber
Share:

Polis Pahang Menahan 11 Individu Di Syaki Terlibat "Judi" Piala Dunia !


KUANTAN: Polis Pahang menahan 11 individu kerana disyaki terlibat dengan kegiatan judi bola sepak Piala Dunia 2018, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman (foto).

Beliau berkata kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 20-an hingga 50-an ditahan menerusi Op Soccer yang bermula pada 10 Jun lepas dan akan terus dilaksanakan hingga 15 Julai depan.

"Kesemua mereka ditahan di lokasi berbeza dengan enam daripadanya di Kuantan, dua suspek di Lipis dan masing-masing seorang di Temerloh, Jerantut dan Bera."

"Suspek dipercayai terlibat dengan kegiatan mencari pelanggan dengan menggunakan telefon bimbit untuk menarik mereka mengambil bahagian dengan judi dalam talian," katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Jamaludin Kudin yang bersara wajib pada 1 Julai ini kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Othman Nanyan yang akan memangku jawatan itu.

Rosli berkata suspek juga disyaki menggunakan laman web perjudian bola sepak Piala Dunia di luar negara dengan menawarkan pertaruhan untuk pasukan yang kalah, menang, jaringan, pasukan yang menerima kad dan sebagainya. #sumber
Share:

Sebanyak "900 Akaun Bank", Ada Kaitan Dengan 1MDB Di Bekukan !


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 900 akaun bank yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sinar Harian ketika memetik laporan eksklusif New Straits Times yang memetik sumber tertinggi agensi itu, akaun UMNO adalah salah satu yang dibekukan.

“Mereka yang tidak lagi mempunyai akses kepada akaun mereka itu terdiri daripada beberapa individu yang dipercayai mendapat manfaat daripada 1MDB,” katanya.

Semalam, Calon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa SPRM telah membekukan akaun UMNO Pusat dan UMNO Selangor.

Ahmad Zahid yang menjalankan tugas-tugas presiden menjelaskan beliau berkeyakinan hampir pasti akaun UMNO Johor turut dibekukan SPRM.

Beliau mendakwa Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membatalkan pertubuhan parti itu.

Katanya, tidak ada jaminan sesiapa yang menang jawatan Presiden UMNO, anggota-anggota Majlis Tertinggi, Naib Presiden dan Timbalan Presiden yang menang tidak akan disiasat SPRM.

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun bank Umno Pusat dan beberapa negeri lain pada Jumaat merupakan petanda jelas UMNO ‘diserang’ pihak lawan yang cuba hendak mengharamkan penubuhannya.

Seorang lagi Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beberapa akaun Umno negeri lain seperti Pulau Pinang dan Johor difahamkan turut dibekukan pihak berkuasa terbabit.

Katanya, pihaknya percaya tindakan itu dibuat atas alasan UMNO terbabit dikaitkan dengan kes tumpuan utama siasatan SPRM ketika ini, dipercayai 1MDB.

Menurutnya, senario itu membuktikan Umno kini sedang diserang di mana langkah membekukan akaun bank UMNO adalah permulaan kepada usaha mengharamkan parti itu pada masa hadapan.

Khairy juga berharap tindakan SPRM itu hanya untuk siasatan dan bukan usaha untuk mengharamkan parti itu.

Khairy berkata, sekiranya dipilih sebagai presiden UMNO beliau akan bertindak segera dan berusaha untuk memastikan akaun dan harta sah milik UMNO tidak dirampas.

Sementara itu, Pemuda UMNO menyifatkan pembekuan akaun UMNO sebagai tindakan melampau yang langsung tidak mencerminkan Kerajaan Pakatan Harapan kononnya berpaksikan keadilan dan kebebasan.

Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, SPRM seharusnya dapat memberikan justifikasi yang jelas, telus dan terbuka berhubung punca sebenar akaun UMNO dibekukan.

