script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Syed Hamid Secara Rasmi Umum Keluar UMNO Untuk Sertai PPBM


KUALA LUMPUR: Veteran UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar yang kecewa dengan perjuangan UMNO hari ini menegaskan ideologi serta falsafah parti itu sudah diselewengkan, menyebabkan ia tidak lagi dapat bertolak ansur, mementingkan diri sendiri, malah lebih parah, tidak demokratik.
Beliau yang secara rasminya mengumumkan keluar dari UMNO berkuatkuasa hari ini berkata, tidak boleh lagi berpura-pura semuanya dalam keadaan baik dan terkawal.
Malah, bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi itu ketika dihubungi wartawan NSTP memberitahu telah diminta untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
"Mereka (PPBM) minta saya masuk Bahagian Kota Tinggi kerana saya telah berada di Kota Tinggi selama tiga dekad.
"Apa pun bergantung pada pucuk pimpinan PPBM peringkat pusat untuk menentukannya," katanya ketika dihubungi wartawan NSTP di sini hari ini.
Terdahulu, Syed Hamid menerusi satu kenyataan media berkata, beliau sebelum ini pun sudah menganggap dirinya bukan lagi sebahagian daripada UMNO apabila menyatakan sokongan terhadap Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu .
"Tidak pernah terlintas dalam kepala satu hari saya akan meninggalkan UMNO tetapi melihat apa yang ada pada hari ini, masalah yang sengaja diadakan, saya tidak mampu berpura-pura kononnya keadaan adalah terkawal.
"Kepemimpinan UMNO sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah memusnahkan imej, reputasi dan nama baik parti apabila membenarkan amalan salah guna kuasa serta rasuah," katanya.
Menurut bekas Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat itu, UMNO hari ini telah menjadi pertubuhan yang mementingkan diri sendiri dan hanya mengutamakan kelangsungan peribadi berbanding mengambil berat hal rakyat.
Beliau yang dilahirkan dalam keluarga pejuang UMNO berkata, telah melihat bagaimana arwah bapanya berkorban menunjukkan kecintaan terhadap parti dan negara membuatkan beliau benar-benar yakin kepada parti berkenaan.
"Selama beberapa dekad ini sebahagian hidup saya dihabiskan untuk UMNO kerana inilah parti yang benar-benar mengambil berat orang Melayu dan pada masa sama melayan bangsa lain dengan seimbang, adil dan pemurah.
"Malangnya sifat itu tiada lagi dalam UMNO hari ini di mana pemimpin parti ini hari ini menjadi elit dan terpisah daripada realiti rakyat," katanya.
Untuk rekod Syed Hamid ialah anak kepada tokoh terkenal, Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Hassan Albar, yang digelar Singa UMNO.
Syed Hamid berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional dari 1990 hingga 2013, menjadi anggota Majlis Tertinggi UMNO selain pernah menjadi menteri di bawah tiga perdana menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.