Beliau yang membantah tindakan itu berkata, lazimnya dalam operasi-operasi sebelum ini, SPRM menjelaskan bahawa risikan dan intipan berbulan-bulan telah dilakukan sebelum sesuatu langkah pembekuan dibuat. #sumber
Share:

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz Di Lantik Pengerusi Kumpulan PNB Baharu


KUALA LUMPUR: Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) baharu berkuat kuasa 1 Julai depan.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, PNB mengesahkan pelantikan tersebut yang merupakan susulan daripada persaraan Tan Sri Abdul Wahid Omar pada 30 Jun ini.

Lembaga Pengarah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) dan PNB mengalu-alukan pelantikan Zeti dan yakin dengan pengalaman beliau yang meluas akan terus memberi kepimpinan kukuh kepada Kumpulan PNB dalam mencapai mandat asasnya untuk memperkasakan kekayaan korporat demi manfaat rakyat Malaysia.

Zeti kini merupakan salah seorang Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang diamanahkan untuk memberi nasihat kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan ekonomi dan kewangan.

Abdul Wahid dilantik sebagai Pengerusi PNB pada 1 Ogos 2016 selepas tempohnya sebagai senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berakhir.
Sebelum menyertai Kabinet, beliau merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malayan Banking Bhd (Maybank). #sumber

Share:

Mahkamah Tinggi Perintahkan Hassan Ali Bayar RM225,000 Kepada Khalid Samad !


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini, mengarahkan bekas Exco Selangor Datuk Dr Hassan Ali membayar gantirugi sebanyak RM200,000 dan kos sebanyak RM25,000 dalam kes saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad.

Kes ini didengar di hadapan Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Rohani Ismail.

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH hadir dimahkamah dengan diwakili Peguam Faiz Fadzil dan Dr Hassan diwakili Peguam Hasnal Rezua dan Muzzammil Merican.

Kes saman fitnah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad terhadap Datuk Dr Hassan Ali berhubung satu ucapan yang dibuat pada 30 Januari 2012 di Shah Alam yang menuduh Khalid menghalang usaha membasmi penjualan arak di Selangor. #sumber
Share:

Khairy: "Kalau Saya Lompat Parti Lain, Pak Lah Akan Tampar Saya"


PETALING JAYA: Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin menafikan beliau bertanding jawatan tertinggi itu dalam pemilihan parti untuk memecahkan undi.

Beliau turut mengulangi janjinya tidak akan meninggalkan UMNO jika gagal dalam pemilihan parti esok dan terus setia dengan UMNO untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

“Ada isu yang kata kalau saya kalah, saya akan keluar UMNO. Ada juga yang kata saya bertanding jawatan Presiden hanya untuk pecah undi. Tiada rundingan untuk pecah undi. Kalau saya lompat parti, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) akan tampar saya,” katanya dipetik Bernama ketika berucap pada Sesi Ramah Mesra Bersama Khairy Jamaluddin di Butterworth, malam tadi.

Khairy berkahwin dengan anak Pak Lah, Nori Abdullah pada Oktober 2001 dan kini mempunyai 3 anak.

Sementara itu, Khairy berkata, beliau akan memastikan UMNO menjadi “singa” untuk rakyat Malaysia bagi menuntut janji 100 hari kerajaan Pakatan Harapan dalam sidang Dewan Rakyat akan datang.

Bekas ketua Pemuda UMNO itu berkata, sekiranya terpilih menjadi presiden parti, beliau akan memastikan UMNO menjadi parti kuat dan bersedia dengan barisan menteri Kabinet bayangan sebelum memasuki Dewan Rakyat pada pertengahan bulan depan.

“Kita kena cepat pulihkan UMNO selepas 30 Jun ini. Dua minggu lagi kita akan bersidang di Dewan Rakyat. Saya kalau menang (jawatan Presiden UMNO), perkara yang pertama kita susun barisan kita dalam Dewan Rakyat.

“Kita masuk Dewan Rakyat bukan sebagai parti yang kalah, tetapi sebagai parti ke-2 terbesar dalam Dewan Rakyat. Jangan kita buat sedih…menyerah kalah. Belum apa-apa lagi nak cakap oh saya akan berunding dengan parti lawan supaya kita dapat minta nyawa daripada mereka. Kita parti yang ada maruah, ada harga diri.

“Kalau kita nak berunding pun, kalau orang nak berunding dengan kita biar dia berunding dengan singa yang sudah mengaum dalam Dewan Rakyat…mengaum untuk rakyat Malaysia.”

Katanya, UMNO perlu bangkit mendapat semula sokongan orang Melayu dan kembali tampuk pemerintahan negara.

“Sebab itu saya nak kita bangkit, bangun sebagai parti untuk memastikan UMNO ini parti bermaruah dan parti yang dipandang dengan hormat oleh lawan dan juga kawan. Saya mahu supaya kita dapat merayu kepada seramai mungkin orang Melayu untuk kembali bersama dengan perjuangan UMNO.” #sumber
Share:

Video Pertengkaran: Pelantikan Ahli Kehormat Rela Ditamatkan Serta-Merta


PUTRAJAYA : Ahli kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang terlibat dalam pertengkaran jalan raya yang tular di media sosial baru-baru ini ditamatkan pelantikannya serta-merta.

Rela dalam kenyataan hari ini berkata, arahan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Keputusan itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri setelah mengambil kira pandangan dan syor Jawatankuasa Pentauliahan Pangkat Kehormat dan Bersekutu Rela yang bermesyuarat pada 25 Jun," katanya.

Rela berkata, pelantikan ahli kehormat dan bersekutu adalah pengiktifaran tertinggi jabatan kepada seseorang individu.  

Justeru, semua ahli kehormat dan bersekutu Rela dinasihatkan untuk mematuhi peraturan dan etika yang telah ditetapkan serta tidak menyalahgunakan pelantikan tersebut untuk kepentingan diri sendiri. #sumber
Share:

Mayat Bayi Masih Bertali Pusat & Perutnya Terburai Di Temui Atas Jambatan !


KLANG: Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di atas jambatan Sungai Dua menghala ke Pelabuhan Klang di sini pagi tadi.

Mayat tersebut ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 10 pagi sebelum memaklumkan penemuan tersebut kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, ketika ditemui, bayi tersebut sudah meninggal dunia.

"Ketika anggota sampai di lokasi kejadian, kita mendapati keadaan mayat bayi tersebut masih bertali pusat dan keadaan perut yang terburai berada di atas jambatan tersebut.

"Anggota kita masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian. Mayat bayi ini telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. #sumber
Share:

ANAK Buat Laporan SPRM Untuk Siasat Tiga Kes Lama Babit Felda


PUTRAJAYA: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat 3 kes membabitkan lebih RM6 bilion ketika Felda diterajui Tan Sri Isa Samad.

Timbalan Presidennya, Mohd Nasaie Ismail berkata, laporan itu dibuat susulan kesediaan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull membuka semula kes lama.

Katanya, kes pertama membabitkan penjualan 5 juta saham Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) kepada Ventures Holdings Bhd (FGV) pada Januari 2017 yang merugikan peneroka dan kakitangan Felda.

“KPF sebagai pemegang 51% saham dalam Felda Holdings Berhad telah dibayar dengan harga terlalu rendah, iaitu RM2.2 bilion berbanding Felda Authorities yang memegang 49% saham dalam Felda Holdings dibayar oleh FGV hampir RM6 bilion.

“FGV sebagai pemegang saham utama kepada Felda Holdings dibayar kurang RM4 bilion daripada harga yang sepatutnya,” katanya di luar Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Isa dilantik sebagai Pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017, Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 hingga 2017 dan Pengerusi FGV mulai 1 Januari 2011, sebelum meletak jawatan pada 19 Jun 2017.

Nasaie berkata, laporan ke-2 mengenai pembelian 3 hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di London, Kuching dan Kota Kinabalu yang melebihi harga pasaran.

Katanya, tiada perkembangan lanjut atau pendakwaan dibuat selepas siasatan dijalankan ke atas Isa dan beberapa pegawai.

Isa direman 5 hari mulai 15 Ogos 2017 atas siasatan berhubung pembelian hotel oleh FIC.

FIC didakwa mengalami kerugian ratusan jutaan ringgit akibat membeli sebuah hotel 4 bintang di Kensington, London pada harga £60 juta (RM330 juta) pada 16 Disember 2014.

Hotel & Suites Merdeka Palace di Kuching yang bertaraf 4 bintang juga didakwa dibeli melebihi harga pasaran antara RM40 juta dan RM50 juta.

Nasaie berkata, kes ke-3 membabitkan pembelian 37% saham syarikat perladangan Indonesia, PT Eagle High Plantations Tbk yang lebih tinggi daripada harga pasaran.

“Apabila kita melawat perladangan ini, ia bukan kawasan perladangan yang baik kerana tanahnya adalah tanah paya gambut dan masih banyak proses penanaman semula yang perlu dilakukan ladang sawit itu.”

FIC Properties Sdn Bhd membeli 37% saham Eagle High daripada Rajawali Group pada harga AS$505.4 juta (kira-kira RM2.12 bilion), hampir 3 kali ganda daripada harga pasaran pada April 2017.

Nasaie berkata, dalam usaha mengembalikan Felda kepada matlamat asalnya, pihak bertanggungjawab perlu menyiasat penyelewengan yang berlaku dalam Felda sebelum ini.

“Secara khususnya di bawah pentadbiran Isa Samad bagi mendapatkan kembali wang kita yang telah hilang daripada Felda dan peneroka untuk dikembalikan bagi membina semula Felda.”. #sumber

Share:

1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tamatkan Perkhidmatan Arul Kanda


KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dilaporkan telah menamatkan perkhidmatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arul Kanda Kandasamy berkuat kuasa semalam.

Memetik laporan daripada sebuah portal berita, surat penamatan perkhidmatannya itu diberikan selepas Arul Kanda didapati melanggar kontrak dan kewajiban fidusiari sebagai ketua 1MDB yang kini berdepan dengan penyiasatan antarabangsa mengenai salah guna kuasa

Sumber berkata, keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Arul Kanda dibuat dalam satu mesyuarat lembaga pengarah pada 25 Jun lalu dan surat tersebut disampaikan kepadanya semalam.

Laporan dari The Edge pula menyatakan pemecatan Arul Kanda itu datang dua hari sebelum kontraknya berakhir pada 30 Jun ini. #sumber
Share:

Keluarga Najib "Mulakan" Proses Undang-Undang Tuntut Barangan Yang Di Rampas


KUALA LUMPUR: Keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan proses undang-undang untuk menuntut semula barangan mereka yang dirampas polis bernilai antara RM900 juta dan RM1.1 bilion.

Keluarga bekas Perdana Menteri itu turut mengulangi, barangan yang dirampas itu kebanyakannya adalah hadiah daripada rakan-rakan, kenamaan asing termasuk kerabat diraja dalam pelbagai majlis termasuk lawatan rasmi dan acara keluarga seperti sambutan hari jadi, ulang tahun dan majlis perkahwinan.

"Sebahagian daripada barang yang dirampas milik saudara-mara dan pihak ketiga.

"Kami mempertikaikan kuantiti dan penilaian yang diberi dalam sidang akhbar oleh pihak polis memandangkan ia bersifat subjektif dan tertakluk bila hadiah itu diberi," kata Najib dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook dan Twitter beliau hari ini.

Beliau menegaskan lagi, kebanyakan barangan itu adalah hadiah terkumpul selama beberapa dekad, dan keluarganya tidak mengetahui berapa banyak yang telah dibayar oleh pemberi yang telah menghadiahkan barangan itu. #sumber
Share:

Apa Gunanya Jadi Calon Presiden Popular Tetapi Tidak Boleh Ubah UMNO


KUALA LUMPUR: "Apa guna menjadi calon Presiden UMNO yang popular jika tidak mendapat sokongan dan tidak mampu membawa perubahan drastik kepada parti".

"Saya tidak menjual populariti sebagai aset utama kepada perwakilan. Saya banyak tekankan manifesto dalam kempen untuk perubahan dan penstrukturan semula parti. Mungkin antara ketiga-tiga calon, saya ada pengaruh tetapi yang lebih penting adalah apa hala tuju untuk membawa perubahan kepada parti.

Demikian reaksi spontan Khairy Jamaluddin ketika ditanya mengenai persepsi orang ramai bahawa beliau merupakan calon Presiden versi selebiriti menjelang pemilihan parti Sabtu ini.

Anggota Parlimen Rembau itu berkata seseorang Presiden seharusnya dapat melaksanakan transformasi secara total kepada parti dan memperbaiki kelemahan yang ada sebelum boleh menjadi parti yang politik kuat.

"Kerana itu saya bawa manifesto untuk kita semua keluar dari kelemahan parti. Jadi mereka tidak akan lihat saya sebagai calon ada pengaruh luar tetapi calon yang fikirkan apa yang terbaik untuk mengubah parti, " katanya kepada Bernama hari ini. #sumber
Share:

Ismail Muttalib: "Gabungan" Dua Generasi "Formula" Terbaik Pulih UMNO


KUANTAN: Pengalaman orang lama dan idea pemimpin muda merupakan kombinasi terbaik dalam usaha pembaharuan dan pemulihan UMNO  pasca PRU14 ini.

Calon Ahli Majlis Tertinggi  UMNO, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, gabungan barisan pemimpin dua generasi itu formula terbaik untuk memastikan UMNO  kembali bangkit dan membina semula keyakinan rakyat.

Menurut   bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia ini, sekiranya  orang muda sahaja dipilih untuk memimpin UMNO atas alasan  meremajakan parti dan menarik sokongan generasi muda, kepincangan akan berlaku  disebabkan kurangnya pengalaman kepimpinan.

"Sebaliknya jika orang lama sahaja diangkat sebagai  pemimpin UMNO, itu juga kurang wajar kerana percambahan idea baharu demi kebaikan parti mungkin kurang.

"Malah UMNO hanya akan dilihat masih berada pada takuk lama jadi kolaborasi pemimpin lama yang berpengalaman dengan tenaga muda yang idealis dan bersemangat waja perlu untuk membarisi barisan Majlis Tertinggi (MT)," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Maran itu berkata, kekuatan MT bagi sesi 2018-2021  perlu diperkasakan sebagai platform penasihat berkualiti kepada pucuk pimpinan utama termasuk presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden UMNO.

"Kemantapan barisan MT Umno yang baharu ini akan menjadi pemangkin kepada kebangkitan parti selepas kekalahan pada PRU14 lalu.

"Barisan MT UMNO kali ini perlu memastikan mereka mampu menjadi penasihat dan juga kumpulan sokongan yang mantap, berwibawa dan berkualiti kepada pucuk tertinggi pimpinan UMNO,"katanya.

Ismail berkata, MT dipilih  perlu memberikan pandangan terbaik dan tidak lagi sekadar mengikut arus sahaja.

Mengulas  keputusan beliau bertanding kerusi MT pada pemilihan kali ini, Ismail yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran berkata, matlamatnya untuk terus membawa suara rakyat ke peringkat teratas seperti dalam Dewan Rakyat.

Katanya,  dengan kedudukan sebagai ahli MT (sekiranya dipilih) dan Ahli Parlimen UMNO, beliau mempunyai platform luas untuk memperjuangkan nasib rakyat.

"Sebagai ahli Parlimen saya boleh membahas dan menyokong isu-isu rakyat yang dibincangkan dalam parti di Dewan Rakyat sekiranya diberi kepercayaan untuk menganggotai MT.

"Dengan cara ini keberkesanan sebagai  barisan pembangkang dalam Dewan Rakyat akan lebih baik dan berkualiti," katanya. #sumber

Share:

Wan Amizan: UMNO Ibarat Orang Nazak, Perlukan 'Pembaharuan' !


JERANTUT: UMNO perlu pembaharuan dan dijenamakan semula supaya terus unggul dan meraih kekuatan seperti dahulu bagi membela nasib orang Melayu khasnya dan rakyat amnya.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, UMNO diibaratkan sebagai 'orang' yang kini berada dalam keadaan nazak.

“Semua kaki dan tangan sudah tiada lagi. Yang ada hanyalah tubuh badan, kepala, telinga serta nyawa serta dalam keadaan tenat.

“Jika dibiarkan akan terkubur. Maka kita tidak boleh biarkan ini berlaku dan perlu diselamatkan supaya terus unggul,” katanya.

Tegasnya, ahli parti semua peringkat perlu bersatu memberi sokongan dalam usaha membangkitkan semula parti keramat itu setelah kalah dalam pilihan raya umum lalu.

“Umno boleh diselamatkan dan bangkit semula jika semua anggota parti merasakan ia satu tanggungjawab dan perlu menyelamatkan parti keramat ini daripada terkubur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis santai yang disertai kira-kira 200 pemimpin UMNO DUN Tahan di Waterfront Jerantut Feri, kelmarin.

Wan Amizan berkata, nasib orang Melayu akan terumbang ambing jika ketiadaan UMNO dan ini terbukti dengan kekalahan parti itu pada pilihan raya lalu.

Menurutnya, sebelum ini pelbagai keistimewaan dikecapi khususnya kepada peneroka Felda.

“Oleh itu kita tidak boleh biarkan ini terus berlaku dan perlu diselamatkan supaya UMNO dapat membela nasib rakyat seperti dahulu,” katanya.

Justeru katanya, UMNO perlu ada pemimpin dan jentera parti yang kuat dan kukuh supaya boleh bergerak dan menghadapi rintangan pada masa depan.

“Saya yakin kita boleh lakukan pada pemilihan parti kali ini, maka nasib ahli parti, orang Melayu dan rakyat khasnya akan terbela, tetapi jika kita membiarkannya, maka kita akan hanyut dan tenggelam akhirnya terkubur,” katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan mereka yang mempunyai jawatan tidak mudah lupa daratan dan bersedia menggalas amanah serta tanggungjawab supaya perjuangan parti menepati sasaran. #sumber

Share:

Surat "Rahsia" Dari Sirul Untuk Di Serahkan Kepada Tun Dr Mahathir !


SYDNEY: Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Umar mengutus sepucuk surat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Surat tersebut disampaikan melalui Ahli Jawatankuasa Biro Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang kini berada di Sydney, Australia.

Namun, kata Khairuddin, beliau tidak mengetahui isi kandungan surat tersebut dan akan menyerahkannya kepada Dr Mahathir apabila pulang ke Malaysia.

“Surat peribadi tersebut telah diletakkan di dalam sampul yang tertutup dan akan saya sampaikan kepada Perdana Menteri apabila pulang ke tanahair dalam beberapa hari lagi.

“Dalam pertemuan ini juga, Sirul Azhar telah membayangkan bersedia untuk memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pihak penguatkuasa undang-undang Malaysia kerana yakin secara sepenuhnya terhadap institusi kerajaan Pakatan Harapan yang amat telus serta profesional,“ katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Sementara itu, kata Khairuddin, Sirul Azhar juga dilihat bersemangat dan tidak lagi dibelenggu perasaan takut selain menyatakan kerinduannya kepada keluarga di tanah air.   

“Sirul Azhar kelihatan sihat serta tenang di kem tahanan Villawood yang mana beliau telah ditahan hampir selama lima tahun sehingga kini. Insya-ALLAH, saya amat yakin kebenaran mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaaribu akan menyebelahi pihak yang teraniaya akhirnya!,” katanya.

Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul Azhar selepas mendapati mereka bersalah membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu, 28 tahun, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara jam 10 malam pada 19 Oktober dan jam 1 pagi pada 20 Oktober 2006.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar serta membebaskan mereka daripada tuduhan itu.

Bagaimanapun, pada 13 Jan 2015, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan pihak pendakwa dan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan serta memutuskan bahawa Sirul Azhar dan Azilah Hadri bersalah dan menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.

Sebelum ini, akhbar dan beberapa portal tempatan melapor dengan memetik sumber daripada The Guardian, sebuah akhbar harian Britain sebagai menyebut bahawa pihak berkuasa Australia telah meluluskan permohonan Malaysia untuk mengekstradisi pesalah, Sirul Azhar dan dijangka pulang ke tanah air dalam tempoh sebulan.

Akhbar itu dilapor berkata bekas pegawai polis itu yang disabit dan dijatuhi hukuman mati atas tuduhan membunuh Altantuya akan meninggalkan Australia selepas Malaysia bersetuju untuk menampung kos kepulangannya.

Bagaimanapun, peguam keluarga Altantuya, Ramkarpal Singh sebelum ini memaklumkan, tiada keperluan untuk membawa pulang Sirul Azhar dari Pusat Tahanan Villawood di Sydney kerana petunjuk baharu itu kerana apa yang lebih penting adalah mencari motif dan membawa dalang di sebalik pembunuhan kes berprofil tinggi itu ke muka pengadilan. #sumber
Share:

KJ: UMNO Perlu "Akui" Kesilapan Sebelum Minta Maaf Tewas PRU-14


KUALA LUMPUR: UMNO perlu mengakui kesalahan dan menjelaskannya kepada akar umbi sebelum boleh meminta maaf berikutan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu, kata Khairy Jamaluddin.

Calon presiden UMNO itu berkata penjelasan itu penting untuk semua pihak tahu apa sebenarnya berlaku dan kesalahan yang telah dilakukan parti bagi menjernihkan keadaan dan mengembalikan kepercayaan dan keyakinan mereka.

"Kita kena muhasabah dulu sebelum minta maaf. Kalau hendak minta maaf, kita kena akui apa kesalahan kita. Kita kena yakinkan ahli kita, bahawa UMNO mungkin ada buat kesilapan. Sebelum kita minta maaf, kita kena jelaskan dulu apa kesalahan kita.

"Jika tidak nanti akan ada ahli UMNO yang pertikai ?apa salah saya? kenapa saya? Bukankah pemimpin yang buat salah?," katanya dalam temu bual bersama Bernama hari ini.

Sebelum ini dilapor, seorang lagi calon Presiden UMNO, Anggota Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah akan menganjurkan UMNO untuk meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas kegagalan menunaikan tanggungjawab dengan baik sehingga mengalami kekalahan teruk pada PRU14. #sumber
Share:

Tun Dr Mahathir: "Najib" Akan Di Dakwa Di Mahkamah Tidak Lama Lagi


JAKARTA: Tun Dr Mahatir Mohamad berkata bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.

Perdana Menteri berkata pihak berkuasa kini sedang menyiasat dan mengumpulkan bukti yang kukuh berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta kes berkaitan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006.

"Tak lama lagi saya fikir dia (Najib) akan di hadapkan ke mahkamah," katanya semasa mengadakan perjumpaan bersama warga Malaysia yang menetap di Jakarta sempena lawatan rasminya ke negara itu, hari ini.

Dr Mahathir berkata bagi kes Altantuya, satu perbicaraan semula kes itu juga akan diadakan.

"(Mengenai kes salah guna dana 1MDB) ada rakyat tanya tak ada tindakan pun (terhadap Najib) (malah) diberi layanan sebagai mantan Perdana Menteri.

"Untuk bawa kes ke mahkamah perlu ada bukti yang cukup supaya tidak gagal di mahkamah," katanya.

Beliau berkata barang kemas yang dirampas di kediaman Najib adalah bernillai RM1 billion dan ia tidak termasuk rampasan wang tunai.

Katanya, banyak kerosakan telah dilakukan dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerlukan masa tertentu bagi menyelesaikan masalah berkenaan. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.